Filem Serko

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Serko merupakan filem Perancis-Russia tahun 2006 . Filem ini ditayang di Malaysia melalui Astro Aruna(Channel 122). Filem ini berdasarkan kisah benar dari novel "Serko: Deux cents jours extraordinaires de la vie d'un cosaque et de son petit cheval gris" (Serko: Two Hundred Extraordinary Days in the Life of a Cossack and His Little Gray Horse) oleh Jean-Louis Gouraud.

Ia mengisahkan pemuda 18 tahun bernama Dimitri Pechkov (Aleksei Chadov) keturunan Cossack, Rusia pada 1889. Kisah perjalanan Dimitri sejauh 4000 km dari Blagovechtchensk, selatan Siberia ke Saint Petersburg / Petrograd / Leningrad di Russia dalam tempoh 193 hari untuk mengadap kaisar Tzar Russia. Tujuannya untuk mengadu kepada Tzar (raja) bahawa Bouvarine (Nikolai Smirnov) yang rasuah dan telah menembak rakannya Evenk dan kuda-kuda liar di satu kawasan lembah. Dimitri menunggang kuda tini berwarna putih dan pelbagai ragam kuda dan budaya manusia ditempuh sepanjang perjalanan itu.

Dalam perjalanan itu, pelbagai pemandangan menarik telah dipaparkan. Antaranya berjalan di atas Sungai Amur di Russia Manchuria yang beku semasa musim dingin ( −27 °C ) . Dimitri berhadapan dengan padang rumput steppe dan musim sejuk melampau Tundra. Dimitri melihat manusia yang sesak nafas dan mati kesejukan , keras begitu sahaja. Di beberapa tempat Dimitri disambut bagaikan wira dan dilayan oleh gadis-gadis Eskimo (muka macam Cina Mongolia). Penonton dibuai dengan emosi yang pelbagai akan penderitaan yang dialami oleh Dimitri.

Dalam perjalanan , beliau telah disabotaj oleh Gabenor Bouvarine yang bimbang rasuah dan jenayah pengedaran senjata dan tepung yang dilakukannya disampaikan kepada kaisar Czar.

Menariknya cerita ini ia diselang-seli dengan persembahan puppet hitam putih yang disampaikan oleh dalang berbahasa Perancis iaitu Emile Fragonard (Jacques Gamblin). Oleh itu cerita ini tersebar ke seluruh Russia dan mendapat sambutan ramai dari kalangan pelbesar dan rakyat jelata. Secara tidak langsung kita didedahkan tentang teknik persembahan 'wayang kulit' ala Perancis / Russia. [1][2]

Pengarah: Joel Farges Pelakon: Alexei Chadov, Jacques Gamblin, Marina Kim, Larissa Batourova

Rujukan[sunting | sunting sumber]