Feri tenggelam Zanzibar 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta menunjukkan Kepulauan Zanzibar, lokasi bencana ini

Feri tenggelam di Zanzibar 2011 berlaku pada 10 September 2011 apabila kapal feri MV Spice Islander I, membawa sekurang-kurangnya 800 orang tenggelam di luar pantai Zanzibar, negara Tanzania, barat benua Afrika. 240 orang telah disahkan mati.[1] Feri itu dalam perjalanan dari Unguja ke Pemba, kedua-dua pulau utama di perairan tanah besar Tanzania. Beberapa orang masih hilang tetapi 620 penumpang berjaya diselamatkan.[2]

Kejadian[sunting | sunting sumber]

Pada jam 21:00 waktu tempatan (19:00 UTC ),feri MV Spice Islander I belayar dari Unguja , pulau utama kepulauan Zanzibar menuju ke Pulau Pemba di utara. Kapal itu dipercayai telah karam selepas kehilangan kuasa enjin. Kapasiti feri itu adalah 45 anak kapal dan 645 penumpang tetapi lebih 800 penumpang telah dibenarkan berada di atas kapal. Selepas empat jam berlepas, Spice Islander tenggelam antara Zanzibar dan Pemba.Menteri Hal Ehwal Kecemasan, Mohammed Aboud berkata, pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan 620 penumpang, dengan 40 daripada mereka mengalami kecederaan serius. Feri itu dilaporkan membawa kargo berat beras dan barangan lain.[3]

Tindakan[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Revolusi Zanzibar menubuhkan pasukan menyelamat dan meminta bantuan dan sokongan dari negara-negara Afrika. Mereka yang terselamat dibawa balik ke Pelabuhan Zanzibar

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]