Filem Jahanam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jahanam
Pengarah M. Amin
Penulis Lakon layar:
Dibintangi oleh Nordin Ahmad
Saadiah
Sharif Dol
Ahmad Nisfu
Sinematografi Hitam-putih
Pengedar Cathay-Keris Film Productions
Mula ditayangkan
1971
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Filem Jahanam merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1971. Filem Jahanam diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem ini adalah filem terakhir Nordin Ahmad sebelum beliau meninggal dunia akibat penyakit demam kuning.

Filem Jahanam diarah oleh pengarah M. Amin pada 1971.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Sang Kurnia (Nordin Ahmad), adalah anak angkat kepada seorang Sultan (Shariff Dol), dan permaisurinya (Afida Es). Pada suatu hari, dia telah mengetahui bahawa dia bukanlah anak kepada mereka berdua tetapi merupakan anak pungut. Natijah daripada hal ini, dia telah membawa diri ke negeri bernama Sungai Nibung.

Sampainya di suatu jambatan, dia telah terserempak dengan sekumpulan lelaki bersenjata yang hendak melintas jambatan, dia telah membunuh kesemua orang yang ingin menghalang dia melintasi jambatan itu. Dia telah membunuh termasuklah Raja Sang Utama yang bersama kumpulan bersenjata itu.

Sampainya dia di Sungai Nibung, negeri itu sedang menghadapi keadaan huru hara kerana seekor harimau jadian yang ganas telah menyerang penduduk di negeri itu. Negeri itu diperintah oleh seorang Permaisuri (Saadiah). Apabila Sang Kurnia berjaya membunuh harimau itu, dia telah berkahwin dengan Permaisuri itu.

Keadaan menjadi jahanam apabila Sang Kurnia mula mengetahui asal-usulnya. Dalam tilikan tok pawang (Dollah Sarawak), ketika Permaisuri Sungai Nibung melahirkan anak, tilikan tok pawang itu mengatakan bahawa anak itu pada suatu hari dia akan membunuh ayahnya dan mengawini ibunya. Tilikan yang sedemikian mendorong Raja Sungai Nibung mengarahkan agar bayi yang dilahirkan itu dibunuh. Ternyata tilikan pawang itu menjadi kenyataan, Sang Kurnia akhirnya sedar bahawa bayi yang dikatakan oleh pawang itu adalah dirinya sendiri, dan Raja Sang Utama yang dibunuhnya itu adalah ayahandanya sendiri. Keadaan bertambah parah apabila Sang Kurnia mengetahui Permaisuri yang dikahwininya itu adalah bonda kandungnya sendiri lalu dia cuba memohon maaf untuk menebus kesilapannya, namun segalanya sudah terlambat apabila Permaisuri itu membunuh diri setelah mengetahui perkara yang sebenar. Akibat terpaksa menanggung malu yang bukan kepalang, Sang Kurnia bertindak membutakan kedua belah matanya sendiri dan meninggalkan istana yang akhirnya negeri Sungai Nibung itu sudah tidak berkerajaan lagi. Sang Kurnia terus hidup merempat dalam keadaan buta dan jahanam.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]