Songlap (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Songlap)
Lompat ke: pandu arah, cari
Songlap
Songlap.jpg
Poster Promosi Songlap
Pengarah Effendee
Fariza Azlina
Dibintangi oleh Shaheizy Sam
Syafie Naswip
Sara Ali
Omar Abdullah
Syarikat
produksi
Mula ditayangkan
15 Disember 2011
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Perbelanjaan RM 1.17 juta[1]
Box office RM 2.13 juta

Songlap merupakan sebuah filem genre drama masyarakat yang ditayangkan di pawagam pada 15 Disember 2011. Filem arahan Effendee dan Fariza Azlina ini menampilkan dua pelakon yang pernah memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Shaheizy Sam (FFM 23), Syafie Naswip (FFM 22), dan muka baru, Sara Ali sebagai pelakon utama filem ini. Filem ini meraih pencalonan terbanyak dalam sejarah Festival Filem Malaysia(FFM) dengan menerima 15 nominasi daripada 23 kategori yang dipertandingkan di dalam Festival Filem Malaysia ke-25 [2].

Plot[sunting | sunting sumber]

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, Songlap mengikuti kisah dua adik-beradik – Am (Shaheizy Sam) dan Ad (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar Mama. Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; Am mengambil kesempatan dengan menggunakan perniagaan Mama sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara Ad mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

Ad mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya Razak kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Apabila adik Razak, Hawa (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, Ad tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Hawa tanpa menyedari bapa Hawa, Pak Din juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik Ad untuk menolong Hawa telah menggoyahkan hubungannya dengan Am, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut. Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Kutipan bagi filem ini mencecah RM 2.13 juta.

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Filem ini dilihat menunjukan gambaran yang sebenar tentang sindiket penjualan bayi dan lain-lain. Kehidupan yang serba kelam ditambah dengan teknik visual memberikan gambaran penonton akan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat tanpa disedari oelh semua. Dari segi lakonan, Shaheizy Sam berjaya membuktikan dirinya pelakon yang penuh warna. Sebagai Am, beliau berjaya menunjukan lakonan seorang yang bergantung hidup dengan menjual bayi dan berjudi dengan baik. Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM 22, Syafie Naswip, dilihat belum hilang taringnya. Lakonannya sebagai Ad, adik yang ingin membantu abangnya dari jenayah penjualan bayi, memberi kesan kepada penonton sehingga tercalon sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam FFM ke-25. Begitu juga, Sara Ali yang tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik FFM ke-25, walaupun dialognya kurang dipertuturkan dalam filem, riak wajahnya sudah cukup menunjukan kesengsaraan yang dialami sebagai mangsa rogol bapa sendiri. Keseluruhan, cerita ini berjaya menyampaikan mesej yang tertanam dalam filem ini[3].

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Majlis Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Antarabangsa Asean 2013[4] Filem Terbaik (Aksi)[5] Lina Tan
Ahmad Puad Onah
Lee Mee Fung
Menang
Pengarah Terbaik Effende Mazlan / Fariza Azlina Ishak Dicalonkan
Pelakon Lelaki Terbaik Shaheizy Sam Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Normah Damanhuri Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Fariza Azlina Ishak Dicalonkan
Suntingan Terbaik Wong Hui Lynn Dicalonkan
Fotografi Filem Terbaik Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-25 [6][7] Filem Terbaik Lina Tan
Ahmad Puad Onah
Lee Mee Fung
Dicalonkan
Pengarah Terbaik Effende Mazlan / Fariza Azlina Ishak Dicalonkan
Pelakon Lelaki Terbaik Shaheizy Sam Dicalonkan
Pelakon Wanita Terbaik Sara Ali Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Syafie Naswip Menang
Omar Abdullah Dicalonkan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Normah Damanhuri Menang
Sinematografi Terbaik Haris Hue Abdullah Menang
Lakon Layar Terbaik Fariza Azlina Ishak Dicalonkan
Cerita Asal Terbaik Fariza Azlina Ishak Dicalonkan
Suntingan Terbaik Wong Hui Lynn Menang
Skor Muzik Asal Terbaik Khairil Ridzuan Annuar (Loque) Dicalonkan
Penataan Seni Terbaik Angie Choo Dicalonkan
Penataan Bunyi Terbaik Zolkefli Mat Tahir Dicalonkan
Pereka Kostum / Busana Mohd Sharelzahadi Koh Dicalonkan
Anugerah Skrin 2012[8] [9] Filem Terbaik Primeworks Studios Sdn Bhd Dicalonkan
Pengarah Terbaik Fariza Azlina / Effendee Mazlan Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Shaheizy Sam Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Shafie Naswip Menang
Lakon Layar Terbaik - Dicalonkan
Anugerah Kritik Perfileman Kuala Lumpur 2012 [10] [11] Filem Terbaik Lina Tan
Ahmad Puad Onah
Lee Mee Fung
Menang
Pengarah Terbaik Effendee Mazlan
Fariza Azlina Isahak
Dicalonkan
Pelakon Lelaki Terbaik Syafie Naswip Dicalonkan
Shaheizy Sam Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Abdullah Omar Dicalonkan
Hasnul Rahmat Dicalonkan
Fauzi Nawawi Dicalonkan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Normah Damanhuri Menang
Sinematografi Terbaik Haris Hue Abdullah Menang
Lakon Layar Terbaik Fariza Azlina Isahak Menang
Anugerah Blockbuster 2012[12] [13] Anugerah Filem Aksi Terhebat Lina Tan
Ahmad Puad Onah
Lee Mee Fung
Dicalonkan
Anugerah Watak Penyangak Terhebat Hasnol Rahmat Dicalonkan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]