Feri Pulau Rimau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Feri Pulau Rimau - petugas trafik.jpg
Feri Pulau Rimau - petugas trafik
Fail:Feri Pulau Rimau -kereta tersusun rapi.jpg
Feri Pulau Rimau -kereta tersusun rapi
Fail:Feri Pulau Rimau pew-.jpg
Feri Pulau Rimau - ada tangga ke bawah
Feri Pulau Undan

Feri Pulau Rimau merupakan sebuah kapal penumpang yang memberi perkhidmatan pengangkutan kereta , manusia dan barangan dan Pangkalan Raja Tun Uda di Pulau Pinang ke Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth di Seberang Perai. Berulang-alik setiap 15 minit. Feri ini ada dua tingkat . Tingkat atas dan tingkat bawah boleh diisi dengan sejumlah kereta dan motosikal.

Feri ini dikendalikan / dipunyai oleh Penang Port Sdn Bhd yang beribupejabat di No 1, Pesara King Edward, Pulau Pinang. Nombor rasminya 324212 berdaftar di Pulau Pinang. Panjang 56.01 meter. Lebar 11.61 meter dan kedalaman 2.70 meter. Hos kuasa enjin ialah 1660 bhp. Dibina pada tahun 1980 . Ramai penumpang ialah 550 orang . Jumlah kakitangan ialah 8 orang .

Feri Pulau Rimau terkandas di pantai Queensbay Mall

Feri ini telah dibina pada 1980 oleh Malaysia Shipyard & Engineering Sdn Bhd di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor, Malaysia dan diluluskan oleh Jabatan Laut Semenanjung Malaysia.

Dalam feri ini terdapat 620 jaket keselamatan untuk orang dewasa dan 55 jaket keselamatan untuk kanak-kanak. 8 boya keselamatan yang boleh menampung 152 orang. 7 alatan boya untuk menampung 125 orang. Selain itu terdapat 5 alat pemadam api.