Konstabel Mamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Konstabel Mamat)
Konstabel Mamat
PengarahZ. Lokman
PenulisZ. Lokman
DibintangiSalih Yaacob
Ziela Jalil
Kuza
Latif Ibrahim
Tarikh tayangan
1992
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Konstabel Mamat merupakan sebuah filem Melayu genre aksi dan komedi yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1992. Filem Konstabel Mamat diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Konstabel Mamat mula ditayangkan pada 1992 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Salih Yaacob, Ziela Jalil dan ramai lagi.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Konstabel Mamat diarah oleh pengarah Z. Lokman pada 1992.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Mamat (Salih Yaacob) digantung tugas tiga bulan daripada jawatan konstabel polis kerana lalai dalam tugasan menangkap ketua gengster Mail Musang a.k.a Ismail Musa a.k.a. Sangam (disebabkan beliau menyukai filem Bollywood) yang menjadi bapa ayam sindiket pelacuran di Kuala Lumpur. Walaupun begitu Mamat seorang yang terkenal kerana kehebatannya membanteras jenayah, dan masih rajin menangkap pencuri walaupun digantung tugas. Dia seorang yang lucu dan hebat dalam seni mempertahankan diri.

Mamat jatuh cinta dengan kekasih gelap Mail Musang, dan ini dihidu olehnya. Mail memaksa kekasihnya untuk membunuh Konstabel Mamat, tetapi disebabkan perasaan cinta dia tidak sanggup untuk membunuh Mamat. Akhirnya Mamat berjaya menangkap Mail Musang dan kembali bertugas sebagai polis.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]