Die Another Day

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Die Another Day)
Jump to navigation Jump to search
Die Another Day
Poster Filem Die Another Day-.jpg
Poster pawagam British bagi Die Another Day
PengarahLee Tamahori
Penerbit
  • Michael G. Wilson
  • Barbara Broccoli
Penulis
  • Neal Purvis dan Robert Wade
  • Neal Purvis dan Robert Wade
Berdasarkanwatak James Bond oleh
Ian Fleming
Dibintangi oleh
  • Pierce Brosnan
  • Halle Berry
  • Toby Stephens
  • Rosamund Pike
  • Rick Yune
  • John Cleese
  • Judi Dench
Muzik olehDavid Arnold
SinematografiDavid Tattersall
Disunting olehChristian Wagner
Syarikat
penerbitan
PengedarMetro-Goldwyn-Mayer
Mula ditayangkan
20 November 2002 (2002-11-20)(United Kingdom)
Tempoh tayangan
133 minit
NegaraUnited Kingdom
Perbelanjaan$142 juta
Pecah panggung$431,971,116

Die Another Day (2002) (bahasa Melayu harafiah Mati Di Hari Lain ) merupakan filem pengitipan yang kedua puluh dalam siri James Bond, dan filem keempat dan terakhir yang dibintangi oleh Pierce Brosnan sebagai ejen MI6 fiksyen James Bond. Filem ini menjejak Bond ketika dia memimpin misi ke Korea Utara, di mana dia dikhianati dan, selepas kelihatan seperti membunuh kolonel penyangak Korea Utara, ditangkap dan dipenjarakan. Lebih setahun kemudian Bond dibebaskan sebagai sebahagian daripada pertukaran tahanan. Menyimpulkan bahawa seseorang dalam kerajaan British mengkhianati-nya, dia cuba untuk mendapatkan penebusan dengan mengesan pengkhianat dan membunuh seorang ejen Korea Utara yang dia percaya terbabit dalam penyeksaan dirinya.

Die Another Day, dihasilkan oleh Michael G. Wilson dan Barbara Brokoli, dan diarahkan oleh Lee Tamahori, menandakan ulang tahun ke-40 francais James Bond. Siri ini bermula pada tahun 1962 dengan Sean Connery berlakon sebagai Bond dalam filem Dr. No. Die Another Day memasukkan rujukan pada setiap filem-filem sebelumnya.[1]

Filem ini menerima ulasan bercampur-campur. Sesetengah pengkritik memuji karya Lee Tamahori, manakala yang lain mengkritik banyak penggunaan imej janaan komputer dalam filem itu, yang didapati kurang meyakinkan dan mengganggu plot filem itu. Walau bagaimanapun, Die Another Day merupakan filem James Bond pendapatan tertinggi pada masa itu jika tidak diambil kira kesan inflasi.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Filem Die Another Day ini turut disertai oleh beberapa orang pelakon terkenal, antaranya adalah Pierce Brosnan, Halle Berry, Rosamund Pike.

  • Pierce Brosnan sebagai James Bond 007, agen MI6.
  • Halle Berry sebagai Giacinta 'Jinx' Johnson, seorang agen NSA [2][3]
  • Toby Stephens sebagai Gustav Graves, seorang uasahawan British, ego lain bagi Kolonel Moon.
  • Rosamund Pike sebagai Miranda Frost, agen MI6 menyamar dan agen talam dua muka
  • Rick Yune sebagai Zao, pengganas Korea Utara, pernah bekerja untuk Moon.
  • Judi Dench sebagai M, ketua MI6.
  • Will Yun Lee sebagai Kolonel Moon, kolonel tentera Korea Utara liar, yang kemudiannya menggunakan ego lain.
  • Kenneth Tsang sebagai Jeneral Moon, bapa Kolonel Moon.
  • John Cleese sebagai Q, Kuartermaster dan persenjataan MI6.
  • Colin Salmon sebagai Charles Robinson, salah seorang kaki-tangan M berpangkat.
  • Ho Yi sebagai manager hotel dan agen khas China Mr Chang. Pada lakaran awal skrip, ia adalah Wai Lin (Michelle Yeoh) yang membantu Bond di Hong Kong, tetapi idea tersebut ditinggalkan dan Chang dicipta bagi menggantikannya. [4]
  • Rachel Grant sebagai Peaceful Fountains of Desire, agen China yang bekerja dengan Mr. Chang, menyamar sebagai pengurut.
  • Emilio Echevarría sebagai Raoul, pengurus kilang cerut Havana, dan agen pendam British.
  • Samantha Bond sebagai Miss Moneypenny, setiausaha M.
  • Michael Gorevoy sebagai Vladimir Popov, pakar sains peribadi Gustav Graves
  • Lawrence Makoare sebagai Mr. Kil, salah seorang orang suruhan Gustav Graves.
  • Michael Madsen sebagai Damian Falco, penyelia Jinx di NSA.
  • Joaquin Martinez sebagai pekerja kilang cerut yang berusia.
  • Madonna sebagai Verity (kemunculan semula)

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

James Bond dihantar bagi menyiasat mengenai hubungan antara pengganas Korea Utara dan pedagang berlian yang membiayai pembangunan senjata angkasa antarabangsa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "20 things you never knew about... James Bond". Virgin Media. Dicapai 8 December 2013. 
  2. ^ "Halle's big year". Ebony,. Nov 2002. Of her character, Berry said: She's the next step in the evolution of women in the Bond movies. She's more modern and not the classic villain. She also said that Jinx is fashionable. She's fashion-forward, very sexy and takes fashion risks, and I love her for that. 
  3. ^ www.mi6.co.uk. Retrieved 28 March 2008
  4. ^ James Bond 007 :: MI6 - The Home Of James Bond

Pautan luar[sunting | sunting sumber]