Anak Lorong (drama TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Anak Lorong)

Kisah Nyata Anak Lorong merupakan sebuah drama di slot Cerekarama TV3 arahan Khairul Amri Haji Khalid (Keoi). Ia diterbitkan oleh Langkah Karya Production dan menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Rita Rudaini, Fiza Halim, Syafie Naswip, Taiyuddin Bakar, Puteri Balqis, Idris Md Diah, Boy Iman, Fadilah Mansor dan Zuraini Kassim.

Ia mula disiar di slot Cerekarama TV3 bermula 24 Mac 2012, setiap hari Sabtu, pukul 09.00 malam.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Ia mengisahkan Rayyan, remaja berusia 17 tahun dan adiknya, Fara yang berusia enam tahun yang dijaga Khaty, teman baik ibunya, Melur yang dipenjarakan kerana terbabit dalam kegiatan tukang urut dan pelacur sambilan. Rayyan mengambil keputusan berhenti sekolah dan mencari kerja supaya dapat menyara diri dan adiknya sebelum terbabit melakukan aktiviti tidak bermoral. Rayyan tersedar kesilapannya dan mahu berubah untuk kembali ke pangkal jalan. Bagaimanakah kesudahan kedua beradik ini.




= Pelakon =[sunting | sunting sumber]

1) Syafie Naswip : Rayyan remaja berusia 17 tahun

2) Puteri Balqis : Fara kanak - kanak berusia 6 tahun

3)Rita Rudaini

4) Fiza Halim

5)Taiyuddin Bakar

6)Idris Md Diah

7)Boy Iman

8)Fadilah Mansor

9)Zuraini Kassim

Rujukan[sunting | sunting sumber]