Pergi ke kandungan

Che Mamat Parang Tumpul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Filem Che Mamat Parang Tumpul)
Che Mamat Parang Tumpul
PengarahL. Krishnan
PenulisPelham Groom
Lakon layarPelham Groom
Cerita olehPelham Groom
Dihasilkan olehHo Ah Loke
Loke Wan Tho
Dibintangi
Disunting olehHussein Haniff
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehCathay Organisation
Tarikh tayangan
1960
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Filem Che Mamat Parang Tumpul merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1960. Filem Che Mamat Parang Tumpul diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem ini merupakan sebuah terbitan Cathay-Keris Film Productions yang berpangkalan di Singapura.

Filem Che Mamat Parang Tumpul diarah oleh pengarah L. Krishnan pada 1960.

Filem ini mengisahkan Che Mamat iaitu seorang individu yang sentiasa bernasib malang. Segala kerja yang beliau lakukan sentiasa tidak kena serta tidak mendatangkan hasil. Ini menyebabkan beliau sentiasa membuang masa dengan bercerita kepada kanak-kanak. Atas pujukan kekasihnya Fatimah, Che Mamat telah menyertai sebuah peraduan menulis cerita pendek. Kemenangannya telah membuka lembaran baru di dalam hidupnya apabila beliau mendapat tawaran menjadi wartawan di sebuah akhbar.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]