Feri Johor-Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Feri Johor-Singapura merupakan perkhidmatan pengangkutan menyeberangi Selat Johor dari Johor Tenggara ke pulau Singapura dan sebaliknya.

Terminal Feri Tanjung Pengelih[sunting | sunting sumber]

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Ong Tee Keat menyatakan feri ini menghubungkan [[[Terminal Feri Tanah Merah]] di Singapura dengan Kompleks Terminal Feri Penumpang serta Marina Awam Tanjung Pengelih di Pengerang dan Terminal Feri Stulang Laut di Johor Baharu. Pada 16 Mei 2009, Ong Tee Kiat merasmikan Kompleks Feri Penumpang dan Marina Awam Tanjung Pengelih.

Teminal ini mula dbina pada Januari 2006 dengan kos RM39 juta dan siap sepenuhnya awal 2008. Perkhidmatan ini diselenggarakan oleh Jabatan Laut, Imigresen, Kastam dan Jabatan Kesihatan di bawah satu bumbung.Pelancong juga boleh menggunakan feri pergi ke Batam dan Tanjung Pinang, Indonesia.

Marina Tanjung Pengelih[sunting | sunting sumber]

Marina awam Tanjung Pengelih mempunyai 20 tambatan untuk kapal layar pelbagai saiz, tanjakan pendaratan dan pemecah ombak bagi kapal-kapal layar serta bot rekreasi.Aktiviti pelayaran dan pelancongan marin dapat memikat pemilik kapal layar dunia .

Terminal Feri Tanjung Belungkur[sunting | sunting sumber]

Sebelum ini telah ada perkhidmatan feri dari Terminal Feri Changi ke Tanjung Belungkur di Johor Tenggara.Pangkalan bot penumpang ke Terminal Feri Changi membawa 48,689 penumpang tempatan dan asing pada tahun lepas berbanding 47,778 orang pada 2007.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]