Bujang Lapok
| Bujang Lapok | |
|---|---|
| Pengarah | P. Ramlee |
| Penulis | B. H. Chua P. Ramlee |
| Lakon layar | P. Ramlee |
| Cerita oleh | B. H. Chua |
| Dihasilkan oleh | Run Run Shaw |
| Dibintangi | P. Ramlee S. Shamsuddin Aziz Sattar |
| Sinematografi | A. Bakar Ali |
| Muzik oleh | Kassim Masdor P. Ramlee |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 95 Minit |
| Negara | Singapura |
| Bahasa | Melayu |
Bujang Lapok merupakan sebuah filem komedi Melayu hitam putih yang diterbitkan di Singapura pada tahun 30 November 1957 yang diarahkan oleh P. Ramlee.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Ramli (P. Ramlee), Aziz (Aziz Sattar) dan Sudin (S. Shamsuddin) tinggal di rumah sewa kepunyaan janda bernama Normah (Normadiah). Gelagat Ramli mula menarik perhatian pemilik rumah sewanya iaitu Normah. Hal ini disedari sendiri oleh rakan baik Ramli iaitu Sudin dan Aziz. Sudin dan Zaiton (Zaiton Abdullah) pula ingin berkahwin tetapi emak Zaiton tidak setuju ekoran Sudin dilihat tidak berupaya menanggung anaknya. Ayu (Sri Rahayu Sudarmaji), adik kepada Zaiton, sentiasa meminta upah sebanyak 20 sen untuk menutup rahsia hubungan cinta antara Sudin dan Zaiton. Aziz pula sering membantu Safiah (Dayang Sofia) yang menderita di bawah jagaan bapa angkatnya, seorang kaki botol yang sering bertindak kejam memukul Safiah. Selepas beberapa lama menyulam cinta, ketiga-tiga sahabat ini akhirnya berkahwin dengan gadis pilihan masing-masing. Sudin dengan Zaiton, Aziz dengan Safiah dan Ramli dengan Normah.
Barisan pelakon
[sunting | sunting sumber]
Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- P. Ramlee sebagai Ramli
- S. Shamsuddin sebagai Sudin
- Aziz Sattar sebagai Ajis
- Zaiton sebagai Zaiton
- Dayang Sofia sebagai Safiah
- Normadiah sebagai Normah
Turut dibintangi
[sunting | sunting sumber]- Siti Tanjung Perak sebagai mak Zaiton
- Sa'amah sebagai mak Sudin
- Sri Rahayu Sudarmaji sebagai Ayu 20 sen (Adik Zaiton)
- M. Babjan sebagai bapa angkat Safiah
- Shariff Dol sebagai si pemiutang bapa angkat Safiah
- Malek Sutan Muda sebagai pengurus di pejabat
- Kemat Hassan sebagai rakan sekerja Sudin
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- M. Rafiee, Pranee Pramote, Norsiah Yem, Rokiah sebagai pelanggan restoran
- Habibah Harun sebagai adik Rokiah
- Nyong Ismail sebagai Pak Nyong (jiran)
- Minah Yem sebagai isteri Pak Nyong (jiran)
Pelakon tambahan
[sunting | sunting sumber]- Mahmud Hitam & Harun Omar sebagai penduduk kampung
- Makcik Kamariah sebagai mak cik
Penampilan kameo
[sunting | sunting sumber]- Raden Sudiro sebagai Tok Imam (kameo di babak terakhir sebelum filem tamat)
Skrip filem
[sunting | sunting sumber]Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Bujang Lapok merupakan filem P. Ramlee pertama dengan genre komedi. Beliau memperoleh inspirasi untuk membikin filem ini daripada barisan pelawak Barat seperti The Three Stooges, Laurel and Hardy dan Charlie Chaplin. Dengan itu, beliau memperoleh karya saduran filem Cina daripada B. H. Chua untuk filem Bujang Lapok. Menuruti filem Charlie Chaplin bertajuk The Three Stooges, trio Bujang Lapok serta pelakon utama lain menggunakan nama sebenar mereka dalam filem.
Runut
[sunting | sunting sumber]Nyanyian:
[sunting | sunting sumber]P. Ramlee
[sunting | sunting sumber]- Nak Dara Rindu
P. Ramlee dan Normadiah
[sunting | sunting sumber]- Resam Dunia
Jasni (Aziz Sattar) dan Nen Junainah (Dayang Sofia)
[sunting | sunting sumber]- Manusia
Nona Asiah
[sunting | sunting sumber]- Kampung Nelayan
Jasni Ahmad
[sunting | sunting sumber]- Pengantin Bersanding (pemain di gramafon sahaja dan ada yang dipotong kerana tidak menghabiskan lagu ini)
Penerimaan
[sunting | sunting sumber]Filem ini menerima penerimaan yang baik, dan dengan itu, filem ini kemudiannya disambungkan dengan beberapa sekuel dalam satu siri filem.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Razali, Hidir Ali (2024). "Bermula Sebuah Komedi". P. Ramlee: Tiada Yang Kedua. Kuala Lumpur. m/s. 109–112. ISBN 9789672437871.