Fil Marsyal (Finland)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
C.G.E. Mannerheim memakai insignia pangkat sotamarsalkka, Fil Marsyal Finland, seperti yang dicipta untuk pakaian perkhidmatan m/36.

Di dalam Angkatan Pertahanan Finland Fil Marsyal (Bahasa Finland: sotamarsalkka (secara harfiahnya Marsyal Perang), bahasa Sweden: fältmarskalk) secara rasminya bukan pangkat tentera yang aktif tetapi sebagai gelaran kehormat yang hanya boleh dikurniakan keatas 'jeneral khusus yang terkenal'. Setakat ini satu-satunya pemegang gelaran ini ialah Baron Carl Gustaf Emil Mannerheim, ketika itu adalah Pengerusi Majlis Pertahanan, yang menerima pangkat itu pada 19 Mei 1933 melalui keputusan Majlis Negara. Baron Gustaf Mannerheim (1867–1951) berkhidmat sebagai Pemangku Raja 1918–1919 dan Presiden Republik 1944–1946.

Mannerheim telah memerintah Tentera Putih didalam Perang Saudara Finland pada tahun 1918, dan kenaikkan pangkatnya ke Fil Marsyal telahpun dicadangkan pada tahun 1928, iaitu ulang tahun ke-10 berakhirnya Perang. Ketika itu cadangan tersebut telah ditolak kerana 'terlalu suka berperang'—dan terdapat juga kebimbangan yang kenaikkan itu akan menyebabkan kontroversi politik—akan tetapi Mannerheim telah diberikan satu baton marsyal oleh veteran Putih Perang Saudara. Lima tahun kemudian iklim politik telah menjadi lebih baik, dan Majlis Negara mengambil keputusan untuk mengurniakan Mannerheim dengan pangkat field marshal. Keputusan ini disimpan secara rahsia, dan menjadi satu kejutan yang menggembirakan buat Mannerheim. Beliau berkata "Dalam sebuah negara ultrademokratik kecil ia boleh kelihatan agak megah untuk menikmati kemewahan seorang fil marsyal", tetapi juga mengakui bahawa ia "tidak begitu mengerikan apabila marsyal tidak ada sumbangan pada negara".[perlu rujukan]

Tidak diketahui kenapa field marshal tidak menjadi pangkat substantif sebaliknya pangkat kehormat, tetapi perbezaan ini menyebabkan Mannerheim menjadi bingung. Beliau terpaksa membayar duti setem berjumlah 4000 Finnish mark.[perlu rujukan] Setiausaha Mannerheim di Majlis Pertahanan, iaitu Leftenan Kolonel Aksel Airo cuba memaksa Angkatan Pertahanan atau Kementerian Pertahanan membayar bil tersebut. Ia menjadi kebiasaan mana-mana organisasi asal yang meletakkan nama orang yang dicadangkan gelaran itu, membayar duti setem sekali. Tetapi dalam kes ini tiada pembayar seperti itu tampil dan akhirnya Airo terpaksa menunjukkan bil itu kepada Mannerheim, yang memberi komen secara sinis: "Alangkah baiknya mereka tidak melantik ketua yang lebih besar daripada saya."[perlu rujukan] Mannerheim juga pada awalnya mengetahui bahawa field marshal bukanlah pangkat yang rasmi, beliau tidak mahu berkhidmat dalam Angkatan Pertahanan lagi, tetapi Mannerheim kemudian diyakinkan bahawa beliau akan kekal didalam senarai pegawai Tentera Darat Finland sebagai Jeneral Kavalri (ratsuväenkenraali, pangkat substantifnya sejak tahun 1918).

Mannerheim menerima gelaran field marshal tiga hari selepas ulang tahun ke-15 berakhirnya Perang Saudara, memilih untuk tidak menerima gelaran itu pada ulang tahun pada 16 Mei, kerana beliau tidak mahu memburukkan lagi luka Perang itu. Pada masa yang sama Mannerheim juga telah diberikan baton marsyal rasmi yang baru, tetapi beliau masih gemar menggunakan baton lama yang tidak rasmi kerana ia lebih ringan.

Menurut amalan field marshal telah dilayan seperti pangkat tentera. Mannerheim, berkerjasama dengan artis dan penulis Aarno Karimo mereka insignia pangkat baru yang mengandungi tiga singa heraldic jeneral penuh dan baton marsyal bersilang.[1]

Pada hari lahir Mannerheim yang ke-75 tahun pada 4 Jun 1942 beliau telah dikurniakan gelaran Marsyal Finland (bahasa Finland: Suomen marsalkka, bahasa Sweden: Marskalk av Finland) yang dicipta khas untuk beliau, walaupun ia adalah gelaran penuh simbolik dan insignia pangkatnya kekal sama.

Pada suatu ketika apabila Finland dibawah pemerintahan Sweden (sebelum Perang Finland pada tahun 1808–1809), beberapa orang kelahiran Finland pernah mencapai pangkat sepadan Fältmarskalk.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Since the introduction of the rank of prikaatikenraali (brigadier general) in 1995, the Finnish Defence Forces' full general's rank insignia has consisted of four heraldic lions.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Meri, Veijo (1988): C.G. Mannerheim. Suomen marsalkka
  • Palokangas, Marko (2000): Itsenäisen Suomen sotilasarvot ja -arvomerkit: Suomen maavoimien sotilasarvojärjestelmä ja arvoasteiden merkitsemistavat vuosina 1917-2000
  • Screen, J.E.O. (2000): Mannerheim: the Finnish Years
  • Yleinen palvelusohjesääntö 2002 [1] Diarkibkan 2006-08-27 di Wayback Machine