Black Narcissus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Black Narcissus)
Jump to navigation Jump to search
Black Narcissus
Blacknar.jpg
PengarahMichael Powell/Emeric Pressburger
Mula ditayangkan
1946
Tempoh tayangan
99 minit.
NegaraUnited Kingdom
BahasaBahasa Inggeris

Filem Black Narcissus merupakan sebuah filem Warna yang dikeluarkan di United Kingdom pada tahun 1946. Ia diarah oleh Michael Powell/Emeric Pressburger dan merupakan filem dalam genre Drama-Keagamaan.

Filem Black Narcissus mempunyai tempoh tayangan sepanjang 99 minit.

Filem Black Narcissus 1947 merupakan sebuah filem yang diarah oleh gabungan pasukan penulis-pengarah British Michael Powell dan Emeric Pressburger, berdasarkan novel 1939 yang sama judulnya yang dikarang oleh Rumer Godden. Ia merupakan darma psikologi mengenai ketegangan emosi dalam konvent nun sepenuhnya di lembah terasing di Himalaya, dan memaparkan pelakon Deborah Kerr, Kathleen Byron, Sabu, David Farrar, Flora Robson, Esmond Knight, dan Jean Simmons.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Sekumpulan nun Anglikan mengembara ke tempat terasing di Himalayas (Istana Mopu, berhampiran Darjeeling) untuk membina sekolah dan hospital bagi penduduk tempatan, hanya mendapati diri mereka semakin terpengaruh dengan keindahan sekeliling mereka sebuah seraglio yang diubah suai tinggi di gunung, dan oleh agen British tempatan Mr Dean (David Farrar). Clodagh (Deborah Kerr), Sister Superior, cuba untuk melupakan percintaan yang gagal di kampungnya di Ireland. Ketegangan meningkat apabila tarikan Dean bersahaja memberikan kesan ke atas Clodagh, tetapi turut menarik Sister Ruth (Kathleen Byron) yang tidak stabil mentalnya, yang menjadi cemburu pathologi pada Clodagh, menyebabkan hilang kawalan dan kemuncak yang ganas. Dalam plot kecil, 'General Muda' (Sabu), waris pada takhta negeri India telah datang ke konvent bagi pendidikannya dan tertarik dengan Kanchi, penari kasta rendah (Jean Simmons).

Perbezaan dengan novel[sunting | sunting sumber]

Sungguhpun kebanyakan dialog dalam filem tersebut diambil bulat-bulat dari novel, filem itu tidak mengikuti novel sepenuhnya. Terutamanya filem tersebut tidak memasukkan bangkangan Mr Dean mengenai reka bentuk gereja ("chapel"), sebaliknya menyokong reka bentuknya sendiri bagi bangunan terbuka tanpa pintu, terletak di kemuncak rabung, di atas Orang Suci. Tambahanlagi, Sister Philippa (yang akan pergi) tidak diganti oleh Sister Adela, seorang nun yang tegas dan risau dengan kelewehan tugas oleh nun asal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Notes
Bibliography
  • Christie, Ian (1994). Arrows of Desire. London: Faber. ISBN 0-571-16271-1. 
  • Godden, Rumer (1939). Black Narcissus. London: Peter Davies. 
  • Powell, Michael (1986). A Life in Movies: An Autobiography. London: Heinemann. ISBN 0-434-59945-X. 
  • Powell, Michael. Million Dollar Movie. 1992: Heinemann. ISBN 0-434-59947-6. 
  • Stone, John. 'Gothic in the Himalayas: Powell and Pressburger's Black Narcissus.' The Gothic Other: Racial and Social Constructions in the Literary Imagination, ed. Ruth Anolik and Douglas Howard. (Jefferson, NC:, 2004): 264-286.
  • Street, Sarah (2005). Black Narcissus. London: I.B. Tauris. ISBN 1-84511-046-3. 
  • Vermilye, Jerry (1978). The Great British Films. Citadel Press. m/s. 112. ISBN 0-8065-0661-X. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

DVD reviews