Aathma (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Aathma)
Aathma
PengarahV. N. Raj
PenulisLakon layar:
DibintangiJasmin, Jayasree, Shashi
Tarikh tayangan
2007
Negara Malaysia Malaysia

Filem Aathma merupakan sebuah filem Bahasa Tamil yang diterbitkan di Malaysia pada 2007. Filem Aathma diterbitkan dalam format Digital Beta.[1]

Filem Aathma mula ditayangkan pada 2007 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Jasmin, Jayasree, Shashi dan ramai lagi.

Plot[sunting | sunting sumber]

Ramya berpindah ke bandar untuk mendapatkan rawatan untuk ayahnya yang sakit. Pada masa yang sama, dia juga telad mendapat kerja di sebuah syarikat tempatan yang berdekatan dengan rumahnya. Dia telah mengambil alih jawatan seorang gadis bernama Maya yang telah menghilangkan diri dengan tiba-tiba.

Disinilah Ramya bertemu Aathi yang bekerja di bangunan yang sama. Dengan kerja yang baru, ayahnya yang semakin pulih dan persahabatan yang mesra, Ramya bersyukur akan keputusannya untuk berpindah ke bandar ini. Akan tetapi segala-galanya menjadi huru-hara apabila Ramya mula terasa sesuatu yang ngeri mengikutinya. Keadaan tidak dapat dikawal dan Ramya tidak tahu bagaimana dan mengapa dia terlibat dalam penjelmaan itu. Pada masa itulah Ramya berkenalan dengan Inda, pegawai polis yang sedang menyiasat kes kehilangan Maya. Disinilah Ramya mula sedar mengapa dirinya dapat melihat penjelmaan itu. Siapakah yang terlibat dalam misteri kehilangan Maya?

Bagaimanakah Maya dibunuh? Siapakah pembunuhnya dan mengapa?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Jasmin, Jayasree, Shashi

Lagu[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Horror gets a local Tamil twist". New Straits Times. 31 December 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2012. Dicapai pada 20 June 2010.