Sumpah Orang Minyak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Sumpah Orang Minyak)
Jump to navigation Jump to search
Sumpah Orang Minyak
Sumpah orang minyak 01.jpg
PengarahP. Ramlee
PenerbitMalay Film Productions Ltd (MPF)
PenulisP. Ramlee (lakon layar)
Teuku Dja'afar (cerita)
S. Sudarmaji (dialog)
Dibintangi olehP. Ramlee
Salleh Kamil
Shariff Dol
PengedarShaw Brothers Ltd
Negara Malaysia &  Singapura
BahasaBahasa Melayu
Rujukan Filemkita

Filem Sumpah Orang Minyak mula ditayangkan pada 20 April 1958. Filem ini diarahkan oleh P. Ramlee dan diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd. Ia diterbitkan di Singapura, ketika itu sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu, pada tahun 1958. Filem Sumpah Orang Minyak diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kisah berlaku pada tahun 1901 di sebuah kampung yang bernama Tualang Tiga. Si Bongkok hidup tersisih daripada penduduk kampung kerana rupanya yang hodoh. Walaupun begitu, dia seorang yang berhati mulia dan pandai pula melukis. Si Bongkok begitu kecewa dengan nasib dirinya lalu mempersoalkan takdir. Tanpa disedarinya, dia telah di bawa ke alam bunian dan diberi peluang untuk meminta apa sahaja. Si Bongkok meminta untuk menukar rupa hodohnya itu menjadi cantik, tetapi dia diberi satu syarat, iaitu dia mesti bersumpah untuk tidak membunuh sesama manusia. Setelah dikembalikan ke tempat asalnya, Si Bongkok terpaksa menempuh ujian Tuhan yang maha berkuasa. Si Bongkok tidak dapat melawan perasaannya yang dicabar, dan akibatnya telah melakukan suatu pembunuhan. Kerana melanggar sumpahnya, kecantikan Si Bongkok tidak dapat lagi dilihat oleh manusia. Dia menjadi halimunan, lalu muncullah pula syaitan yang menawarkan janji palsu untuk membantunya. Si Bongkok terpaksa menjadi orang minyak dan memperkosa 21 orang gadis dalam masa tujuh hari, selain mengaku bahawa syaitan adalah tuhan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Festival Filem Asia Pasifik ke-5, 1958 (Manila)
  • Sinematografi Hitam Putih Terbaik - A. Bakar Ali

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]