Aku Bukan Tomboy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Aku Bukan Tomboy)
Aku Bukan Tomboy
Poster keluaran tayangan
PengarahSyamsul Yusof
PenulisSyamsul Yusof
Cerita olehYusof Haslam
Dihasilkan olehYusof Haslam
Dibintangi
SinematografiOmar Ismail
Disunting oleh
  • Syamsul Yusof
  • Hisham Jupri
Muzik olehJames Baum
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 17 November 2011 (2011-11-17) (Malaysia)
Masa tayangan
97 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.51 juta[1]
Pecah panggungRM 2.55 juta

Aku Bukan Tomboy merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 2011 arahan Syamsul Yusof terbitan Skop Productions.[2][3] Ia dibintangi oleh Scha Al-Yahya, Shaheizy Sam dan Syamsul Yusof sendiri yang turut berlakon dalam filem keenam arahannya ini dan berkisarkan seorang wanita berperwatakan lelaki dan kaitannya dengan mereka yang ada disekelilingnya.[4][5] Filem ini ditayangkan pada 17 November 2011 dan menerima ulasan positif.[6][7]

Plot[sunting | sunting sumber]

Kehadiran Farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Ceritanya bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar 'pengkid' antaranya Bell dan Sam.

Tekanan di sekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mentransformasikan dirinya sebagai seorang yang berpersonaliti agresif dan kasar. Di sebalik penampilan bagai seorang lelaki, Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan sebagai penghantar piza. Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka, Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran.

Harry, seorang jurujual jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa berasa tergugat apabila Burn muncul sebagai pesaing yang mencetuskan perebutan. Dalam masa yang sama, Farisa berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka. Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam (pengkid) yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka. Konflik cinta tiga segi yang berbeza senario telah mewarnai catatan kehidupan Farisa, si gadis tomboy.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Scha Al-Yahya sebagai Farisha/Eisha.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Aku Bukan Tomboy merupakan filem keenam arahan Syamsul Yusof dan pertamanya bagi genre komedi romantik, manakala skrip asal filem ini ditulis oleh bapanya, Datuk Yusof Haslam.[10] Ia merupakan filem kedua Scha Al-Yahya bersama Syamsul dan Skop Productions selepas Evolusi KL Drift 2 (2010), dan juga filem ketiga Shaheizy Sam bersama Syamsul selepas Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) dan Evolusi KL Drift 2. Penggambaran dijalankan pada pertengahan 2010 di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.[10] Sebahagian besar daripada pelakon-pelakon yang terlibat ialah pelakon pilihan Yusof Haslam.[11]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Aku Bukan Tomboy ditayangkan kepada umum pada 17 November 2011 di 80 pawagam secara serentak di Malaysia, Singapura dan Brunei. Majlis pratonton filem ini telah diadakan di GSC Mid Valley pada 31 Oktober 2011 dan dihadiri oleh barisan pelakon filem ini termasuk Syamsul Yusof, Shaheizy Sam, Scha Al-Yahya, Salina Saibi dan Hani Harmi. Filem ini merupakan satu kegagalan komersial, hanya berjaya mengutip RM1.28 juta untuk tempoh empat hari tayangan.[12]

Filem ini menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Ulasan dalam portal web Rollo de Pelicula menyatakan "percubaan pertama Syamsul (Yusof) dalam mengarahkan filem komedi wajar dipuji kerana sememangnya filem ini sangat menghiburkan".[13]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  1. "Aku Bukan Tomboy" – James Baum, Ieda Majid
  2. "Dirinya Sebenar" – James Baum
  3. "Hingga Hujung Dunia" – Burn & Soul

Media rumah[sunting | sunting sumber]

Filem ini dikeluarkan dalam bentuk DVD pada Disember 2011 oleh K&L Enertainment Sdn. Bhd. Kandungan utama termasuk di belakang tabir dan adegan pilihan. Juga pada bulan sama, Aku Bukan Tomboy dipertontonkan untuk tontonan rumah di mana pelanggan ASTRO boleh melanggannya di Astro First.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my. Dicapai pada 18 Januari 2011.
  2. ^ Rudy Imran Shamsuddin (4 November 2011). "Dedah gelagat pengkid, tomboy". Rentak Artis Popular (RAP). Harian Metro. m/s. 14–15.
  3. ^ "A comedy flick from Syamsul Yusof", New Straits Times, 8 November 2011.
  4. ^ "Filem Aku Bukan Tomboy Selongkar Dunia Tomboy". Sensasi Selebriti. 1 November 2011. Dicapai pada 2011-11-30.
  5. ^ "Sinopsis Aku Bukan Tomboy". Sensasi Selebriti. 27 Oktober 2011. Dicapai pada 2011-11-30.
  6. ^ "Aku Bukan Tomboy sarat mesej & komedi". Sinar Harian. 18 November 2011. Dicapai pada 2011-11-30.
  7. ^ Noor Ashreen Ismail (17 November 2011). "Eksperimental komedi sulung Syamsul". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-18. Dicapai pada 2011-11-30.
  8. ^ Scha Al-Yahya says "Aku Bukan Tomboy" Yahoo! News. 15 November 2011.
  9. ^ Kemalia Othman (4 November 2011). Salina Saibi tahan diri pakai bengkung Diarkibkan 2018-08-25 di Wayback Machine mSTAR Online. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  10. ^ a b Tomboy samar emosi Diarkibkan 2017-02-11 di Wayback Machine Syazwan Zakariah. Utusan Malaysia. 24 November 2011.
  11. ^ Filem Minggu Ini: Aku Bukan Tomboy Rotikaya (17 November 2011). Diperoleh pada 22 April 2012.
  12. ^ Cuma RM1.3 Juta Selepas Seminggu, Prestasi Filem Syamsul Yusof Paling Teruk? RotiKaya. 24 November 2011.
  13. ^ Review filem Aku Bukan Tomboy Rollo de Pelicula (20 November 2011). Dicapai pada 1 Disember 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]