Fickry Yaacub

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Haji Fickry Yaacub (10 Januari 1947 - 5 Mei 2012), DSIS; adalah Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf. Beliau berasal dari Kelantan.[1]

Fickry Yaacub
Kelahiran
Haji Fickry bin Yaacub

(1947-01-10)10 Januari 1947
Meninggal dunia5 Mei 2012(2012-05-05) (umur 65)
Sebab kematianSerangan Jantung
PasanganRobiah Mohamed
Anak-anak8

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isterinya, Datin Robiah Mohamed dan mereka mempunyai lapan orang anak.Salah seorang anaknya masih belajar di Kanada. Adiknya, Datuk Hussamuddin Yaacub adalah Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf. Bapanya Yaakub Idris adalah penjual buku terkemuka di Kelantan

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjawat tugas sebagai pendidik di Maktab Adabi di Kota Baharu dan kemudian sistem belajar melalui pos yang dinamakan Adabi Gaya Pos bersama beberapa rakannya. Abangnya Fahmi Yaakub menjadi pengetua Maktab Adabi.

Akhbar 'Watan'[sunting | sunting sumber]

Fickry Yaacub menjadi Ketua Pengarang 'Watan' manakala Haji Khairune Ali (kini penerbit akhbar Warta Perdana) sebagai Pengarangnya. Watan mendapat sambutan hangat ketika itu kerana menyiarkan berita Team A dan Team B yang sedang berentap dalam pertandingan Presiden UMNO pada 24 April 1987. Tengku Razaleigh Hamzah bersama Musa Hitam mencabar Dr Mahathir Mohamad dengan Ghafar Baba. Fickry ada kolumnya sendiri mewawancara tokoh-tokoh politik utama negara ketika itu. Watan pernah menganjurkan satu majlis di KL International Hotel yang dihadiri oleh Datuk Peter Chin selaku Setiausaha Parlimen di sebuah kementerian.

Permit akhbar Watan dibatalkan pada Oktober 1987 ketika Operasi Lalang. Akhbar The Star dan Sin Chew Jit Poh turut dibatakan permit dengan alasan memainkan isu-isu perkauman. Apabila Watan dihidupkan semula pada Mac 1988, Zabidi Saidi dilantik Penolong Editor akhbar Watan. Watan diterbitkan tiga kali seminggu .Jamaluddin Aziz (kini orang kanan di ibu pejabat Umno) ditukarkan dari akhbar Bacaria ke akhbar Watan turut dilantik sebagai Penolong Editor juga. Pada awal 1989, Fickry ditukarkan tempat kerjanya ke Sabah selama hampir tiga tahun. Pada tahun 1992, Zabidi berhenti dari Karangkraf apabila ditukarkan ke bahagian iklan. Ketika itu jualan akhbar Watan makin merosot.

Karangkraf[sunting | sunting sumber]

Fickry menjawat jawatan penting dalam pasukan editorial antaranya ialah sebagai Penerbit Eksekutif Akhbar Eksklusif dan juga menjadi Ketua Editor Akhbar Watan.Beliau menjanakan idea penubuhan awal akhbar harian Sinar Harian. Beliau terus aktif menulis dan mempunyai kolum tetap di dalam akhbar ini serta sentiasa memantau perkembangan akhbar berkenaan. [2]


Karangkraf adalah sebuah syarikat penerbitan buku, percetakan dan majalah terbesar di Malaysia yang dimiliki anak Melayu 100 peratus.Segalanya bermula apabila Hussamuddin Yaacob, menerbitkan sebuah buku ‘Kajian Sejarah Melayu’ pada tahun 1977. Hussamuddin menubuhkan syarikat Karangkraf. Sdn. Bhd. pada 1978, bersama Haji Fickri Haji Yaacob dan sepupunya Muhd Nasir Haji Hamzah. Mereka menyewa di SS 2, Petaling Jaya dan dijadikan pejabat operasi sekaligus kediaman mereka.

Beberapa anak syarikat ditubuhkan seperti Karangkraf Edar, Karya Bestari, Keluarga Communication, Bistari Distributor dan Karangkraf Cetak Sdn. Bhd. Syarikat ini menerbitkan majalah Mingguan Kanak-Kanak yang pernah mencapai edaran 159,00 naskhah seminggu.Seterusnya menerbitkan majalah Gelihati, Remaja dan Bacaria.

Karangkraf turut turut menjadi pengedar kepada 14 penerbitan lain, antaranya Sarina, Kisah Cinta, Watan, Alam Wanita dan Majalah Koleksi.Sejak 1981 lagi, Karangkraf telah muncul sebagai pengedar akhbar dan majalah bumiputera terbesar di Malaysia. Pada Oktober 2003, dengan jumlah 27 judul, Kumpulan Karangkraf telah diiktiraf sebagai penerbit majalah Bahasa Melayu terbanyak oleh Malaysian Book of Records.

Kemudian mereka menubuhkan pula syarikat Alaf21 pada April 1997 dan Buku Prima Sdn Bhd pada 2006 yang memberi ruang kepada penulis dan masyarakat pembaca untuk berkongsi ilmu. Akhbar harian Sinar Harian diterbitkan sejak 31 Julai 2006 di Kota Bharu, Kelantan menjadi satu lagi bukti kejayaan Kumpulan Karangkraf.Wartawan Syahril Abdul Kadir pernah ditugaskan di Meja Jenayah di Sinar Harian .


Majalah PC dikeluarkan oleh A&Z Publisher Sdn Bhd iaitu anak syarikat kepada Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd .

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Fikry@Fickry Yaacob adalah antara enam pengamal media yang menerima darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-66 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Mei 2012, Datuk Fickry Yaacub (65 tahun) meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Taman Tun Dr Ismail, Damansara, Kuala Lumpur. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara dan jenazah disembahyangkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail. Allahyarham sedang menonton perlawanan bola sepak secaralangsung antara pasukan Kelantan dan Lions XII.Beliau sempat berkomunikasi dengan anaknya yang sedang menuntut di Kanada menggunakan Skype.

Turut hadir ialah Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Turut menziarahi lebih 400 pekerja dan karyawan Kumpulan Media . Bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang menyifatkan beliau sebagai seorang ahli perniagaan dan lambang kejayaan orang Melayu dalam bidang persuratkhabaran.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]