Fenomena Seni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Fenomena Seni merupakan sebuah rancangan bicara yang mengupas mengenai hal ehwal semasa dan isu-isu terkini mengenai perkembangan seni hiburan di Malaysia. Rancangan ini dihoskan oleh Rosyam Nor dan disiarkan di RTM1 setiap Jumaat pukul 9.30 malam. Dibarisi ahli panel yang terdiri daripada kalangan anak seni, para akademik dan juga wartawan.

Diterbitkan oleh Unit Ehwal Semasa TV, ia dikendalikan secara langsung dari Studio 2, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Namun Fenomena Seni juga pernah bersiaran di luar lokasi buat antaranya di Teluk Danga, Johor Bahru dan di Universiti Malaya. Ilham untuk mengetengahkan satu konsep bual bicara berkaitan industri seni itu dicetuskan oleh Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Seri Zainuddin Maidin, atau lebih dikenali sebagai Zam.