Gerak Khas The Movie II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Gerak Khas The Movie II)
Jump to navigation Jump to search
Gerak Khas The Movie II
Gktm2.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahDatuk Yusof Haslam
PenerbitDatuk Yusof Haslam
PenulisDatuk Yusof Haslam
BerdasarkanGerak Khas oleh
Datuk Yusof Haslam
Dibintangi oleh
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
23 Mei 2002 (2002-05-23)
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM 1.50 Juta
Pecah panggungRM 3.07 Juta
Rujukan Filemkita

Gerak Khas The Movie II merupakan sebuah filem aksi/jenayah Malaysia 2002 berdasarkan drama kepolisan Gerak Khas. Filem ini merupakan sekuel kepada filem Gerak Khas The Movie. Filem yang diterbitkan, ditulis dan diarahkan oleh Datuk Yusof Haslam ini dibintangi oleh Abby Abadi, AC Mizal dan Juliana Banos. Filem ini mengisahkan Inspektor Mazlan (AC Mizal) dan Inspektor Aleeza (Abby Abadi) ditugaskan untuk menyiasat tentang satu sindiket penyeludapan dadah terbesar di Malaysia yang diketuai oleh seorang penjenayah yang bernama Raziman (Datuk Jalalludin Hassan). Filem ini mula ditayangkan kepada umum pada 23 Mei 2002.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Inspektor Mazlan dan Inspektor Aleeza ditugaskan untuk menyiasat tentang satu sindiket penyeludapan dadah terbesar di Malaysia yang diketuai oleh seorang penjenayah yang bernama Raziman (Jalaluddin Hassan). Sindiket ini mempunyai berpuluh-puluh pengedar di seluruh negara dan dikaitkan dengan satu sindiket dadah antarabangsa.

Dalam masa yang sama TVKL iaitu sebuah stesen TV mencuba untuk membongkarkan aktiviti dadah di Kuala Lumpur. Unit Gerak Khas terpaksa mengharungi pelbagai cubaan dan dugaan bagi menghapuskan sindiket ini. Disamping itu terdapat beberapa masalah yang melanda Unit Gerak Khas sendiri.


Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Festival Filem Malaysia ke-16, 2003
    1. Suntingan Terbaik - Salehan Shamsuddin
    2. Anugerah Khas Juri - Filem yang bertemakan membendung jenayah
  2. Anugerah Skrin TV3 ke-6, 2003
    1. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Faizal Hussein

Lihat juga[sunting | sunting sumber]