Ferrisianida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ferrisianida adalah satu anion [Fe(CN)6]3−.  dikenali sebagai hexasianoferrat(III) atau melalui tatanama sistematiknya yqng lebih jarang iaitu hexasianidoferrat(III). Garam yang biasanya terhasil daripada anion ini adalah  kaliumferrisianida, sejenis bahan seakan kristal berwarna merah yang digunakan sebagai satu agen pengoksidaan dalam  kimia organik.[1]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

[Fe(CN)6]3− terdiri daripda  Fe3+, atom pusat yang terikat pada enam ligan sianida di dalam geometri oktahedral Kompleks ini mempunyai simetri Oh. Ferum merupakan logam spin rendah yang mudah mengalami proses reduksi yang akhirnya membentuk ion  ferrosianida [Fe(CN)6]4−, satu terbitan ferus (Fe2+). Tindakbalas redoks ini adalah proses berbalik dan tidak terlibat dalam proses pembentukan atau pemutusan ikatan Fe-C :

[Fe(CN)6]3− + e → [Fe(CN)6]4−

Tindak balas redoks ini adalah satu piawaian dalam elektrokimia.

Jika dibandingkan dengan sebatian sianida yang normal seperti kalium sianida, ferrisianida mengandungi lebih rendah kandungan toksik disebabkan oleh ikatan yang kukuh diantara  CN dan Fe3+. Ferrisianida juga bertindak balas dengan asid mineral bagi membebaskan gas yang bertoksik tinggi, hidrogen sianida.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Rawatan sebatian ferrisianida dan garam ferus mampu menghasilkan pigmen yang tahan lama dikenali sebagai Biru Prusia, sejenis warna tradisional yang digunakan untuk proses cetak biru.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gail, E.; Gos, S.; Kulzer, R.; Lorösch, J.; Rubo, A.; Sauer, M.; Kellens, R.; Reddy, J.; Steier, N.; Hasenpusch, W. (October 2011). Cyano Compounds, Inorganic. Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry. Weinheim: Wiley-VCH. doi:10.1002/14356007.a08_159.pub3.