Filipina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Repúbliká ng̃ Pilipinas
Republik Filipina
ريڤوبليك فيليڤينا
Republic of the Philippines
Flag of Filipina
Bendera
Moto: Maka-Diyos, Makatao, Makakalikasan, at Makabansa
(terjemahan: "Untuk Tuhan, Untuk Rakyat, Untuk Alam, dan Untuk Negara")
Lagu kebangsaan: Lupang Hinirang (Tanah Terpilih)
Kedudukan Filipina
Ibu negara Manila
Bandar terbesar Bandar Quezon
Bahasa rasmi Bahasa Filipina, Bahasa Sepanyol, Bahasa Inggeris*
Agama Katolik
Kerajaan Republik
Rodrigo Duterte
Leni Robredo
Franklin Drilon
Feliciano Belmonte
Renato Corona
Kemerdekaan daripada Sepanyol dan A.S.
12 Jun 1898
24 Mac 1934
4 Julai 1946
2 Februari 1987
• Air (%)
0.6
Penduduk
• Anggaran 2006
85,236,913 (12)
• Bancian 2000
76,504,077
KDNK (PPP) anggr. 2005 
• Jumlah
$451 billion (25)
• Per kapita
$4,923 (102)
KDNK (nominal) anggr. 2005 
• Jumlah
$98,731 billion (51)
• Per kapita
$1,168 (120)
HDI (2006) 0.763
tinggi · 84
Mata wang Peso Filipina (Piso) (PHP)
Zon waktu PST (UTC+8)
Kod panggilan 63
Internet TLD .ph
* Bahasa Cebu, Bahasa Ilokano, Bahasa Hiligaynon, Bahasa Bikol, Bahasa Waray-Waray, Bahasa Kapampangan, Bahasa Pangasinan, Bahasa Kinaray-a, Bahasa Maranao, Bahasa Maguindanao, Bahasa Tagalog, Bahasa Tausug bagi wilayah Sulu, Bahasa Bajau/Badjaw/Badjao bagi wilayah Tawi-Tawi dan Bahasa Yakan bagi wilayah Basilan seterusnya merupakan bahasa rasmi bagi wilayah masing-masing. Bahasa Sepanyol, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab sebagai bahasa pilihan dan sukarela.

Filipina (Bahasa Filipino: Pilipinas atau Filipinas, Bahasa Inggeris: the Philippines), secara rasminya Republik Filipina (Bahasa Filipino: Republika ng Pilipinas; Bahasa Inggeris: Republic of the Philippines) merupakan sebuah negara kepulauan unitari berdaulat di Asia Tenggara. Terletak di Lautan Pasifik barat, ia terdiri daripada kira-kira 7,641 buah pulau[1] yang terbahagi kepada tiga rantau iaitu (dari utara ke selatan) Luzon, Visayas, dan Mindanao. Ibu negara Filipina ialah Manila sementara bandar yang paling ramai penduduk ialah Bandar Quezon, kedua-duanya tergolong dalam wilayah Metro Manila.[2] Dikelilingi oleh Laut China Selatan di barat, Laut Filipina di timur dan Laut Sulawesi di barat daya, negara Filipina berkongsi sempadan maritim dengan Taiwan di utara, Vietnam di barat, Palau di timur, dan Malaysia dan Indonesia di selatan.

Kedudukan Filipina di lingkaran api Pasifik dan hampir dengan khatulistiwa menyebabkan negara itu terdedah kepada gempa bumi dan ribu taufan, tetapi juga kaya dengan sumber alam dan antara kepelbagaian alam terbesar di dunia. Filipina mencatat keluasan tanah 343,448 kilometer persegi (132,606 bt2)[3] dengan lebih 100 juta orang setakat tahun 2015.[4] Setakat Januari 2018, Filipina merupakan negara Asia kelapan paling ramai penduduk dan negara ke-12 paling ramai penduduk di dunia. Kira-kira 10 juta lago orang Filipina tinggal di luar negara,[5] menjadikan salah sebuah masyarakat diaspora yang terbesar di dunia. Terdapat berbilang suku dan etnik di seluruh kepulauan. Kaum Negrito adalah antara penduduk terawal pulau sejak zaman prasejarah lagi, diikuti oleh kedatangan orang Austronesia secara bergilir-gilir.[6] Berlakunya pertukaran bersama bangsa-bangsa Cina, Melayu, India dan Islam. Kemudian, ditubuhkan pelbagai negeri yang bersaing sesama sendiri di bawah pemerintahan Datu, Raja, Sultan mahupun Lakan.

