Lu, Gua, Bro!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Lu, Gua Bro!)
Lu, Gua Bro!
PengarahIsmail Bob Hasim
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 27 Mac 2014 (2014-03-27) (Malaysia)
Masa tayangan
86 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Lu, Gua, Bro! (juga disebut Lu, Gua Bro!) merupakan sebuah filem komedi Malaysia 2014 arahan Ismail Bob Hasim dan dibintangi oleh Zalif Sidek, Epy Raja Lawak, dan Nina Iskandar. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 27 Mac 2014.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan perjalanan, turun naik kehidupan 2 orang kawan baik, Yu dan Mi berasal dari kampung yang sama dan telah dilahirkan pada hari yang sama. Daripada zaman kanak-kanak persekolahan, umur remaja, umur dewasa, mereka kekal bersama walau apa pun berlaku. Impian mereka adalah untuk menjadi anggota polis, lebih-lebih lagi kedua-dua bapa mereka mahu mereka menjadi polis. Cerita ini bermula apabila Yu & Mi bertemu di sebuah kilang penapisan di mana Mi bekerja sebagai pengawal keselamatan selepas setahun tidak bertemu. Yu yang melarikan diri daripada para peniaga mencari Mi di kilang . Kilang penapisan Mi itu sebenarnya menjalankan pengedaran sindeket dadah. Yu dan Mi Cuba melaporkan perkara itu kepada polis, tetapi dilarang oleh pengedar dadah tersebut. Pergelutan berlaku membuatkan Yu dan Mi naik ke tingkat atas bangunan kilang untuk menyelamatkan diri. Sedang berlari, Yu tergelincir di kaki tiang bangunan dan sempat disambut oleh Mi yang hampir terjatuh namun Yu hanya tergantung di situ. Yu yang hampir berputus asa telah diredakan oleh Mi dengan kata-kata semangat sehinggalah menceritakan kisah silam mereka bagaimana mereka berdua bersemangat dalam segala urusan dan cekal menghadapi segala cabaran bersama. Itulah di mana kisah persahabatan antara Yu & Mi dari zaman kanak-kanak hingga kini. Mereka akhirnya berjumpa dengan 2 orang polis, salah satunya adalah Eve, rakan sekelas mereka di sekolah. Polis mengucapkan terima kasih kepada mereka secara tidak sengaja telah menumpaskan sindiket di kilang penapisan itu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Lu, Gua Bro! merupakan filem ke-14 arahan Ismail Bob Hasim. Zalif Sidek menyumbangkan skrip sebanyak 30 peratus untuk filem ini, Zalif bersama Epy kemudiannya membentangkan konsep filem itu kepada David Teo yang kemudian menerima idea tersebut.[2]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem ini ditayangkan pada 27 Mac 2014 dan dikelaskan sebagai U dengan beseluruhan bahan sesuai ditonton oleh semua golongan masyarakat.

Feride Hikmet Atak dari mStar Online menulis bahawa Lu, Gua, Bro! hanya sekadar komedi ringan yang mudah difahami.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Lu, Gua, Bro!". cinema.com.my. Cinema Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-29. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  2. ^ Nor Atieyah Yusoff (25 Mac 2014). "Lua, Gua, Bro!". sinarharian.com.my. Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-27. Dicapai pada 29 Julai 2014.
  3. ^ Feride Hikmet Atak (1 April 2014). "Lu, Gua Bro! Sekadar Komedi Ringan". mstar.com.my. mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-04. Dicapai pada 29 Julai 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]