Feminin (kumpulan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Feminin (kumpulan muzik))
Feminin
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenreHip Hop, Pop, R&B
InstrumenVokal
Tahun aktif1992–kini
Syarikat rakaman
New Southern Records
AhliAs - vokal utama
Yatie - vokal kedua
Watie - vokal harmoni
Deq Nor - vokal harmoni
Along - vokal harmoni

Feminin merupakan sebuah kumpulan pop wanita Malaysia. Ditubuhkan pada 1992, kumpulan ini meraih kejayaan pada 1990-an dan mula dikenali dengan lagu dari album pertama mereka iaitu "Untukmu".[1][2]

Kumpulan ini telah meraih kejayaan di industri muzik Malaysia dalam tempoh yang singkat sebelum dibubarkan pada 1997 akibat masalah dalaman, ditambah pula dengan kegawatan ekonomi yang melanda rantau Asia. Antara lagu mereka yang paling popular hingga sekarang adalah "Untukmu". Mereka ada melakukan comeback tetapi sekadar untuk meremixkan lagu "Untukmu" sahaja.[3][4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum Feminin ditubuhkan, kelima-lima ahli kumpulan ini bergiat aktif sebagai penari bersama syarikat Edrina Collection di bawah pengurusan Edriss Razhe bermula pada 1991. Edriss (kemudian menjadi pengurus Feminin) mendapati lima ahli kumpulan itu mempunyai bakat, kemudian mempelawa mereka menjadi artis rakaman. Hasil perbincangan bersama, pada Disember 1992, mereka memilih syarikat rakaman New Southern Records (NSR) yang ketika itu masih belum memiliki kumpulan rap sendiri kerana yakin NSR boleh mengembangkan bakat mereka yang terpendam. Mereka menandatangani kontrak bersama NSR selama dua tahun dan kontrak pilihan selama setahun.

Album pertama mereka, Untukmu dikeluarkan pada 26 Julai 1993.[5] Diterbitkan oleh Susan Goh, single pertama yang dikeluarkan untuk album ini ialah lagu yang bertajuk sama hasil ciptaan kumpulan KRU.[6] Album ini mendapat sambutan apabila ia telah terjual sebanyak 100,000 unit.[7][8] Bagaimanapun, pada 1994, Along meninggalkan Feminin atas sebab peribadi setahun selepas album Untukmu dikeluarkan. Feminin kemudian meneruskan kerjaya muzik mereka secara berempat. "Untukmu" kemudian dirakamkan dan dinyanyikan semula oleh KRU.

Album kedua Feminin menyusul dengan tajuk Kini pada 1994, menjadi album pertama Feminin sebagai kuartet tanpa Along. Di dalam album ini, Feminin mula memperlihatkan perbezaan genre muzik yang dibawakan dan terdapat dua lagu bonus dimuatkan dalam album ini.[9] Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Kini" dan "Rindu". Pada tahun 1995, mereka mencatat sejarah apabila mendapat kontrak menjadi model iklan sabun Lux yang pernah membariskan artis popular seperti Fauziah Latiff dan Sheila Majid.[10] Mereka kemudian merakamkan semula lagu "Hanya Sekali" nyanyian asal kumpulan Ideal Sisters sebagai single pertama untuk album ketiga mereka yang akan dilancarkan.[11] Album ketiga dan terakhir Feminin, Kembali, dikeluarkan pada April 1996.[12] Dalam album ini, mereka telah merakamkan sebuah lagu berbahasa Inggeris bertajuk "Ride & Slide".[13] Selepas album Kembali dikeluarkan, Deq Nor pula menarik diri kerana beliau telah mendirikan rumahtangga pada tahun tersebut. Akhirnya, Feminin terpaksa akur dengan pembubaran secara rasmi pada tahun 1997 berikutan pengunduran anggotanya dan krisis ekonomi yang melanda negara pada ketika itu.[14]

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

  • Asfarina binti Muhamad (As) - vokal utama
  • Andriaty binti Abdul Rahman (Yatie) - vokal kedua
  • Rozilawati binti Muhamad (Watie) - vokal harmoni
  • Noor Intan Zanariah binti Abdul Zaharin (Deq Nor) - vokal harmoni
  • Nor Askiela binti Zainal Abidin (Along) - vokal harmoni

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Untukmu... Kini (1997)
  • Kenangan Abadi Feminin (2011)
  • 14 Lagu Hit Paling Hebat: 20th Feminin (2013)

Album lain[sunting | sunting sumber]

  • Feminin In The House Mega Mix (1994)
  • Seikhlas Budi Aidilfitri (1995)

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Kehadiran"
  • "Bayangan Merbahaya"
  • "Hanya Sekali"
  • "Kembali"
  • "Godaan Kotaraya"
  • "Penawar Luka"
  • "Cinta Abadi"
  • "Lepaskan"
  • "Kini"
  • "Rindu"
  • "Kehadiran"
  • "Untukmu"
  • "Cinta Abadi"
  • "Selamat Tinggal Cinta"

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1993 Anugerah Industri Muzik Pertama Artis Baru Duo/Berkumpulan Terbaik Feminin Menang
1993 Anugerah Bintang-Bintang Popular Ke-7 (ABPBH) Penyanyi Berkumpulan Popular Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (5 Oktober 2012). "Fenomena Feminin". Berita Harian. Dicapai pada 14 Ogos 2019.
  2. ^ "Makin banyak artis berkumpulan muncul". Berita Harian. 25 Januari 1994. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  3. ^ "Feminin tidak berpecah". Utusan Malaysia. 23 November 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-28. Dicapai pada 17 Mac 2014.
  4. ^ "Feminin tunggu kelahiran album kelima". Utusan Malaysia. 24 Mei 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-28. Dicapai pada 17 Mac 2014.
  5. ^ Zubairi Zabidin (26 Julai 1993). "Promosi Feminin berjaya". Berita Harian. Dicapai pada 28 Disember 2019.
  6. ^ Seri Intan Othman (31 Julai 1993). "Feminin tampil imej 70-an". Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2020.
  7. ^ Hanim Mohd Saleh (19 September 1993). "Feminin berbelanja besar demi imej". Berita Minggu. m/s. 11. Dicapai pada 1 September 2020.
  8. ^ "Rap group takes singing lessons" (dalam bahasa Inggeris). The New Paper. 27 Disember 1993. m/s. 27.
  9. ^ "Feminin ada rupa, gaya tetapi..." Berita Minggu. 27 Mac 1994. m/s. 11. Dicapai pada 1 September 2020.
  10. ^ "Feminin catat sejarah". Metro Ahad. 3 Disember 1995. Dicapai pada 1 September 2020.
  11. ^ "'Hanya Sekali' dialbumkan sekali lagi". Berita Harian Singapura. 19 Disember 1995. m/s. 6. Dicapai pada 1 September 2020.
  12. ^ Junaidah Dahlan (10 April 1996). "Malaysia's all-girl rap group to go pop" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. m/s. 27.
  13. ^ "Feminin belanja lebih $560 setiap pakaian". Berita Harian Singapura. 23 April 1996. m/s. 6. Dicapai pada 1 September 2020.
  14. ^ "Feminin siap album dalam senyap-senyap". Berita Harian Singapura. 20 Disember 1997. m/s. 6. Dicapai pada 1 September 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]