Ketibaan penjelajah Portugis bernama Ferdinand Magellan yang mengetuai armada bagi pihak Spanish, di Homonhon, Samar Timur pada 1521 menandakan bermulanya penjajahan Sepanyol. Pada 1543, penjelajah Sepanyol Ruy López de Villalobos menamakan kepulauan ini Las Islas Filipinas sempena Raja Felipe II dari Sepanyol. Dengan tibanya Miguel López de Legazpi dari Bandar Raya Mexico, pada 1565, ditubuhkannya penempatan Hispanik pertama di kepulauan.[7] Filipina menganggotai Empayar Sepanyol selama lebih daripada 300 tahun. Kesannya, agama Katolik menjadi agama dominan. Pada zaman ini, Manila menjadi hab barat bagi perdagangan trans-Pasifik yang menyambungkan Asia dengan Acapulco di benua Amerika.[8]

Di akhir abad ke-19, berlakunya Revolusi Filipina yang membuahkan Republik Filipina Pertama yang pendek hayatnya, diikuti oleh Perang Filipina-Amerika.[9] Semenjak itu Amerika Syarikat memegang kedaulatan ke atas kepulauan Filipina (kecuali apabila tempoh pendudukan Jepun) hinggalah selepas Perang Dunia Kedua, apabila Filipina diiktiraf sebagai bangsa yang merdeka. Semenjak itu, Filipina seringkali mengalami pergolakan dalam demokrasi, termasuklah pernah menggulingkan pemerintahan diktator secara revolusi tanpa kekerasan.[10]

Filipina merupakan anggota pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), dan Sidang Kemuncak Asia Timur. Di Filipina juga letaknya ibu pejabat Bank Pembangunan Asia (Bahasa Inggeris: Asian Development Bank).[11] Filipina dikira sebagai sebuah pasaran memuncul dan negara baru berindustri,[12] yang mempunyai ekonomi yang beralih daripada asas pertanian kepada yang asas perkhidmatan dan perkilangan.[13] Filipina merupakan salah satu daripada hanya dua buah negara majoriti Kristian di Asia Tenggara selain daripada Timor Leste.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Filipina

Sejarah Filipina dipercayai bermula dengan kedatangan manusia pertama[14][15][16] menggunakan rakit atau bot sekurang-kurangnya 67,000 tahun yang lalu seperti yang dicadangkan oleh penemuan Callao Man 2007.[17] Kepulauan itu mula-mula didiami oleh Negrito, disusuli oleh penghijrahan masuk orang-orang Austronesia.

Para sarjana umumnya percaya bahawa kumpulan-kumpulan sosial ini akhirnya berkembang menjadi pelbagai penempatan atau tatanegara yang pelbagai peringkat pengkhususan ekonomi, stratifikasi sosial, dan organisasi politik.[18] Sesetengah penempatan ini (kebanyakannya terletak di delta sungai utama) mencapai tahap kemajuan sosial yang dirasai cukup oleh sesetengah sarjana untuk digelar negeri.[19] Ini termasuk pendahulu bagi pusat-pusat kependudukan moden seperti Maynila, Tondo, Pangasinan, Cebu, Panay, Bohol, Butuan, Cotabato, Lanao, dan Sulu[20] serta beberapa lagi negeri seperti Ma-i yang masih belum ditentukan kedudukannya.[21]

Setiap politi ini masing-masing memperlihatkan kesan pengaruh dari India dari segi agama, bahasa, budaya, sastera dan falsafah melalui pelbagai kempen dari India termasuk kempen Asia Tenggara Rajendra Chola I,[22] dari Arab dengan kewujudan agama Islam, ataupun dari China sebagai negeri-negeri ufti kecinaan. Negeri-negeri maritim kecil ini berkembang sejak alaf pertama.[23][24] Kerajaan-kerajaan ini banyak berdagang dengan negara-negara yang kini dikenali sebagai China, India, Jepun, Thailand, Vietnam, dan Indonesia.[25] Baki penempatan yang lain merupakan wilayah "barangay" bebas yang bersekutu dengan mana-mana negeri besar.

