Madu Tiga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Madu Tiga)
Jump to navigation Jump to search
Madu Tiga
MaduTiga.jpg
Poster filem Madu Tiga
PengarahP. Ramlee
PenerbitVee Meng Shaw
PenulisS. Kadarisman
P. Ramlee
Dibintangi olehP. Ramlee
Sarimah
Ahmad Nisfu
M. Rafiee
SinematografiAbu Bakar Ali
Mustafa Yassin
Disunting olehWong Hong Peng
H.R. Raman
PengedarMalay Film Productions Ltd
Mula ditayangkan
12 Februari 1964
NegaraMalaya
(Singapura & Malaysia)
BahasaBahasa Melayu

Filem Madu Tiga merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Persekutuan Malaysia pada 12 Februari 1964. Filem Madu Tiga diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Madu Tiga diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 12 Febuari 1964

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Watak utama filem ini, Jamil (P. Ramlee) mengahwini tiga wanita tanpa seorang pun daripada mereka menyedari bahawa suami mereka berpoligami. Sebelum ini, Jamil dan Latifah (Zaharah Agus) sudah berkahwin selama 12 tahun. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Semasa Jamil yang licik itu mengahwini Hasnah (Jah Mahadi), dia berbohong dengan mengatakan kononnya Latifah mengizinnya berkahwin lagi kerana Jamil dan Latifah tidak dikurniakan anak. Jamil yang bekerja dengan bapa Latifah memberitahu bapa mertuanya (Ahmad Nisfu) itu mengenai perkahwinan tersebut. Lama kemudian, semasa dia pergi mengutip sewa rumah, Jamil jatuh cinta pada anak perempuan kepada salah seorang penyewa rumahnya, Rohani, (Sarimah) dan bercadang untuk mengetahuinya. Atas bantuan (dan galakan) daripada bapa mertuanya, Jamil dengan liciknya mengaturkan agar ketiga-tiga perkahwinannya itu dirahsiakan daripada isteri-isterinya. Namun demikian, tembelangnya terbongkar apabila ketiga-tiga isterinya itu bertemu di sebuah salun rambut. Rohani menjemput Latifah dan Hasnah untuk minum teh di rumahnya. Mereka kemudiannya menjumpai gambar perkahwinan Jamil dan Rohani. Ketiga-tiga madu itu mula bersahabat dan berpakat antara satu sama lain, menyebabkan Jamil akhirnya terperangkap akibat pembohongan yang dilakukannya selama ini.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  1. P. Ramlee sebagai Jamil
  2. Zaharah Agus sebagai Latifah
  3. Sarimah sebagai Rohani
  4. Jah Mahadi sebagai Hasnah
  5. Ahmad Nisfu sebagai Tuan Haji
  6. M. Rafiee sebagai Rafi
  7. M. Babjan sebagai Pak Ali (Ayah Rohani)
  8. Zainon Fiji sebagai Ibu Hasnah
  9. Allias Congo sebagai Bintang Undangan

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Selamat Pengantin Baru - Saloma
  • Madu Tiga - P. Ramlee
  • Gambus Jodoh - P. Ramlee
  • Pukul Tiga Pagi - P. Ramlee

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]