Jengka (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Penunggu Jengka)
Jengka
PengarahRamdan Che Hassan
Nyon Othman
PenulisAziz M. Osman
Lakon layarAziz M. Osman
Cerita olehAziz M. Osman
Dihasilkan olehAziz M. Osman
DibintangiRiezman Khuzaimi
Ramona Zamzam
Raja Azrey
Sahiddin Sabari
Afida Es
Eyka Farhana
SinematografiRamli Long
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
  • 26 Mac 2015 (2015-03-26) (Malaysia)
Masa tayangan
80 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Jengka merupakan sebuah filem seram paranormal Malaysia 2015 arahan bersama Ramdan Che Hassan dan Nyon Othman. Menerusi filem ini, yang berdasarkan satu kisah benar, Aziz M. Osman bertindak sebagai penerbit, penulis cerita dan skrip, ia dibintangi oleh Riezman Khuzaimi, Ramona Zamzam, Raja Azrey, Sahiddin Sabari, Afida Es, Eyka Farhana dan Jobot Maheran. Ia mengisahkan tentang Nini yang sarat mengandung meminta suaminya, Basir menghantar dia pulang ke kampungnya di Jengka, Pahang untuk melahirkan anak. Filem ini ditayangkan pada 26 Mac 2015.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata mereka tetapi dengan keadaan yang tidak mengizinkan membuatkan si isteri ingin bersalin di kampung halaman beliau iaitu Jengka, Pahang. Bagaimanapun, mak bidan yang dijemput datang ke majlis itu menasihatkan Nini supaya tidak dibebankan dengan tekanan perasaan. Ini kerana, Nini akan diganggu ‘semangat tidak baik’. Malangnya, pada majlis kenduri itu Nini mengetahui kecurangan Basir yang memiliki kekasih gelap. Akibat kecewa dan memberontak, Nini akhirnya lari dari rumah. Nini menyusup masuk ke ladang kelapa sawit yang didakwa ‘berpenunggu’ dan hilang secara tiba-tiba. Bahkan, paling megejutkan Basir, along dan orang kampung hanya mendengar jeritan Nini dan tangisan bayinya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Jengka diarahkan oleh Ramdan Che Hassan dan Nyon Othman, dengan Aziz M. Osman bertindak sebagai penerbit, penulis skrip dan penasihat cerita. Aziz mendapat idea untuk menerbitkan filem ini secara kebetulan, ketika sedang menyiapkan drama hari raya untuk TV3. Beliau tertarik dengan kisah yang diceritakan oleh lelaki yang bertemu dengannya, dan ingin menjadikannya sebagai sebuah karya. Perbelanjaan telah digunakan untuk filem Jengka dan mencecah sebanyak RM1 juta.[1]

Beberapa pelakon popular tanah air telah dipilih untuk watak lakonan, termasuk Ramona Zamzam yang merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10 dan Riezman Khuzaimi.

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Jengka ditayangkan pada 26 Mac 2015 dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Nurfarhana Mohamed dari Utusan Malaysia menulis bahawa filem ini mengambil konsep penemuan rakaman dan inspirasi yang kelihatan sama seperti Paranormal Acitivity dan dianggap tidak menghampakan dan boleh diklasifikasikan sebagai satu percubaan yang baik.[2] Aqmar Mustaza dari Sinar Harian pula menyifatkan gandingan Riezman Khuzaimi dan Ramona Zamzam dilihat kurang menjadi, bukan kerana perbezaan usia, namun kurang keserasian.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norhayati Nordin (19 Mac 2015). "Jengka: Bukan filem seram biasa". Harian Metro. Dicapai pada 2016-05-30.
  2. ^ Nurfarhana Mohamed (6 April 2015). "Jengka bukan seram tipikal". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2016-05-30.
  3. ^ Aqmar Mustaza (6 April 2015). "Jengka penuh misteri, debaran". Sinar Harian. Dicapai pada 2016-05-30.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]