Kali pertama tercatatnya kunjungan orang Eropah ialah kedatangan Ferdinand Magellan. Beliau terlihat Pulau Samar pada 16 Mac 1521, dan keesokan harinya mendarat di Pulau Homonhon, kini dalam wilayah Guiuan, Samar Timur.[26] Penjajahan Sepanyol bermula dengan kedatangan ekspedisi Miguel López de Legazpi dari Mexico pada 13 Februari 1565. Beliau mendirikan penempatan tetap pertama di Cebu.[27] Sebahagian besar kepulauan itu tertakluk kepada pemerintahan Sepanyol, lalu membentuk struktur politik bersatu terawal yang dikenali sebagai Filipina. Pemerintahan penjajah Sepanyol menyaksikan kemasukan agama Kristian, kanun undang-undang serta universiti moden tertua di Asia. Filipina diperintah di bawah Kewizuraian Sepanyol Baru yang bertapak di Mexico sehingga kemerdekaan Mexico. Selepas itu, jajahan diperintah secara langsung oleh Sepanyol.

Pemerintahan Sepanyol berakhir pada tahun 1898 dengan kekalahan Sepanyol dalam perang dengan Amerika Syarikat. Kemudian Filipina dijadikan wilayah Amerika Syarikat. Pada masa yang sama, sebuah Revolusi Filipina yang dilancarkan pada tahun 1896 untuk melawan Sepanyol lalu menubuhkan Republik Filipina Pertama, negara merdeka pertama yang tidak bertahan lama dan akhirnya dipatahkan oleh AS melalui Perang Filipina–Amerika.

Amerika Syarikat menubuhkan Kerajaan Kepulauan (Insular Government) untuk Filipina. Pada 1907, ditubuhkan Dewan Undangan Filipina menerusi pilihan raya. AS menjanjikan kemerdekaan bagi Filipina seperti yang termaktub dalam Akta Jones.[28] Komanwel Filipina ditubuhkan pada 1935 sebagai langkah perantaraan 10 tahun sebelum kemerdekaan penuh. Akan tetapi pada 1942 sewaktu Perang Dunia Kedua, Jepun menduduki Filipina sehingga diusir oleh AS pada 1945. Perjanjian Manila 1946 berjaya menubuhkan sebuah republik Filipina yang merdeka.

Pada 1972, Presiden Filipina Ferdinand Marcos mengenakan pemerintahan ketenteraan. Ekoran pembunuhan Ninoy Aquino, Marcos mengadakan pilihan raya mengejut pada tahun 1986 dan kemudian meninggalkan negara sewaktu Revolusi Kuasa Rakyat yang melantik Cory Aquino sebagai presiden dan memulihkan demokrasi.

Politik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Politik Filipina

Filipina mempunyai kerajaan demokrasi yang berbentuk republik berperlembagaan dengan sistem presiden.[29] Ia ditadbir sebagai negara kesatuan kecuali Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) yang amat bebas dari ikatan kerajaan pusat. Adanya cubaan untuk menukarkan bentuk kerajaan kepada persekutuan, ekadewan, atau kerajaan berparlimen sejak pemerintahan Ramos.[30][31]

Presiden memegang peranan ketua negara dan ketua kerajaan sekaligus, lagipun merupakan panglima agung Angkatan Tentera Filipina. Presiden dipilih secara pilihan raya untuk satu penggal enam tahun. Dalam sepenggal itu beliau melantik dan mengetuai sebuah jemaah menteri.[32] Kongres Filipina yang dwidewan terdiri daripada Senat (Senate) sebagai dewan atas yang mana ahli-ahlinya dipilih untuk penggal enam tahun, dan Dewan Perwakilan (House of Representatives) sebagai dewan bawah yang mana ahli-ahlinya dipilih untuk penggal tiga tahun.[32]

Ahli-ahli Senat atau Senator dipilih oleh serata negara sementara ahli-ahli Dewan Perwakilan terpilih oleh daerah perwakilan masing-masing.[32] Kuasa kehakiman terletak di Mahkamah Agung (Supreme Court) yang terdiri daripada Hakim Besar (Chief Justice) selaku pengerusi dan 14 orang hakim bersekutu (associate justices), semuanya dilantik oleh Presiden daripada pencalonan yang diserahkan oleh Majlis Peguam dan Kehakiman (Judicial and Bar Council).[32]

Hubungan luar[sunting | sunting sumber]

Presiden Rodrigo Duterte bersama Presiden AS Donald Trump di sidang dua hala di Pasay, 2017.
Ibu pejabat Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina di Pasay.

