Filem Putus Harapan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Putus Harapan, 1953)
Lompat ke: pandu arah, cari
Putus Harapan
PosterPutusHarapan.jpg
Poster Filem Putus Harapan.
Pengarah B. N. Rao
Penerbit Run Run Shaw
Dibintangi oleh P. Ramlee
Rokiah Jaafar
Abdul Aziz bin Sattar
Nordin Ahmad
Muzik oleh Osman Ahmad
Sinematografi Hitam-putih
Pengedar Malay Film Productions Ltd
Mula ditayangan
(1953-03-02) 2 Mac 1953 (umur 64) [1]
Negara Singapura
Bahasa Melayu

Filem Putus Harapan merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian dari Malaya pada 2 Mac 1953. Filem Putus Harapan ini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna, dan ditayangkan kepada umum pada tahun 1953.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Putus Harapan ini diarah oleh pengarah berbakat dari India, B. N. Rao (1953).

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Hashim (Hashim Nor), tuan punya sebuah kilang yang besar mempunyai dua orang anak, Fatimah (Rokiah Jaafar) dan Osman (Nordin Ahmad). Hashim juga telah mengambil seorang kanak-kanak bernama Yusuf (P. Ramlee), menjadi anak angkatnya setelah bapa Yusuf terbunuh dalam kemalangan di kilangnya. Salmah adalah isteri Hashim (Musalmah), tidak sukakan Yusuf dan melarang anak-anaknya Fatimah dan Osman dari bercampur dengan Yusuf. Namun begitu, Fatimah yang mewarisi sifat penyayang ayahnya sering memberi semangat kepada Yusuf yang sering menyesali nasibnya sebagai anak yatim. Walaupun begitu, Yusuf merupakan seorang pelajar pintar di sekolah dan sering dipuji oleh gurunya (lakonan Aziz Sattar).

Apabila Hashim meninggal dunia beberapa tahun kemudian, nasib malang serta merta menimpa Yusuf bagai dunia terang menjadi gelap gelita. Walaupun Hashim meninggalkan harta yang mencukupi serta wasiat untuk menjaga kebajikan Yusuf, tetapi Salmah telah bertindak memberhentikan persekolahannya. Sementara Fatimah dan Osman meneruskan persekolahan seperti biasa, Yusuf pula kini menjadi orang gaji di rumah mereka. Salmah berasa tidak selesa dengan Yusuf, dia sering mendera Yusuf tanpa rasa belas kasihan. Walaupun berjauhan, Rokiah kerap berutus surat dan menghantar set geometri agar Yusuf tidak ketinggalan di dalam pelajarannya. Dalam beberapa tahun Yusuf sudah mahir dan mempunyai bakat sebagai juru senibina yang hebat. Yusuf telah menyertai satu pertandingan dan dia dipilih sebagai pemenang serta dianugerahkan cek bernilai 5000 ringgit. Sementara itu, Salmah telah menjodohkan Ismail dengan Fatimah. Yusuf sungguh kecewa dan Fatimah juga tidak menyukai akan perangai Ismail (Salleh Kamil). Akibat berasa cemburu, Yusuf bergaduh dengan Ismail. Pada malam itu juga, Yusuf mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tersebut.

Salmah pula telah banyak mencagarkan sebahagian harta peninggalan Hashim kepada Ismail untuk memberi wang tersebut kepada Osman sebagai modal perniagaannya sehingga Ismail mengarahkan agar rumahnya dicagarkan pada syarikatnya. Tetapi jika Ismail bernikah dengan Fatimah segala hutang piutangnya akan dimansuhkan. Osman hanya menurutkannya sahaja arahan tersebut. Perniagaannya juga menemui kegagalan. Osman tersedar yang selama ini Kasma (Mariani) yang juga kekasihnya seorang mata duitan. Akhirnya Kasma ditinggalkan Osman.

Ismail terus mendesak dengan Salmah dan Osman agar segera menikahkan antara Fatimah dengannya jika tidak Osman akan dipenjarakan. Fatimah akhirnya bersetuju dengan permintaan tersebut agar abangnya tidak dipenjarakan. Keesokkan harinya, wakil keluarga Osman datang merisik keluarga Fatimah dan Salmah memberikan tempoh selama 10 hari lagi untuk melangsungkan pernikahan tersebut. Dek kerana tekanan hidup, Fatimah telah jatuh sakit dan dia sempat mengirim telegram kepada Yusuf. Yusuf segera pulang untuk menemui Fatimah. Fatimah tidak makan dan minum, hal ini lagi merisaukan Salmah dan Osman. Sementara itu, Yusuf tiba tepat waktunya dan dia akan melunaskan hutang Osman agar Fatimah tidak dikahwinkan dengan Ismail. Fatimah pula semakin tenat dan dia meminta agar Yusuf melupakannya. Sebelum itu dia juga sempat meminta agar Yusuf menyanyikan lagu kegemarannya semasa kecil dahulu iaitu Tidurlah Permaisuri agar hatinya kembali tenang. Hatinya tidak pernah berasa tenang semenjak Yusuf meninggalkannya tempoh hari. Seusai habis nyanyiannya, Yusuf mendapati Fatimah sudah meninggal dunia walaupun disangkakan dia tertidur dek nyanyian tersebut. Yusuf teramatlah kecewa dengan pemergian Fatimah.


Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Gelora Cinta - Supatry, S. Hamid, Momo Latif dan P. Ramlee
  • Tidurlah Permaisuri - P. Ramlee
  • Sampah Terbuang - P. Ramlee
  • Beraksi - Momo Latif

Pautan luar[sunting | sunting sumber]