Filem Panggilan Pulau (1954)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Panggilan Pulau)
Lompat ke: pandu arah, cari
Bagi filem tahun 1994, lihat Panggilan Pulau (filem 1994).
Panggilan Pulau
Pengarah S. Ramanathan
Penerbit Run Run Shaw
Penulis S. Ramanathan
Dibintangi oleh P. Ramlee, Normadiah, Noordin Ahmad, Yussof Latiff, Latifah Omar, S. Shamsuddin, S. Kadarisman, Omar Rojik, Salleh Kamil, Ibrahim Pendek, Daeng Idris, Saamah
Muzik oleh P. Ramlee
Yusoff B.
Sinematografi Hitam-putih
Syarikat
produksi
Pengedar Shaw Brothers Ltd.
Mula ditayangkan
4 Julai 1954
Tempoh tayangan
99 minit
Negara Malaya
(Singapura & Malaysia)
Bahasa Bahasa Melayu

Filem Panggilan Pulau merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang merupakan sebahagian dari Malaya pada 4 Julai 1954. Filem Panggilan Pulau diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem Panggilan Pulau dirakamkan semula pengambarannya pada tahun 1994 menerusi arahan dari Ahmad Fauzee.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Panggilan Pulau diarah oleh pengarah S. Ramanathan pada 4 Julai 1954.

Filem Panggilan Pulau merupakan filem pertama lakonan Seniwati Latifah Omar. Pada masa itu beliau baru sahaja berusia 16 tahun dan telah diberi peluang berlakon disisi pelakon-pelakon yang hebat pada masa itu antaranya P. Ramlee, Normadiah, Nordin Ahmad, Daeng Idris, Yusof Latiff, A. Rahim, Salleh Kamil, S. Shamsuddin, Siti Tanjung Perak, Omar Rojik, S. Kadarisman dan kemunculan pertama di layar perak Ibrahim Pendek.[1]

Plot[sunting | sunting sumber]

Cerita ini mengisahkan Zul (P. Ramlee) bercinta dengan Jelita (Normadiah) tetapi dihalang oleh abang Juita, Johan (Nordin Ahmad) sehingga suatu hari Zul telah dicaci oleh Johan bersama rakannya, Tuan Husin (Yusof Latiff). Akibat daripada itu, Zul membawa diri menjadi kelasi kapal. Di atas kapal Zulkifli berkenalan dengan Umar (S. Kadarisman) dan Ramlee (Ibrahim Pendek). Namun begitu, kehadirannya tidak disukai oleh Kaptennya seorang yang bengis (lakonan Omar Rojik), Musa (A. Rahim) dan Shukur (Salleh Kamil). Suatu hari, kapal mereka telah karam akibat ribut gelora, hanya 5 orang pelaut sahaja yang terselamat. Sehinggalah Zul dan rakan-rakannya terdampar di tepi pantai Pulau Kazambo dan berjumpa dengan Melati (Latifah Omar) anak kepada penghulu Pulau Kazambo (Daeng Idris) serta Kumbangga, ketua pemudanya (S. Shamsuddin). Zulkifli membuat keputusan untuk mencari harta karun di dalam sebuah gua di pulau tersebut. Mengikut kepercayaan penduduk di sana, gua tersebut dianggap berpuaka dan sesiapa yang pergi ke sana, nescaya akan menemui ajalnya kelak. Rombongan seramai 50 orang bersiap sedia untuk ke pergi ke gua tersebut. Setibanya disana, penduduk disitu membuat ritual selamat datang agar penunggu gua tidak mengapa-apakan mereka. Sebaliknya di dalam gua, Musa, rakannya dan Kumbangga ingin membelot dan merampas semua harta karun di situ. Tindakan mereka telah diperhatikan oleh Zulkifli. Maka berlakulah pergaduhan sehingga menyebabkan Ramlee terkorban akibat dari perbuatan Musa. Kumbangga pula membuat keputusan agar keadilan ditegakkan di dalam laut Pulau Kezambo di antara Zulkifli dan Musa. Ternyatalah, Zulkifli berada di pihak yang benar. Dia telah berjaya membunuh Musa. Kini tinggal seorang lagi rakannya masih hidup iaitu Shukur (Salleh Kamil), setelah dihadapkan kepada Penghulu, dia bertindak melarikan diri sehingga menyebabkan terkorban di dalam gaung. Keadaan di Pulau Kezambo kembali aman, ketika itulah Zulkifli ingin kembali semula ke Pulau Pinang untuk bertemu dengan Jelita walaupun dalam masa yang sama, hatinya telah terpikat dengan Melati.

