Dayang Suhana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Dayang Suhana)
Dayang Suhana
PengarahAziz Abas
PenulisLakon layar:
DibintangiDato' Haji Rahim Razali,
Rubiah Suparman
Diedarkan olehFilem Negara Malaysia
Tarikh tayangan
Mei 1978
Negara Malaysia Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Dayang Suhana merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1978. Filem Dayang Suhana diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Dayang Suhana mula ditayangkan pada 1978 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Dato' Haji Rahim Razali, Rubiah Suparman dan ramai lagi.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Dayang Suhana diarah oleh pengarah Aziz Abas pada 1978.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Setelah isteri Azman meninggal dunia, ibunya memujuk agar dia berkawin lagi. Semasa bertugas di Sarawak, seorang kawan Azman menyuruhnya mengambil Dayang Suhana, seorang janda beranak satu, sebagai orang gajinya. Pada suatu hari, semasa Azman tiada di rumah, Shamsul, bekas suami Dayang Suhana datang ke rumahnya. Tidak lama kemudian, Azman pulang dan melihat Shamsul memukul orang gajinya itu. Setelah kejadian itu, Dayang meninggalkan rumah Azman. Pemergian Dayang Suhana menyebabkan anak Azman, Nani jatuh sakit. Demi kepentingan Nani dan setelah berbincang dengan Shamsul, Azman bersetuju mengahwini Dayang Suhana. Tetapi siapakah Dayang Suhana Sebenarnya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Dato' Haji Rahim Razali sebagai Azman
  • Rubiah Suparman sebagai Dayang Suhana
  • Ismail Hutson sebagai Winston
  • Roznee Chek sebagai Narang
  • Karim Latiff sebagai Syamsul
  • Siti Zauyah Hashim sebagai Haryati
  • Umi Kalthum sebagai Halimah
  • Mahmud Jun sebagai Mohsin
  • Shirly Genap Gawing sebagai Susan
  • Kassim Daud sebagai Kassim
  • Sharbanun Merican sebagai Jerah
  • Ismaily Hj. Buang sebagai Dr. Ismaili
  • Norhaizan Saharuddin sebagai Milah
  • Mary Hashim sebagai Mary
  • Myra Adan sebagai Myra
  • Samat Arshad sebagai Mion
  • Nordin Mohamad sebagai Tuan Haji
  • Ainon Chek sebagai Jenab
  • Budol Ak Narang sebagai Tuai Rumah Panjang
  • Abang Selamat sebagai Tok Imam
  • Zaiton Hussain sebagai Che Ton
  • Mak Enon sebagai Jenab


Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Orkestra RTM

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]