Ibu Mertua-ku
Ibu Mertua-ku | |
---|---|
![]() Poster Ibu Mertuaku. | |
Pengarah | P. Ramlee |
Penerbit | Malay Film Productions Ltd (MPF) |
Penulis | Ahmad Nisfu |
Dibintangi oleh | P. Ramlee Zaiton Sarimah Ahmad Ahmad Nisfu Shariff Dol Mak Dara |
Sinematografi | Hitam-putih |
Mula ditayangkan | 7 Mac 1962 |
Negara | Singapura |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Ibu Mertua-ku merupakan sebuah filem Melayu yang dihasilkan pada 1962. Ia diarahkan oleh P. Ramlee dan diterbitkan oleh Shaws Malay Film Productions.
Isi kandungan
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- P. Ramlee sebagai Kasim Selamat Bin Osman Selamat @ Osman Jailani
- Sarimah Ahmad sebagai Sabariah Mansoor
- Mak Dara sebagai Nyonya Mansur
- Ahmad Mahmud sebagai Doktor Ismadi
- Zaiton sebagai Kalsum Bee @ Chombi
- Ahmad Nisfu sebagai Mamak Mahyudin Jailani
- Zainon Fiji sebagai Mummy Combi
- K. Fatimah sebagai Salbiah
- Shariff Dol sebagai Abidin
- Rahimah Alias Sebagai Hayati
- M. Zain sebagai Abang Ali
- Kuswadinata sebagai Bidin
- Ahmad C Sebagai Hussin Jalal
- Ali Fiji Sebagai Bayen/Ba'im
- A.Rahim Sebagai Pemain Drum Kassim Selamat Okestra
- Kassim Masdor Sebagai
- S.Sudarmaji Sebagai
- Omar Suwita Sebagai Encik
- M.Rafee
Anugerah[sunting | sunting sumber]
- Gambar hitam putih terbaik (Abu Bakar Ali) - Pesta Filem Asia Pasifik ke-10, 1963
- Anugerah Khas - Bakat paling pelbagai (P. Ramlee) - Pesta Filem Asia Pasifik ke-10, 1963
Ringkasan[sunting | sunting sumber]
Seorang gadis bernama Sabariah mencintai seorang pemuzik bernama Kassim Selamat. Apabila ibu Sabarian, Nyonya Mansoor mendapat tahu perkara tersebut, dia begitu marah kerana Sabariah telah ditunangkan dengan Doktor Ismadi dan tambahan pula Kassim Selamat ialah seorang pemuzik yang tidak sama taraf kedudukan dengan keluarga Nyonya Mansoor. Bagaimanapun Sabariah terlalu mencintai Kassim Selamat dan tetap menikah dengan Kassim Selamat lalu dihalau keluar dari rumah Nyonya Mansoor.
Kassim Selamat dan Sabariah berpindah dari Singapura ke Pulau Pinang untuk memulakan hidup baru. Apabila Sabariah mengandung, Nyonya Mansoor datang ke Pulau Pinang untuk membawa Sabariah pulang ke Singapura kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya yang hidup serba kekurangan kerana Kassim Selamat kini bekerja sebagai buruh kasar. Setelah Sabariah melahirkan anak, Nyonya Mansoor menghantar telegram palsu kepada Kassim Selamat menyatakan yang Sabariah telah meninggal dunia.
Kerana terlalu sedih, Kassim Selamat menangis siang dan malam sehingga matanya tidak dapat lagi melihat dan akhirnya menjadi buta tetapi diselamatkan oleh seorang perempuan. Seorang lelaki bernama Mamak Maidin membantu Kassim Selamat kembali menjadi pemuzik dan mereka mengadakan pentujukan di merata tempat. Sementara itu, Nyonya Mansoor juga memberitahu Sabariah bahawa Kassim Selamat mendapat kemalangan dan meninggal dunia. Akhirnya Sabariah bersetuju dinikahkan dengan Doktor Ismadi. Semasa Kassim Selamat mengadakan pertunjukan di Singapura, Sabariah bertemu semula dengan Kassim Selamat dan meminta pertolongan suaminya Doktor Ismadi untuk memulihkan penglihatan Kassim Selamat.