Bakti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Bakti)
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Bakti
PengarahL. Krishnan
PenulisL. Krishnan
Dihasilkan olehMalay Film Productions Ltd (MPF)
DibintangiP. Ramlee
Kasma Booty
S. Roomai Noor
Siput Sarawak
Muzik olehOsman Ahmad
Diedarkan olehMalay Film Productions Ltd.
Tarikh tayangan
4 April 1950
NegaraMalaya (Malaysia & Singapura)
BahasaMelayu

Filem Bakti merupakan sebuah filem Melayu yang dikeluarkan Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian dari Malaysia pada 1950.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem ini di arah oleh L. Krishnan.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Orang Kaya Ibrahim sangat memanjakan anak lelakinya yang bernama Hassan. Pada suatu hari, orang kaya itu dengan persetujuan anak perempuannya, Saadiyah telah memungut seorang budak miskin untuk dijadikan anak angkat. Budak itu bernama Nasir. Saadiyah sangat sayang kepada budak itu, tetapi Hassan membencinya. Hassan dan Nasir selalu bergaduh. Apabila dewasa, Hassan mempunyai seorang kekasih rahsia yang merupakan seorang perempuan mata duitan bernama Edah. Hassan mencuri barang kemas milik ibunya yang baru meninggal dunia dan dihadiahkannya kepada Edah. Hassan juga menyuruh Edah menulis surat kepada Nasir dengan menyatakan perasaan terima kasihnya di atas pemberian hadiah tersebut. Apabila bapa mereka mendapat tahu tentang surat tersebut, Nasir telah disoal dan akhirnya membawa diri meninggalkan rumah tersebut. Nasir kemudiannya berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal sementara Hassan dipenjarakan selama dua tahun atas kesalahan mencuri rantai leher adiknya. Apabila dibebaskan, Hassan kembali mencuri...

Pelakon[sunting | sunting sumber]