Biar Betul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Biar Betul)
Biar Betul
PengarahAziz M. Osman
PenulisAziz M. Osman
Lakon layarAziz M. Osman
Dihasilkan olehRuhani Abdul Rahman
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMetrowealth Pictures
Tarikh tayangan
  • 16 Disember 2004 (2004-12-16) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Biar Betul merupakan filem komedi jenayah Malaysia 2004 ini ditayangkan pada 16 Disember 2004 dan dilakonkan oleh Afdlin Shauki, Wahid Senario, Saiful Apek, Yassin Yahya, dan Syanie.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kisah yang berlaku dalam masa sehari yang berlegar antara perompak dengan mangsanya. Tiga beradik iaitu Fuad, Burn, dan Rosma (lakonan Afdlin, Wahid dan Syanie) terjebak dalam dunia rompakan kerana kesempitan hidup sejak kecil lagi. Pada hari yang sama ketika mereka bertiga sedang merancang sebuah rompakan, mereka bertembung dengan seorang penyeluk saku iaitu Adi (Yassin) yang dikejar oleh Khai watak lakonan Saiful Apek. Dalam keadaan tidak sengaja Adi dan Khai bertembung dengan Fuad dan Burn yang sedang melarikan diri. Bimbang ditangkap, mereka bertiga melarikan diri bersama-sama Adi dan Khai ke hutan setelah menangkap mereka. Bermula dari pelarian itulah, pelbagai insiden menarik dan lucu berlaku.

Adi dan Khai mencuba pelbagai cara untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya kerana pihak polis mengesyaki mereka terlibat sama dalam rompakan yang dilakukan oleh Burn dan Fuad. Dalam masa yang sama Khai jatuh cinta kepada Rosma.

Rosma menangis dan menjerit apabila Inspektor Nija dan geng-gengnya menembak abang-abangnya sendiri sampai mati manakala Khai terselamat.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Filem ini amat istimewa kerana hanya menggunakan tujuh pelakon utama disamping pelakon-pelakon sampingan yang lain. Pelakon utamanya ialah:

Afdlin Shauki berlakon sebagai Fuad dalam filem ini.
Saiful Apek berlakon sebagai Khai dalam filem ini.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Nama watak-watak dalam filem tersebut diambil daripada program realiti, Akademi Fantasia Musim 1 seperti Khai, Adi, Rosma, Burn dan Nija.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]