Festival Muzik Kuala Lumpur 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Festival Muzik Kuala Lumpur 2010 (KLFest2010) merupakan acara tahunan yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Kali ini diadakan pada 10 Julai 2010.Pelbagai acara diatur bagi menarik pengunjung tempatan dan pelancong asing. Temanya ialah "Muzik Merentasi Sempadan".

Festival Muzik Kuala Lumpur[sunting | sunting sumber]

Hampir 100 penggiat seni muzik tempatan dan antarabangsa dengan pelbagai kelainan ditampilkan. Antaranya ialah muzikal "Nanta Cooki'" yang berkonsepkan persembahan muzik komik tanpa dialog yang menggabungkan peralatan perkusi tradisi Korea yang dikenali sebagai Samulnori, pergerakan akrobatik dan drama muzikal.

Konsert Alam[sunting | sunting sumber]

Konsert Alam diadakan Zoo Negara pada 10 Julai 2010 dari jam 10 pagi hingga 3 petang.Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Datuk Norliza Rofli menyatakan konsert muzik itu itu berorientasikan alam semulajadi dalam usaha menerapkan masyarakat mencintai alam. Ia menampilkan penyanyi Zainal Abidin, kumpulan muzik Indie, kumpulan muzik Orang Asli dan kumpulan muzik tradisional.


Rujukan[sunting | sunting sumber]