Filem Norlela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Norlela
PengarahDhiresh Ghosh
PenerbitVee Meng Shaw
PenulisKemat Hassan
Dibintangi olehAziz Jaafar,
Sarimah,
Murni Sarawak,
S. Kadarisman,
Salleh Kamil,
Kuswadinata,
M. Rafiee,
Omar Suwita
Muzik olehOsman Ahmad
Yusuff B
SinematografiAbu Bakar Ali
Mustafa Yassin
Disunting olehWong Hong Peng
H.R. Raman
PengedarShaw Brothers Ltd.
Mula ditayangkan
1962
NegaraMalaya / Singapura
BahasaBahasa Melayu

Filem Norlela merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura, ketika itu sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1962. Filem Norlela diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Norlela diarahkan oleh pengarah Dhiresh Ghosh pada 1962 dan dibantu oleh Nordin Arshad. Filem ini dirakamkan di Malay Film Productions Ltd.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan kisah percintaan di timur tengah antara Norlela, (Murni Sarawak) dan Putera Amran, (Aziz Jaafar). Norlela bekerja sebagai penghibur di istana. Raja, (S. Kadarisman) telah menitahkan agar Amran dikahwinkan dengan Puteri Faridah, (Sarimah) dari kerajaan Tading Naurat. Amran tidak bersetuju dan Raja telah murka dengan keputusan Amran. Sementara itu, akibat kecewa dipermainkan, Raja Tading Naurat iaitu Sultan Abdul Hamid, (M. Rafiee) menitahkan agar Panglima Badrul Hisham (Salleh Kamil) menyerang kerajaan itu, tetapi dihalang oleh Badrul Hisham. Dia menyarankan agar Faridah berkahwin dengan ayahanda Amran. Selepas ditabalkan menjadi Sultanah, dia perlu mempengaruhi Raja dan apabila baginda telah mangkat kelak, semestinya Amran tidak diangkat menjadi Raja yang baharu. Disitulah kerajaan Tading Naurat akan menakluk kerajaan tersebut. Faridah bersetuju untuk menjadi Sultanah di kerajaan sana. Selepas sempurna majlis perkahwinan tersebut, Faridah teringin sangat berjumpa dengan Amran tetapi dia sudah pergi keluar dari istana terlebih dahulu. Mereka bertemu jua di santapan malam istana. Faridah begitu terpesona dengan wajah Amran walaupun Amran tidak berasa selesa dengan kehadiran Faridah. Faridah telah berpakat dengan Abdi yang merupakan pengawal kepada Amran,(lakonan Kuswadinata) untuk menggoda Amran secara halus.

Amran dan Norlela bernikah secara senyap-senyap. Faridah pula telah mengarahkan para pengawal istana sentiasa mengawasi pergerakkan Amran apabila dia pulang ke istana nanti. Amran pulang juga ke istana tetapi dia telah dikurung disetiap sudut istana oleh pera pengawalnya. Faridah telah memukau Amran sehingga dia jatuh sakit. Raja mengarahkan agar Norlela menyanyikan lagu kegemaran Amran supaya Amran sihat semula. Amran tersedar jua tetapi dia menjadi hilang ingatan. Norlela memberitahu Raja yang dia telah bernikah dengan Amran. Tetapi Amran yang terpinga-pinga membuatkan Raja tidak mempercayai kata-kata Norlela. Dia akhirnya dihalau dari istana. Rumahnya juga telah dibakar dan dikhuatiri telah terkorban. Abdi telah menyelamatkan Norlela dan diserahkan kepada pengawal Omar, (Omar Suwita). Amran yang masih hilang kewarasan akal sering digoda oleh Faridah namun Amran tidak pernah melayan layanan mesra tersebut.

Faridah telah mengarahkan Badrul Muadzam (Malek Sutan Muda, pegawai istana untuk mendirikan semula rumah Norlela dan dia telah menyamar sebagai Norlela untuk mengubati Amran. Amran begitu terpesona dengan suara nyanyiannya sehingga dia mampu teringat semula. Amran mulai menghampiri dan mendapati dia bukan Norlela tetapi itu adalah bonda tirinya. Amran begitu marah dan dia telah berjumpa dengan ayahandanya untuk berjumpa dengan Norlela. Ayahandanya memberitahu Norlela telah terkorban dalam nahas kebakaran dirumahnya. Amran hilang kawalan lalu memukul bonda tirinya selepas Amran menuduh bonda tirinya berlaku curang di belakang Raja yang akhirnya Raja menjatuhkan hukuman penjara ke atas Amran. Badrul Hisham pula telah sampai ke istana Faridah diatas komplot untuk merampas kuasa.

Abdi menolong Amran meloloskan diri dari penjara tetapi Abdi telah ditahan dan ditikam oleh Badrul Hisham. Dengan tiba-tiba bangunan penjara roboh menyembah bumi. Faridah pula terperangkap dan akhirnya terbunuh di dalam runtuhan tersebut. Abdi yang tercedera masih mampu menceritakan semua rancangan Faridah dan Badrul Hisham kepada Raja sebelum dia meninggal dunia. Abdi juga memberitahu yang Norlela terselamat dan disembunyikan agar nyawa adiknya tidak diapa-apakan oleh Faridah. Raja dan para askarnya berjaya memberkas Badrul Hisham. Amran pula sempat berjumpa dengan isterinya Norlela, walaupun tercedera di badannya dengan pisau yang dilontarkan oleh Badrul Hisham. Namun, Amran disahkan meninggal dunia dipangkuan Norlela. Ayahandanya dan Norlela begitu sedih dengan pemergian Amran. Norlela yang menjadi janda telah membawa diri dan mengembara ke setiap ceruk dunia untuk mencari kasih yang baharu tetapi cintanya terhadap Amran amat kuat sehingga ke akhir hayatnya dia tidak berkahwin lagi selepas kejadian itu.


Pelakon[sunting | sunting sumber]

  1. Aziz Jaafar sebagai Raja Muda Amran
  2. Sarimah sebagai Puteri Faridah, puteri dari negara Tading Naurat
  3. Murni Sarawak sebagai Norlela, penari Istana
  4. S. Kadarisman sebagai Raja (Ayahanda Amran)
  5. Salleh Kamil sebagai Panglima Badrul Hisham
  6. Kuswadinata sebagai Abdi (pengawal Amran)
  7. M. Rafiee sebagai Raja Tading Naurat- Sultan Abdul Hamid (kekanda Faridah)
  8. Malek Sutan Muda sebagai Badrul Muadzam
  9. Omar Suwita sebagai Omar
  10. Supatry sebagai dayang istana

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Paduan Kasih - Saloma dan Aziz Jaafar
  • Cinta Sejati - Saloma dan Aziz Jaafar

Pautan luar[sunting | sunting sumber]