Kechewa (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Kechewa)
Jump to navigation Jump to search
Kechewa
PengarahS. Ramanathan
PenerbitRun Run Shaw
(Malay Film Productions)
PenulisLakon layar: S. Ramanathan
Dibintangi olehYusof Latiff, Mariam Baharum, Salmah Ibrahim, S. Kadarisman, Saadiah, Aziz Sattar, Salleh Kamil, A. Rahim, Ibrahim Pendek, H. M. Rohaizad
Muzik olehA. Libio
Osman Ahmad
SinematografiC. Ramachandran
Disunting olehH. R. Narayana
PengedarShaw Brothers
Mula ditayangkan
1954
Tempoh tayangan
89 minit
NegaraMalaya
(Singapura & Malaysia)
BahasaBahasa Melayu

Filem Kechewa (ejaan lama) merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaya pada tahun 1954.[1] Filem Kechewa diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Kechewa diarah oleh pengarah S. Ramanathan pada 1954 dan dibantu oleh S. Kadarisman[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan kisah sepasang suami isteri yang hidup tidak sehaluan bersama. Isteri yang tidak mahu mendekati anaknya tetapi mementingkan kerjanya sebagai pengurus dan penghibur di satu pusat hiburan miliknya. Kejadian trajis bermula apabila seorang gadis gelandangan yang bernama Kesuma (Mariam Baharum) datang ke pusat hiburan untuk mencari pekerjaan. Mokhtar yang memperkenalkan dia kepada Khatijah (Salmah Ibrahim). Khatijah yang berada di situ tanpa berfikir panjang terus menawarkan pekerjaan kepada Kesuma sebagai pembantu di rumahnya. Manakaka, Yusof (Yusof Latiff) pula merupakan suami kepada Khatijah, seorang yang miskin hidupnya dan tidak pernah disayangi oleh Khatijah. Hasil dari perkahwinannya bersama, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Rafaeh (lakonan semasa dewasa Saadiah)

Lama kelamaan, Yusof mulai jatuh cinta terhadap Kesuma dan ini telah membuatkan Mokhtar (S. Kadarisman) adik kepada Khatijah menjadi cemburu. Ini kerana dia juga menaruh hati terhadap Kesuma juga namun cintanya tetap ditolak oleh Kesuma. Mokhtar yang bekerja sebagai penghibur bersama rakan duetnya Aziz (Aziz Sattar) dan dia juga merangkap pembantu pengurus kepada kakaknya. Sejak kehadiran Kesuma di dalam rumah itu, kehidupan Rafeah berubah dari menjadi seorang kanak-kanak yang pendiam menjadi seorang yang periang. Berbagai usaha Khatijah untuk mengahalang perhubungan mesra antara Yusof dan Kesuma namun tetap tidak berjaya.

Khatijah, Mokhtar, Rahim (A. Rahim) dan Salleh (Salleh Kamil) merancang untuk membunuh Yusof dan Kesuma. Setelah perancangan disusun rapi, pada suatu malam Khatijah menyuruh Kesuma menghantar satu bungkusan mengikut alamat yang disertakan itu. Namun nota tersebut telah jatuh di muka pintu sebelum dia berangkat pergi. Tetapi malang nasibnya, apabila dia telah diculik oleh Rahim dan Salleh dengan menaiki sebuah motokar. Motokar yang membawa Kesuma itu telah pergi ke tepi laut dan Rahim dan Salleh terus menolak Kesuma jatuh ke dalam laut yang dalam dengan harapan untuk membunuhnya. Tetapi mereka tidak perasan yang Yusof sempat mengekorinya dari belakang dengan menunggang basikal. Yusof mengetahui bahawa Kesuma telah diculik selepas pulang dari kerjanya dan hal ini telah diceritakan oleh Rafeah mengenai apa yang telah terjadi kepada Kesuma. Yusof terlihat akan nota alamat kejadian di muka pintu dan terus menuju ke lokasi tersebut. Dia ternampak akan Kesuma yang tengah kelemasan di dalam laut. Yusof berjaya menyelamatkan Kesuma dan terus mengejar Rahim dan Salleh. Mereka bertiga terus bergelut sampai kedua-duanya cedera parah sebelum berjaya diberkas oleh pihak polis. Yusof pula yang mengalami kecederaan akibat ditikam oleh Salleh terus pulang menuju ke rumah untuk membalas dendam terhadap Khatijah dan Mokhtar.

Sesampainya di rumah, dia terus memukul isterinya dan akibat dari tempikan suara Khatijah itu membuatkan Mokhtar terus menikam berkali-kali di balik langsir dengan sangkaan itu adalah tubuh Yusof tetapi ia adalah tubuh milik Khatijah. Khatijah meninggal dunia akibat dari tikaman tersebut. Yusof dan Mokhtar pula bergelut sehingga keadaan Yusof semakin lemah. Di kesempatan itulah, Mokhtar terus memukul kepala Yusof bertalu-talu dengan sebatang kayu. Akibat dari pukulan tersebut, Yusof mengalami kecederaan yang amat parah dan tidak mampu lagi untuk meneruskan kehidupan. Keadaannya semakin nazak dan terbujur kaku. Mujurlah pihak polis sempat menyelamatkan keadaan dari menjadi bertambah buruk dan berjaya memberkas Mokhtar.

Sebelum Yusof menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia sempat meluahkan perasaannya terhadap Kesuma namun tidak kesampaian juga akhirnya untuk menjadikan Kesuma sebagai isterinya yang sah. Yusof meninggal dunia dengan perasaan yang sangat-sangat kecewa.

Kisah hiba 10 tahun yang lalu itu diceritakan dengan jelas dan penuh beremosi oleh Rafeah kepada kekasihnya (H. M. Rohaizad) yang membuatkan Kesuma tiba-tiba menghilangkan diri dari restoran tersebut. Rupa-rupanya, Kesuma pergi menziarahi ke pusara Yusof.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]