Jeritan Batinku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Jeritan Batinku)
Jeritan Batinku
PengarahMohd Ariff Shah
Dibintangi
Disunting olehMurad Man
Muzik olehJan Johari
Syarikat
penerbitan
Ariff Skop Production
Tarikh tayangan
1994
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Jeritan Batinku ialah sebuah filem bergenre drama yang diterbitkan di Malaysia. Mula ditayangkan pada tahun 1994. [1] Filem ini merupakan filem berwarna.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Fauziah (Puteri Nor Maria), anak yatim piatu didera oleh ibu saudaranya Ramlah (Rosnah Mat Aris). Fauziah meninggalkan rumah dan lari ke bandar. Sharif (Aziz Jaafar) seorang ahli perniagaan telah membawa Fauziah ke rumahnya dan dijadikan sebagai anak angkatnya. Tetapi kehadirannya tidak disenangi oleh anak perempuan Sharif, Mahani (Nor Albaniah Raffie). Sementara itu di kampung pula, Ramlah mengalami tekanan jiwa dan menjadi gila kerana merasa berasa bersalah terhadap Fauziah selama ini.

Sharif pula mempunyai masalah rumahtangganya dengan Latifah (Normah Damanhuri) yang telah berlaku curang terhadapnya. Selepas peristiwa itu, Latifah telah diusir keluar dari rumah dan hak penjagaan Mahani diserahkan kepada Sharif. Akibat terlalu cemburu terhadap Fauziah, Mahani telah mengalami cedera parah selepas terjatuh dari tangga di rumahnya kerana mengasari Fauziah. Hal ini menyebabkan Latifah bergegas dan bertekad untuk menemui anaknya tetapi dihalang sekali lagi oleh Sharif. Selepas dipujuk oleh Fauziah dan Rosnah (pembantu rumah), baharulah dia berubah fikiran dan menerima semula Latifah.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]