Filem Di-Belakang Tabir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Di Belakang Tabir
PosterDiBelakangTabir.jpg
Pengarah Jins Shamsuddin
Penulis Lakon layar:
Sinematografi Hitam-putih
Pengedar Merdeka Film Productions
Mula ditayangkan
1970
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Di-Belakang Tabir (kini dieja sebagai Di Belakang Tabir) merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1970. Filem Di Belakang Tabir diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Di Belakang Tabir diarah oleh pengarah Jins Shamsuddin pada 1970.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Osman dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama sepuluh tahun atas kesalahan membunuh yang tidak dilakukannya. Dua orang pemuda, Ali dan Hassan telah menangkap Osman setelah dia keluar dari penjara dan dibawa bertemu dengan ketua mereka, Karim. Osman dibelasah sehingga pengsan dan dicampakkan ke dalam sungai. ASP Azman ditugaskan menyiasat perkara tersebut. Faridah, isteri ASP Azman, terjumpa Osman ketika dia ke klinik yang kebetulan merawat Osman yang cedera. Osman mengesyaki bahawa Faridah sebenarnya adalah Hamidah, teman wanitanya sebelum dipenjarakan dahulu. Osman cuba membuktikan bahawa Hamidah sedang menyamar sebagai Faridah, dan semua yang terjadi ada kaitannya dengan kumpulan mafia yang diketuai oleh Karim. ASP Azman turut mengesyaki isterinya yang berkelakuan seperti menyembunyikan sesuatu setelah kehadiran Osman.

Cerita ini mengisahkan konflik pembunuhan yang dirancang untuk membolot harta peninggalan. Cerita ini sarat dengan mesej-mesej yang berat seperti tentang korupsi orang atasan, tentang agama, politik dan kehancuran rumah tangga kerana seks. Cerita ini sangat jarang ditayangkan mungkin kerana filem ini terlalu radikal kerana menyentuh politik dan seks.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]