Hubungan luar Filipina berasaskan perdagangan dengan negara-negara lain serta kebajikan 10 juta orang Filipina yang tinggal di luar negara.[33] Sebagai negara pengasas dan anggota aktif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Filipina pernah dipilih beberapa kali untuk menyertai Majlis Keselamatan. Carlos P. Romulo merupakan bekas Presiden Perhimpunan Am Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Filipina aktif dalam Majlis Hak Asasi Manusia serta misi pengamanan, khususnya di Timor Leste.[34][35][36]

Di samping menganggotai PBB, Filipina juga merupakan negara pengasas ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara), sebuah pertubuhan yang direka bagi mengukuhkan hubungan serta memupuk pembangunan ekonomi dan kebudayaan di kalangan negara-negara Asia Tenggara.[37] Filipina telah menjadi tuan rumah bagi beberapa sidang kemuncak ASEAN serta banyak menyumbang kepada hala tuju dan dasar-dasar blok serantau.[38]

Filipina menghargai hubungan dengan Amerika Syarikat.[33] Ia menyokong AS ketika Perang Dingin dan Perang terhadap Keganasan serta merupakan sekutu utama luar NATO. Biarpun sejarah begitu muhibah, namun dari masa ke semasa timbul kontroversi berkenaan kehadiran bekas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Teluk Subic dan Clark serta Perjanjian Angkatan Melawat.[33] Jepun selaku penyumbang terbesar bantuan pembangunan rasmi kepada Filipina,[39] dianggap sebagai kawan. Biarpun masih ada ketegangan bersejarah tentang isu-isu seperti penderitaan wanita penghibur, namun kemarahan yang tercetus oleh memori Perang Dunia Kedua sudah banyak reda.[40]

Hubungan dengan negara-negara lain pada umumnya positif. Perkongsian nilai-nilai demokrasi memudahkan hubungan dengan negara-negara Barat dan Eropah sementara persamaan kepentingan ekonomi membantu hubungan dengan negara-negara membangun yang lain. Hubungan sejarah dan kebudayaan juga menjadi penjalin hubungan dengan negara Sepanyol.[41][42][43] Biarpun terjejas oleh isu-isu seperti penindasan dan kesan perang terhadap buruh Filipina,[44][45] namun hubungan dengan negara-negara Timur Tengah mesra seperti yang dicerminkan oleh dua juta orang Filipina yang masih diambil kerja di rantau tersebut.[46]

Kini ancaman komunis sudah lama reda, maka hubungan Filipina dengan China yang tegang pada 1950-an sudah banyak meningkat. Namun isu-isu berkenaan Taiwan, Kepulauan Spratly, dan kebimbangan atas meluasnya pengaruh tetap menyemai rasa berjaga-jaga.[40] Dasar luar baru-baru ini bertumpu pada hubungan ekonomi dengan negara-negara jiran Asia Tenggara dan Asia Pasifik.[33]

Filipina merupakan ahli aktif Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS), Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), Kesatuan Latin, Kumpulan 24, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).[32] Ia juga ingin mengeratkan hubungan dengan negara-negara Islam dengan berkempen untuk diberi status pemerhati di Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).[47][48]

Tentera[sunting | sunting sumber]

Angkatan Tentera Filipina (Bahasa Inggeris: Armed Forces of the Philippines, AFP; Bahasa Filipino: Sandatahang Lakas ng Pilipinas, ; Sepanyol: Fuerzas Armadas Filipinas) bertanggungjawab atas keselamatan negara dan terdiri daripada tiga cabang, iaitu Tentera Udara Filipina, Tentera Darat Filipina, dan Tentera Laut Filipina (termasuk Kor Marin).[49][50][51] Angkatan Tentera Filipina merupakan angkatan sukarela. Keselamatan awam pula terletak pada Polis Kebangsaan Filipina (Philippine National Police) di bawah Jabatan Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan (DILG).[52][53]

Di Wilayah Autonomi Islam Mindanao, kumpulan pemisah terbesar iaitu Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro kini bertempur dengan kerajaan pusat. Kumpulan militan lain seperti Barisan Pembebasan Islam Moro, puak komunis New People's Army, dan Abu Sayyaf pernah menculik warga asing untuk wang tebusan, khususnya di pulau selatan Mindanao.[55][56][57][58] Kehadiran mereka susut atas berkat kawalan keselamatan dari kerajaan Pusat.[59][60] Pada 1.1 peratus daripada KDNK, Filipina kurang berbelanja untuk tentera daripada purata ASEAN.[61][62]

