Sepi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Sepi)
Sepi
PengarahKabir Bhatia
PenulisMira Mustaffa
Ara
Dihasilkan olehAhmad Puad Onah
Rosihan Zain (eksekutif)
Shazlira Hamzah (pembantu)
DibintangiAfdlin Shauki
Vanida Imran
Nasha Aziz
Tony Eusoff
Eja
Riezman Khuzaimi
Baizura Kahar
Syed Hussein (Sein Ruffedge)
Pierre Andre
SinematografiMadnor Kassim
Syarikat
penerbitan
Altenate Pictures
Grand Brilliance
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
26 Jun 2008
Masa tayangan
108 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
BajetRM 1.5 juta[1]

Sepi ialah tajuk bagi sebuah filem drama romantik antologi Malaysia 2008 arahan Kabir Bhatia yang terkenal dengan filem Cinta, yang ditayangkan pada tahun yang sama. Filem terbitan Alternate Studio untuk Grand Brilliance yang juga menerbit filem Cinta sebelum ini, keluar di pawagam pada 26 Jun 2008. Mula ditayangkan buat pertama kali di saluran perdana Astro Box Office Movie Tayangan Hebat pada bulan Oktober 2008.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem drama romantik ini mengisahkan 3 orang yang berasingan mengenal erti cinta, kehilangan dan kesepian. Adam (Afdlin Shauki), seorang tukang masak berjaya, meluaskan kerjayanya dengan mereka hiasan terbaik sekali untuk majlis perkahwinan. Tetapi dengan segala kejayaan beliau masih membujang dan belum bertemu dengan pasangannya sendiri. Kemudian seorang pemilik kilang kasut bernama Sufi (Tony Eusoff) yang sekian hari cuba melenyapkan memori pemergian isterinya yang telah mati. Akhir sekali Imaan (Baizura Kahar) seorang penulis teater muda yang menjadikan pentas teater sebagai tapak memahami masa silamnya dan kupasan demi kupasan kedalam masa depannya sendiri. Ketiga-tiga mereka berkait di dalam satu insiden dramatik yang akan merubah kehidupan mereka buat selamanya.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2008, Astro Box Office Movies Tayangan Hebat, sebuah saluran berbayar baru daripada stesen tv berbayar Astro yang menayangkan filem-filem pada setiap slot waktu akan menayangkan filem Sepi

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rakaman[sunting | sunting sumber]

Filem Sepi menonjolkan barisan pelakon daripada nama terkenal yang pernah menjulang pelbagai anugerah seperti Afdlin Shauki, Vanida Imran, Nasha Aziz, Eja, Pierre Andre, Tony Eusoff, Riezman Khuzaimi serta dua wajah baru, Baizura Kahar dan Sein Qudsi. Rakamannya telah menelan belanja RM1.5 juta dan penggambarannya mengambil 35 hari, serta telah disunting sebanyak dua kali dari panjang asal yang mencecah 220 minit ke 108 minit. Pengarahnya Bhatia menegaskan bahawa filem Sepi dan Cinta "berbeza dari struktur penceritaannya."[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Mohd Suhairi B. Mat Johor, Mohd Faizal B. Hj Mohd Fauzi (2008-06-24). "Filem 'Sepi' berlainan dengan filem 'Cinta'". Sinema Malaysia. Dicapai pada 2008-07-06.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]