Keluarga Si Comat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Keluarga Si Comat)
Keluarga Si Comat
PengarahAziz Sattar
PenulisAziz Sattar
Lakon layarAziz Sattar
Dihasilkan olehDeddy M. Borhan
DibintangiIbrahim Pendek
Aziz Sattar
Junainah M. Amin
Deddy M. Borhan
S. Shamsuddin
Muzik olehKassim Masdor
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
1975
Masa tayangan
1 jam 35 minit
Negara Malaysia
BahasaMelayu
Bajet$150,000

Keluarga Si Comat ialah filem komedi yang mula ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia pada tahun 1975 dan ia diarahkan oleh Aziz Sattar.[1][2] Filem ini turut dijayakan oleh pengarahnya sendiri, iaitu Ibrahim Pendek sebagai pelakon utama, selain Junainah M. Amin, dan penerbitnya sendiri.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Comat tinggal dengan bapanya yang membuka perniagaan membaiki kereta. Pada suatu hari, Borhan menghantar keretanya ke bengkel Pak Comat untuk dibaiki. Di sana Borhan bertemu Comat dan mencadangkan kepada Pak Comat supaya membawa anaknya ke Kuala Lumpur kerana Borhan berminat menjadikan Comat seorang penghibur. Di Kuala Lumpur, pelbagai perkara lucu terjadi.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Penerbitan filem Keluarga Si Comat dilakukan oleh sebuah syarikat yang baru ditubuhkan, Sabah Film. Pengambaran telah dilakukan di beberapa tempat di Singapura dan juga Negeri Sabah. Adegan lain di tempat di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur akan ditampilkan dalam filem tersebut. Ia juga merupakan filem berwarna yang pertama bagi syarikat itu dan telah memakan kos sebanyak biaya $150, 000. Filem ini diusahakan dalam bentuk skop dan tatawarna.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Aduka (22 Disember 1974). "'Keluarga Si Comat' dalam warna-warni mula difilem". Berita Harian. m/s. 18. Diperolehi daripada Lembaga Perpustakaan Negara Singapura pada 30 Ogos 2021.
  2. ^ Zawiyah Salleh (26 Oktober 1975). "'Keluarga Comat filem hiburan utk semua" ['Keluarga Si Comat', filem hiburan untuk semua]. Berita Harian. m/s. 7. Diperolehi daripada Lembaga Perpustakaan Negara Singapura pada 30 Ogos 2021.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]