Aku Bukan Terrorist

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Aku Bukan Terrorist)
Aku Bukan Terrorist
PengarahArjin Uppal
PenulisJekyll Gyzma
Dihasilkan olehS. Baldev Singh & Harvinder Uppal
DibintangiGulshan Grover
Rahul Dev
Afiq Muiz
Chacha Maembong
Farida Jalal
Kapten Khir Mohd Noor
Betty Banafe
Dato' Jalaludin Hassan
SinematografiVierendrra Lalit
Disunting olehS. Baldev Singh & Arjuna
Muzik olehBoy Razak
Syarikat
penerbitan
White Merpati Entertainment
Tarikh tayangan
5 Oktober 2017
Masa tayangan
95 minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu / Bahasa Hindi / Bahasa Inggeris
BajetUS$3,000,000.00

Filem Aku Bukan Terrorist merupakan filem antarabangsa yang ditayangkan di Malaysia pada 5 Oktober 2017. Filem bergenre aksi ini merupakan filem Malaysia tahun 2017.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem ini diarahkan oleh Arjin Uppal dibawah terbitan White Merpati Entertainment. Filem ini merupakan filem ketiga arahan beliau.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Dayana dan Ummar yang telah lama berkawan kemudian bercinta semasa mereka menuntut di universiti. Ummar berasal dari Kashmir dan dihantar oleh ibunya ke Malaysia serta tinggal bersama ibu saudaranya di sini. Ummar sudah biasa dengan keadaan di Malaysia dan boleh berbahasa Melayu. Dayana seorang anak kepada ahli perniagaan yang terkenal, ayahnya jarang dapat meluangkan masa dengannya. Ummar mendapat panggilan dari kampung menyatakan ibunya sedang sakit tenat. Oleh kerana Ummar tidak mempunyai duit yang mecukupi, Dayana telah membantu Ummar membeli tiket pulang ke kampung. Ummar tidak menyangka yang Dayana juga membeli tiket untuk ke Kashmir bersama. Ummar berasa berat hati seperti ada sesuatu perkara yang dirahsiakan untuk membawa Dayana ke Kashmir. Ketika di Kashmir, Dayana di beritahu oleh ibu Ummar tentang mengapa Ummar di hantar tinggal bersama ibu saudaranya di Malaysia. Tujuan ibunya membuat begitu kerana tidak mahu Ummar terlibat secara langsung dalam peristiwa lama ayahnya yang dianggap seorang pengganas di Kashmir. Orang kampung termasuk Ummar juga mempercayai ayanhya memang seorang pengganas yang merbahaya. Perkara itu berlaku apabila Abu Dzar, seorang ketua gengster mahu merampas kuasa dan sanggup mempergunakan bapa Ummar untuk kepentingan dirinya. Dayana telah diculik oleh kuncu Abu Dzar sewaktu ketiadaan Ummar di rumah. Ummar cuba menyelamatkan Dayana tetapi gagal. Ummar di belasah teruk ketika berada di rumah Abu Dzar. Abu Dzar telah menyuruh kuncunya mempersiapkan Dayana untuk menjalankan misinya. Mustaffar yang merupakan orang kanan Abu Dzar telah membelot untuk membantu Ummar yang diculik, sewaktu Abu Dzar membawa Dayana ke kawasan untuk meletupkan bom. Mustaffar dan Ummar berjaya menyelamatkan Dayana dengan sebuah kenderaan jeep. Mustaffar sempat meyuruh Ummar menurunkannya di sebuah jambatan. Ummar dan Dayana diarahkan beredar tinggalkan dirinya bersendirian. Mustaffar menunggu Abu Dzar dan berhadapan dengannya. Mustaffar cuba menyedarkan Abu Dzar tentang tindakannya itu menyalahi undang-undang. Kali ini, Ummar mengambil keputusan untuk menyelamatkan Mustaffar semula, tetapi Mustaffar telah meletupkan bom yang diambil pada Dayana semasa diatas jeep. Abu Dzar dan kuncu-kuncunya tidak sempat melarikan diri dalam letupan bom itu. Mereka kesemuanya terkorban termasuk Mustaffar.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]