Ular (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Ular)
Ular
PengarahJason Chong
PenulisFairul Nizam Ablah
Dihasilkan olehZarina A. Rahman
SinematografiZambere Haras
Disunting olehHapil Zan Mazlan
Syarikat
penerbitan
Showbiz Productions
Tarikh tayangan
  • 5 Disember 2013 (2013-12-05) (Malaysia)
Masa tayangan
84 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1.1 Juta
Pecah panggungRM1.8 Juta

Ular merupakan sebuah filem aksi seram Malaysia 2013 arahan Jason Chong terbitan Showbiz Productions. Dibintangi oleh Yusry KRU, Lisa Surihani dan Izzue Islam, filem ini ditayangkan pada 5 Disember 2013 dan menandakan kali pertama Lisa dan Yusry berlakon bersama sejak mereka berkahwin.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Maira ialah seorang wartawan jenayah yang digantung kerja telah diarahkan untuk membuat liputan di sebuah pusat peranginan di sebuah pulau. Maira yang ditemani jurukameranya, Remy tidak pernah menyangka tugasannya kali ini bukanlah satu tugasan biasa apabila percutian hebat yang dimenangi oleh 10 orang pemenang cabutan bertuah bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri yang tidak terduga.

Segalanya bermula apabila ada di antara tetamu pusat peranginan itu dengan beraninya telah menyelinap masuk ke dalam hutan yang telah dipagari dengan pagar elektrik. Rambo yang panik setelah menyedari hal tersebut segera mendapatkan Encik Aziz, pemilik pusat peranginan tersebut. Ia secara tidak langsung telah menimbulkan rasa ingin tahu Myra dan Remy untuk merungkai apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh Encik Aziz di sebalik kewujudan pusat peranginan tersebut.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Ular diarahkan oleh Jason Chong dan diterbitkan oleh Showbiz Productions Untuk KRU Studios Ia merupakan filem kedua arahan Jason selepas Belukar (2010), penggambaran dijalankan di Pulau Pangkor, Perak.

Ia juga menyaksikan lakonan sulung Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim sebelum mereka berkahwin. Pelakon lain yang terlibat termasuk Izzue Islam, Harun Salim Bachik, Sharifah Sakinah, Zarina Anjoulie, Nam Ron, dan Zarina Zainuddin.

Muzik[sunting | sunting sumber]

Lagu tema filem ini ialah "Ular" hasil nukilan Edry KRU dan dipersembahkan oleh Anita Sarawak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ular... percutian bertukar tragedi Sinar Harian (7 Disember 2013). Dicapai pada 9 April 2014.
  2. ^ Kemalia Othman (6 Disember 2013). Teknik CGI daya penarik Ular mStar Online. Diperoleh pada 9 April 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]