Haq
Haq | |
---|---|
![]() Poster Haq. | |
Pengarah | Hor Chee Leong, Jumaatun Azmi |
Penerbit | KasehDia Pictures |
Penulis | Nur Hussein |
Dibintangi oleh | Zul Huzaimy Adi Putra Nanu Baharuddin Raja Farah |
Sinematografi | Jumaatun Azmi |
Mula ditayangkan | ![]() |
Tempoh tayangan | 90 min. |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Perbelanjaan | RM 2.5 juta[1] |
Pecah panggung | RM 0.80 juta[2] |
Haq ialah sebuah filem cereka Malaysia yang dibintangi oleh Zul Huzaimy dan Adi Putra sebagai pelakon utamanya. Filem ini menggunakan khidmat pengarah dari Hong Kong iaitu Hor Chee Leong dibantu oleh Jumaatun Azmi.
Haq yang mengisahkan tentang sepasang adik-beradik yang dikurniakan kuasa ajaib ini pada mulanya dijadualkan untuk ditayangkan di pawagam pada tahun 2010, namun tarikh penayangannya telah ditunda dan telah ditayangkan pada 27 Januari 2011.[3]
Isi kandungan
Plot[sunting | sunting sumber]
Haq dan Bad merupakan adik-beradik angkat berbapakan Tuan Haji Ibrahim. Haq dikurniakan kuasa kharomah dan mampu mengalihkan objek dengan kuasa mindanya. Berbeza dengan Haq yang mempunyai keperibadian yang baik serta bijak, Bad lebih bersifat memberontak dan degil. Atas kedegilan Bad, ibu mereka mati di depan mata mereka. Sesudah dewasa, Bad gemar berkawan dengan samseng-samseng berbanding Haq yang melanjutkan pelajarannya.
Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]
- Zul Huzaimy sebagai Haqim Ibrahim, protagonis filem ini.
- Adi Putra sebagai Badrul Ibrahim, si antagonis.
- Nanu Baharuddin sebagai Zahra
- Raja Farah sebagai Aina
- Fatimah Abu Bakar sebagai Mak Lang
- Zulkifli Ismail sebagai Tuan Haji Ibrahim
- Ammar Adli Bin Mohamed Norin sebagai Haq semasa kecil.
- Amirul Adli Bin Mohamed Norin sebagai Bad semasa kecil.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Syafiqah Jalal (2010). "HAQ Bakal Tembusi Pasaran Luar Melalui United Studios". murai.com.my. Dicapai 2011-01-01.
- ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, FINAS. 9 Februari 2011. Diambil pada 9 Februari 2011.
- ^ Kulanz (2010) Filem HAQ Bakal Ditayangkan Pada Januari 2011, kulanzsalleh.com. Capaian 2011-01-01