Yassin (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Yassin)
Jump to navigation Jump to search
Yassin
PengarahTan Sri Kamarul Ariffin Bin Mohamed Yassin
PenerbitTan Sri Kamarul Ariffin Bin Mohamed Yassin
PenulisTan Sri Kamarul Ariffin Bin Mohamed Yassin
Dibintangi olehEman Manan dan Uji Rashid
Disunting olehJib Ibrahim
Mula ditayangkan
1988
Tempoh tayangan
110 minit
Negara Malaysia Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Yassin merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1988. Filem Yassin diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Yassin mula ditayangkan pada 1988 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Eman Manan, Uji Rashid dan ramai lagi.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Yassin diarah oleh pengarah Kamarul Ariffin pada 1988.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

  • Kisah perjuangan seorang nasionalis menentang Parti Komunis Malaya atau Bintang Tiga di Tanah Melayu pada sekitar tahun 1945. Yassin, cekal dan kekal berani mempertahankan semangat patriotiknya sehingga beliau diheret dan dibicarakan di mahkamah kanggaru ketika itu. Isteri beliau- Cik Jah adalah seorang wanita dan isteri yang setia, kuat menyokong perjuangan si suami biarpun emosinya cukup terganggu sewaktu perbicaraan di mahkamah tersebut dijalankan. Cik Jah terpaksa berdepan dengan dugaan yang melanda dan menjadi tonggak kekuatan buat anak-anak mereka yang masih kecil.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Eman Manan sebagai Yassin
  • Uji Rashid sebagai Cik Jah (isteri Yassin)

Lagu[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Atas lakonan yang cukup hebat dan meyakinkan oleh kedua-dua pelakon utama (mereka sering bergiat dalam lakonan teater sebelumnya)- Eman Manan dan Uji Rashid telah tersenarai ke peringkat akhir pencalonan untuk anugerah watak utama di FFM8. Bagaimanapun, rezeki tidak berpihak kepada walau salah seorang daripada pelakon-pelakon berkarisma ini; hanya kemenangan diraih oleh Esther Lim yang menggondol award Bintang Harapan FFM melalui filem Yassin ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]