Gerimis (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Gerimis)
Jump to navigation Jump to search
Gerimis
Pengarah P. Ramlee
Penulis Lakon layar:
Sinematografi Hitam-putih
Mula ditayangkan
1968
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Filem Gerimis merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1968. Filem Gerimis diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Gerimis diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 1968.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Musyid, seorang yang kaya mempunyai empat orang anak: Kamal, Azman, Bakhtiar dan Tijah. Kamal sering menghabiskan masanya dengan melukis. Pada suatu hari, Kamal berkenalan dengan seorang penari kelab malam, Leela, dan berminat untuk melukis potretnya. Hubungan mereka berlanjutan dan menjadi semakin mesra hingga Kamal mengambil keputusan berkahwin dengan Leela. Bapa Kamal, Mursyid dan juga bapa Leela tidak merestui hubungan mereka. Oleh kerana cinta itu buta dan tidak memilih rupa dan bangsa, maka Kamal dan Leela melarikan diri daripada keluarga masing-masing dan berkahwin sebaik sahaja Leela memeluk agama Islam. Mereka berdua hidup gembira walaupun dalam serba kekurangan. Selepas setahun, Leela melahirkan seorang anak. Kamal juga terpaksa menjadi penjual ikan dan sayur kerana pendapatan melukisnya yang tidak seberapa. Suatu hari, adik Kamal yang bernama Tijah datang bertemu mereka dan menyampaikan berita bahawa bapa mereka telah meninggal dunia. Apabila wasiat dibacakan, Kamal tidak mendapat walau sedikit pun harta peninggalan bapanya. Jalil, bapa saudara Kamal mengajak Kamal sekeluarga tinggal bersamanya. Kamal juga diberikan kerja menguruskan syarikat Jalil. Kehidupan Kamal sekeluarga bertambah senang. Tanpa disangka-sangka, panas yang diharapkan hingga ke petang bertukar muram, sebab gerimis turun di tengahari. Ketenteraman rumahtangga Kamal terancam apabila dia bertemu Tinah, seorang penyewa yang berurusan dengan syarikat bapa saudaranya Jalil.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  1. P. Ramlee sebagai Kamal
  2. Chandra Shanmugam sebagai Leela
  3. Noran Nordin sebagai Noriah
  4. A. R. Tompel sebagai Sood
  5. Idris Hashim sebagai Jalil, bapa saudara Kamal
  6. Ruminah Sidek sebagai Tinah
  7. Karim Latiff
  8. Tony Azman
  9. Khatijah Hashim sebagai Tijah
  10. Pak Yem sebagai Dato' Mursyid, bapa Kamal

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Pujaan Ku - P.Ramlee (berbahasa melayu) & Saloma (berbahasa tamil)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]