Fobia Malam Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Fobia Malam Pertama)
Fobia Malam Pertama
PengarahMurali Abdullah
Dihasilkan olehTGV Pictures
DibintangiJulia Perez, Azad Jasmin, Syafnida Shuhaimi
Syarikat
penerbitan
Nusantara Seri Karya (NSK) Sdn. Bhd
Tarikh tayangan
13 Mac 2014
Masa tayangan
1 Jam 24 Minit
NegaraMalaysia Malaysia
BahasaBahasa Melayu
BajetRM
Pecah panggungRM

Fobia Malam Pertama merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 2014 mantik yang diarahkan oleh Murali Abdullah dan dibintangi oleh Julia Perez, Azad Jasmin, Shafnida Shyuhaimi. Filem ini merupakan sebuah filem bercorak Komedi / Romantik. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 13 Mac 2014.[1]

Filem ini mula ditayangkan pada 13 Mac 2014 dan penerbitannya olah Nusantara Seri Karya (NSK) Sdn. Bhd sementara pengedarannya diuruskan oleh TGV Pictures. Filem ini ditayangkan menggunakan bahasa Melayu

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Fobia Malam Pertama menceritakan tentang Zaty, pelajar sebuah kolej tempatan di Pulau Pinang yang fobia untuk bercinta.

Dia percaya dia akan mati ketika melahirkan anak akibat sumpahan terhadap keluarganya selepas moyang Zaty pernah membuat perjanjian dengan saka.

Mengikut kepercayaan keluarganya, saka berkenaan akan `mengambil nyawa' ahli keluarga wanita sebaik saja mereka melahirkan anak pertama. Ia akan berlaku selama tujuh keturunan. Sebelum itu, moyang, nenek dan juga ibu Zaty meninggal dunia ketika melahirkan anak sulung masing-masing.

Disebabkan masalah pelik itu, ayah Zaty kerap menghantar anak perempuannya itu berjumpa dengan pakar sakit jiwa untuk mendapatkan rawatan.

Zaty juga ada teman lelaki, Karim yang mencintainya dan meluahkan hasrat ingin memperisterikan wanita itu namun ditolak.

Sementara itu, Asraf pelajar di kolej sama baru pulang ke Malaysia selepas beberapa tahun berada di Indonesia.

Ayahnya, Haji Kamaruddin pula ingin melihat dia berkahwin dengan seorang dara.

Walaupun Asraf kurang bersetuju dengan syarat ayahnya itu, dia tidak pula membantah. Suatu hari, rakan baiknya di kolej, Angah membuat hipnotis ke atas Zaty dan mendapat tahu gadis itu masih lagi dara.

Lalu, Asraf yang sudah ada teman wanita Indonesia bernama Maria cuba memikat Zaty. Hidup Maria yang sosial menyebabkan Asraf tidak menyukainya apatah lagi untuk dijadikan isteri.

Pada satu hari, Karim meninggal akibat kemalangan dan Zaty diburu rasa bersalah kerana tidak memberi peluang kepada lelaki itu.

Disebabkan itu, Zaty menjadi murung dan pada masa ini Asraf mengambil kesempatan untuk melamar wanita itu.

Zaty bersetuju namun selepas berkahwin dia cuba mengelak untuk mendampingi Asraf hingga memberikan suaminya minum ubat bagi melemah syahwat. Namun tidak lama selepas itu, Zaty tetap mengandung lalu dia menjadi fobia untuk melahirkan anak.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Para pelakon yang berlakon di dalam filem ini termasuk Azad Jasmin, Shafnida Syuhaimi, Julia Perez, Razali Hussain, Faizal Hussein, Zarina Zainoordin, Khairil Anuar, dan ramai lagi.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem Filem Fobia Malam Pertama ini dihasilkan oleh Nusantara Seri Karya (NSK) Sdn. Bhd dan diedarkan oleh TGV Pictures.

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem ini dikelaskan sebagai 18 , untuk 18 tahun ke atas sahaja. (Unsur-unsur ganas, seram, seks, politik, agama dan kebudayaan)

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]