Pelepas Saka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Pelepas Saka)
Pelepas Saka
PengarahHashim Rejab
Dihasilkan olehJane Lim
Dibintangi
Disunting olehBrian Ng
Muzik olehTrabye
Syarikat
penerbitan
Mangkin Prestij
Diedarkan olehMetrowealth Pictures
Tarikh tayangan
4 Februari 2016
Masa tayangan
82 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

Pelepas Saka merupakan sebuah filem seram Malaysia 2016 arahan Hashim Rejab terbitan Metrowealth Pictures dan dibintangi oleh Hanif Safuan, Hafiz Bahari, Lydia Izati, Esma Daniel, dan Fauzi Nawawi. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 4 Februari 2016.[1]

Filem ini dikatakan mempunyai unsur-unsur khurafat yang boleh membuatkan masyarakat terikut-ikut dengan perkara syirik. Ini menyebabkan 30 peratus babak dalam filem ini dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang kepulangan Haider bersama isterinya, Alisya (Lydia Izzati) ke kampung. Di perkampungan sama, tinggal seorang wanita tua bernama Asiah (Nor Albaniah) yang mempunyai saka dan ia sedang mencari tuan baharu kerana Asiah tidak mempunyai keturunan untuk diperturunkan sakanya.[3]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem ini diterbitkan oleh Metrowealth International Group (MIG).[4] Filem ini juga merupakan filem pertama terbitan MIG bagi tahun 2016, dan filem ke-10 arahan Hashim Rejab.

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Pelepas Saka ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 4 Februari 2016. Filem ini dikatakan gagal untuk menjalinkan aspek bunyi dan visual menjadi satu simbol keseraman yang mampu mengusik penonton, sebaliknya cubaan untuk menimbulkan rasa seram itu juga seperti dibuat-buat dan hanya bergantung semata-mata kepada kesan solekan wajah seram saka berkenaan.

Suntingan filem ini juga dikatakan tidak lancar dan terdapat juga pengulangan babak yang sewajarnya tidak perlu. Bagaimanapun ini mungkin disebabakan potongan hampir 30% oleh LPFM, yang agak mengganggu mood penontonan dan mengurangkan daya pemahaman penonton untuk mengikuti filem ini sehingga tamat.

Pelepas Saka hanya menggunakan formula mudah, pulang ke kampung, di rasuk saka dan kemudian saka dikeluarkan hasil bantuan seorang ustaz. Pengisian dianggap tidak cukup dan pengembangan watak yang boleh diperkukuhkan melalui aspek penceritaan, permainan visual yang lebih menarik serta mampu meneroka subjek saka itu dengan lebih teliti bagi memberikan hasil yang lebih positif.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pelepas Saka
  2. ^ "Pelepas Saka buka minda generasi muda". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2018-06-12.
  3. ^ http://www.cinema.com.my/bm/movies/details.aspx?search=2016.11112.pelepassaka.21936#XEoH43vj85aX7M3p.97
  4. ^ Pelepas Saka: Taruhan pertama MIG di tahun 2016
  5. ^ "Pelepas Saka-Kisah seram kitar semula". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-11. Dicapai pada 2018-06-12.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]