Aku Kaya The Movie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Aku Kaya The Movie)
Jump to navigation Jump to search
Aku Kaya the Movie
Aku kaya the movie 01.jpg
PengarahMurali Abdullah
PenerbitRoslan Ramli
Mariana Hashim
PenulisMurali Abdullah (lakon layar)
Melati Putih (cerita asal)
Mariana Hasim (cerita)
Dibintangi olehYassin Yahya
Illya Buang
Hamdan Ramli
PengedarGolden Screen Cinemas
BahasaBahasa Melayu
Rujukan Filemkita

Aku Kaya The Movie merupakan sebuah filem Malaysia yang dilakonkan oleh Kumpulan Aku Kaya pada tahun 2004 selepas kejayaan VCDnya, Aku Kaya (telemovie) yang terjual lebih 100,000 unit.

Kumpulan Aku Kaya terdiri daripada bekas ahli dari Kumpulan Senario, iaitu Hamdan, Ilya dan Yassin.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem ini memaparkan kisah tiga beradik, Yassin, Yassan dan Yassun yang terjumpa sebuah naskah lama peninggalan arwah ayah mereka. Naskah tersebut mengandungi salasilah keturunan keluarga mereka sejak dari zaman batu, zaman lanun, zaman Jepun, hinggalah ke zaman kini. Naskah tersebut juga mengandungi rahsia tentang kewujudan pedang hikmat yang menjadi rebutan semua orang. Dengan menggunakan wang yang telah dimenangi sebelum ini (kesinambungan dari VCD Aku Kaya), tiga beradik itu merakamkan perjalanan salasilah keluarga mereka.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  1. Yassin Yahya sebagai Yassin/Lempaying/Asst. Chief Lanun/Kitaro
  2. Illya Buang sebagai Yassun/Lempayung/Robin Hood/Boyak
  3. Hamdan Ramli sebagai Yassan/Lempayang/Penunggu Gua/Kunjisawa-san
  4. Jeslina Hashim sebagai Leha/Xena/Girlfriend Chief Lanun/Melati
  5. Ahmad Busu sebagai Tok Ketua Alalatok
  6. Zaibo sebagai Asst. Tok Ketua Alalatok
  7. Rosnah Mat Aris sebagai Isteri Tok Ketua Alalatok
  8. Ramasundram sebagai Jurubahasa Puak Amuk
  9. Rahim Razali sebagai Chief Lanun
  10. Munir (Phyne Ballerz) sebagai Akar Kayu-san
  11. Azizah Mahzan sebagai Emak Boyak
  12. Murali Abdullah sebagai Perdana Menteri Nippon
  13. Kumpulan Amuk sebagai Puak Amuk
  14. Kumpulan X-Factor sebagai Kumpulan Lanun

Pengarah[sunting | sunting sumber]

  1. Murali Abdullah