Fenomena (album Search)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fenomena
Search fenomena.jpg
Album studio oleh
Search
Dilancarkan pada
1989 (Kaset)
1990 (Cakera Padat)
GenreRock
SyarikatPacific Music Corporation/BMG Pacific
PenerbitM. Nasir
Kronologi Search
Mentari Merah Di Ufuk Timur
(1987)
Fenomena
(1989)
Karisma
(1990)

Fenomena ialah album studio keempat kumpulan Search yang dikeluarkan pada tahun 1989. Album Fenomena juga merupakan album pertama Search yang diterbitkan di bawah label mereka sendiri, Go-Search Sdn. Bhd. dan menjalinkan kerjasama dengan syarikat rakaman PMC (kemudiannya bertukar nama kepada BMG Pacific sebelum ditukar sekali lagi kepada BMG Music) sebagai label edaran. M. Nasir sekali lagi menyandang tugas sebagai penerbit album Search ini yang menggunakan kemudahan rakaman di Gins Studio, Jakarta; dan King's Studio, Kuala Lumpur.

Album Fenomena juga merupakan album Search pertama yang terdapat dalam bentuk cakera padat (CD). Bentuk kasetnya keluar pada tahun 1989, diikuti dengan versi CD pada tahun berikutnya yang menampakkan perbezaan dalam susunan lagunya. Album ini turut mengalami baik pulih digital dan rakaman tambahan untuk keluaran semula dengan judul Fenomena 2003.

Ketika album ini dihasilkan, kumpulan Search pada asalnya terdiri daripada Amy (vokalis), Hillary Ang (gitar utama), Din (gitar irama), Nasir (bass) dan Yazit (dram). Namun, Hillary meninggalkan kugiran ini di tengah-tengah sesi rakaman album Fenomena untuk mengejar kerjaya solo dan tempatnya digantikan oleh bekas pemain gitar utama kumpulan Gersang, Hamzah bin Mohd Taib atau Kid yang juga adik kepada Din.

Album ini mengandungi Hits seperti Isabella, Pawana dan Fenomena.

Senarai Lagu[sunting | sunting sumber]

Nota :

  1. Lagu yang ditebalkan - Solo Kid
  2. Lagu yang tidak ditebalkan - Solo Hillary

Versi Kaset (1989)[sunting | sunting sumber]

No. TajukLirikGubahan Masa
1. "Fenomena"  UsopM. Nasir 4:32
2. "Purnama"  BobBob 5:32
3. "Isabella"  BobSearch 5:08
4. "Derap Komando"  WanafisuSearch 5:12
5. "Ku Taklukkan Dunia"  Dani M.Dodo Zakaria 5:22
6. "Menara Kesesatan"  SearchSearch 6:09
7. "Bencana"  SisoM. Nasir 5:44
8. "Pawana"  S. Amin ShahabM. Nasir 4:13
9. "Songsang"  UsopBob 4:03
10. "Gadis Misteri"  S. Amin ShahabM. Nasir 5:28

Versi Cakera Padat (1990)[sunting | sunting sumber]

No. TajukLirikGubahan Masa
1. "Fenomena"  UsopM. Nasir 4:32
2. "Purnama"  BobBob 5:32
3. "Isabella"  BobSearch 5:08
4. "Derap Komando"  WanafisuSearch 5:12
5. "Ku Taklukkan Dunia"  Dani M.Dodo Zakaria 5:22
6. "Menara Kesesatan"  SearchSearch 6:09
7. "Bencana"  SisoM. Nasir 5:44
8. "Pawana/Songsang"  S. Amin Shahab/UsopM. Nasir/Bob 8:18
9. "Gadis Misteri"  S. Amin ShahabM. Nasir 5:28
10. "Mencari (instrumental)" (lagu bonus) Nordin Taib 4:42
11. "Malam" (lagu bonus)M. NasirM. Nasir 4:38

Pautan luar[sunting | sunting sumber]