Alice in Wonderland (filem 1933)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alice in Wonderland
PengarahNorman Z. McLeod
Penulis
Dibintangi
Diedarkan olehParamount Pictures
Tarikh tayangan
22 Disember 1933 (1933-12-22)
Masa tayangan
90 minit, 77 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris

Alice in Wonderland merupakan versi filem pada tahun 1933 yang diadaptasi daripada novel hasil karya penulis yang terkenal iaitu Lewis Carroll. Filem ini diterbitkan oleh Paramount Pictures yang menampilkan bintang-bintang terkemuka. Semuanya ditayangkan secara aksi langsung kecuali babak Walrus and The Carpenter yang dianimasikan oleh Leon Schlesinger Productions.

Antara pelakon terkemuka yang tampil dalam filem ini termasuklah Charlotte Henry sebagai Alice, W. C. Fields sebagai Humpty Dumpty, Edna May Oliver sebagai Red Queen, Cary Grant sebagai Mock Turtle (beliau masih terkenal pada ketika itu), Gary Cooper sebagai White Knight, Edward Everett Horton sebagai The Hatter, Charles Ruggles sebagai The March Hare, dan Baby LeRoy sebagai The Joker.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]