Sementara di Pulau Pinang, Johan telah diberkas oleh pihak polis akibat dakwaan dari Husin kerana gagal membuat sebarang pembayaran dari hutang peribadi. Rumahnya juga telah dirampas oleh Husin sehingga menyebabkan Jelita terpaksa beekahwin dengannya. Dari perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki. Namun begitu, Jelita masih menunggu kepulangan Zulkifli suatu hari nanti. Setelah tiba masa yang sesuai, Zulkifli berangkat dari Pulau Kezambo terus ke Pulau Pinang. Setibanya di rumah Jelita, baharulah Zulkifli mengetahui bahawa Jelita yang sering dipuja-puja kini menjadi milik Tuan Husin. Tetapi, dia menghormati keputusan Jelita dan berjanji tidak akan memisahkan mereka bertiga hanya kerana pegangan cintanya sahaja. Zulkifli membuat keputusan untuk membawa diri bersama-sama dengan adiknya (lakonan Rahman Rahmat) ke Pulau Kezambo. Di dalam perjalanan tersebut, Zulkifli terserempak dengan Johan di atas kapal yang sedang bekerja sebagai pekerja am. Kerana malu dengan Zulkifli, Johan tidak mengambil walau satu sen darinya. Setibanya di Pulau Kezambo, Zulkifli yang segak bergaya bersama adiknya membawa sebuah bot mewah untuk diraikan oleh para penduduk pulau tersebut. Dia terus memeluk Melati dan terus mendiami di Pulau Kezambo buat selama-lamanya.

Ulasan Plot[sunting | sunting sumber]

Plot ini mengambar pergolakan ideologi dan nilai dalam masyarakat Melayu yang dipengaruhi gejala ideologi komunisme dan sosialisme di mana pertembungan kelas bawahan iaitu kelas pekerja/buruh dan kelas majikan sama ada tuan tanah, orang bangsawan feudal atau kapitalis. Oleh kerana masyarakat Melayu belum mempunyai kaum kapitalis yang jelas, pertembungan kelas tuan tanah dan feudalisma menjadi isu. Seperti mana filem berikutnya iaitu Antara Dua Darjat, Penarik Becha dan Bujang Lapok.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  1. P. Ramlee sebagai Zulkifli
  2. Normadiah sebagai Jelita
  3. Nordin Ahmad sebagai Johan (abang Jelita)
  4. Yusof Latiff sebagai Tuan Husin (suami Jelita)
  5. Latifah Omar sebagai Melati
  6. Ibrahim Pendek sebagai Ramlee (Pendek)
  7. S. Kadarisman sebagai Umar (Panjang)
  8. Omar Rojik sebagai Kapten
  9. A. Rahim sebagai Musa
  10. Salleh Kamil sebagai Shukur
  11. S. Shamsuddin sebagai Kumbangga (pemuda Pulau Kezambo)
  12. Siti Tanjung Perak sebagai kekasih Umar
  13. Daeng Idris sebagai Penghulu Pulau Kezambo
  14. Rahman Rahmat sebagai adik Zulkifli
  15. Saamah sebagai ibu Jelita
  16. H. M. Busra sebagai penduduk pulau

Lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Mengapa Pialu Saja
  2. Bulan dan Juga Angin nyanyian oleh P. Ramlee & Normadiah
  3. Simpulan Kasih
  4. Dengarlah Gemala Hati
  5. Ayo Kezambo

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]