Pergi ke kandungan

Mambang Moden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Filem Mambang Moden)
Mambang Moden
Poster Filem Mambang Moden
PengarahJamil Sulong
Zulkifli Ahmad (penolong pengarah)
PenulisJamil Sulong
Lakon layarJamil Sulong
Cerita olehJamil Sulong
Dihasilkan olehVee Meng Shaw
DibintangiAziz Jaafar
Saadiah
Aziz Sattar
Normadiah
S. Shamsuddin
Rahmah Rahmat
Dayang Sofia
Omar Suwita
Ibrahim Pendek
Disunting olehH. R. Narayana
Muzik olehOsman Ahmad
Yusof B
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
1964
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Filem Mambang Moden merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Singapura yang merupakan sebahagian daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1964. Filem Mambang Moden diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Mambang Moden diarah oleh pengarah Jamil Sulong pada 1964.

Kisah tentang beberapa anak muda yang melibatkan diri didalam pertunjukkan seni seperti bernyanyi & berlakon drama pentas. Banyak lika-liku hidup dan onak duri yang mereka hadapi sebagai anak seni.

Anuar adalah ketua kepada sebuah kelab seni. Dia seorang penyanyi & pemain muzik. Dia juga orang yang baik hati dan paling dihormati. Anuar diminta menjadi guru nyanyi Azlin atas desakan Mariam. Niat Anuar hanyalah untuk mencari rezeki.

Azlin, seorang janda kaya, adalah kawan kepada Mariam. Dia ingin belajar menyanyi dengan Anuar dan menaruh rasa cinta kepadanya. Namun Azlin menyimpan satu rahsia tentang satu perbuatan jenayah yang dilakukannya bersama seorang lelaki bernama Herman.

Ismail, seorang pengacara dan pelakon pentas, telah menjalin hubungan dengan Hasnah, namun kedua-dua mereka telah terlanjur. Ismail meminta bantuan dari Anuar untuk menyelesaikan masalah dia dengan Hasnah. Anuar telah berbincang dengan orang tua Ismail dan Hasnah, akhirnya mereka pun berkahwin.

Sulaiman, seorang pengarah drama pentas dan juga merupakan teman serumah Anuar. Dia menghidapi penyakit demam dan selalu terlupa hendak menggoncangkan botol ubat nya terlebih dahulu sebelum minum. Dia menjalinkan hubungan dengan Mariam, adik kepada Ismail.

Rokiah seorang pengacara, pelakon dan peragawati, dalam diam-diam mencintai Anuar. Apabila kematian Azlin, Anuar meluahkan cinta nya kepada Rokiah dan telah menerangkan kepada semua ahli-ahli kelab yang dia tidak pernah cintakan Azlin dan menganggap Azlin hanya seorang anak didiknya saja.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]