Filipina bersekutu dengan Amerika Syarikat sejak Perang Dunia Kedua. Sebuah perjanjian pertahanan bersama antara kedua-dua negara ditandatangani pada 1951. Filipina menyokong dasar-dasar AS sewaktu Perang Dingin serta terlibat dalam perang-perang Korea dan Vietnam. Setelah bermulanya Perang Terhadap Keganasan, Filipina menyertai angkatan tentera bergabung yang menyokong usaha AS di Iraq.[63]

Pembahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Filipina terbahagi kepada tiga kelompok pulau, iaitu Luzon, Visayas, dan Mindanao, dibahagikan lagi kepada 17 bahagian (regions), 81 wilayah (provinces), 145 bandar (cities), 1,489 perbandaran (municipalities), dan 42,036 barangay.[64] Tambahan pula, Seksyen 2 Akta Republik No. 5446 menegaskan bahawa penentuan wilayah laut di sekitar kepulauan Filipina tidak menyentuh fasal tuntutan ke atas bahagian timur Sabah.[65][66]

Nueva Vizcaya Nueva Ecija Samar Utara Samar Utara Samar Utara Negros Oriental Negros Occidental Mountain Province Misamis Oriental Misamis Occidental Metro Manila Masbate Masbate Masbate Marinduque Maguindanao Leyte La Union Lanao del Sur Lanao del Norte Laguna Kalinga Bandar Isabela Isabela Iloilo Iloilo Iloilo Ilocos Sur Ilocos Norte Ifugao Guimaras Samar Timur Samar Timur Kepulauan Dinagat Davao Oriental Davao Oriental Davao Occidental Davao Occidental Davao Occidental Davao del Sur Davao del Norte Davao del Norte Davao del Norte Cotabato City Cotabato Lembah Compostela Cebu Cebu Cebu Cebu Cebu Cebu Cebu Cavite Catanduanes Capiz Camarines Sur Camarines Sur Camarines Sur Camarines Norte Camiguin Cagayan Cagayan Cagayan Cagayan Cagayan Cagayan Cagayan Bulacan Bukidnon Bohol Bohol Bohol Biliran Biliran Benguet Batangas Batangas Batangas Batangas Batanes Batanes Batanes Bataan Basilan Aurora Apayao Antique Antique Antique Antique Albay Albay Albay Albay Aklan Agusan del Sur Agusan del Norte Abra Zamboanga Sibugay Zamboanga del Sur Zamboanga del Norte Bandar Zamboanga Bandar Zamboanga Zambales Samar Samar Samar Samar Tawi-Tawi Tawi-Tawi Tawi-Tawi Tawi-Tawi Tawi-Tawi Tawi-Tawi Tarlac Surigao del Sur Surigao del Sur Surigao del Norte Surigao del Norte Surigao del Norte Surigao del Norte Surigao del Norte Sulu Sulu Sulu Sulu Sulu Sulu Sulu Sulu Sultan Kudarat Leyte Selatan Leyte Selatan Cotabato Selatan Sorsogon Siquijor Sarangani Sarangani Romblon Romblon Romblon Romblon Romblon Romblon Rizal Rizal Quirino Quezon Quezon Quezon Quezon Quezon Quezon Quezon Pangasinan Pangasinan Pampanga Palawan Palawan Palawan Palawan Palawan Palawan Palawan Palawan Palawan Palawan Palawan Palawan Palawan Palawan Oriental Mindoro Occidental Mindoro Occidental Mindoro Occidental Mindoro Occidental Mindoro Malaysia Malaysia Malaysia Malaysia Malaysia Malaysia Kawasan Pentadbiran Cordillera (CAR) Bahagian Ilocos (Bahagian I) Lembah Cagayan (Bahagian II) Luzon Tengah (Bahagian III) Bahagian Ibu Kota Negara (NCR) CALABARZON (Bahagian IV-A) MIMAROPA Bahagian Bicol (Bahagian V) Visayas Timur (Bahagian VIII) Visayas Tengah (Bahagian VII) Visayas Barat (Bahagian VI) Bahagian Pulau Negros (dibubarkan) - Negros Occidental dan Negros Oriental masing-masing dikembalikan kepada Bahagian VI dan VII Semenanjung Zamboanga (Bahagian IX) Mindanao Utara (Bahagian X) Caraga (Bahagian XIII) Bahagian Davao (Bahagian XI) SOCCSKSARGEN (Bahagian XII) Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) Laut Filipina Laut Sulu Laut China Selatan Laut Sulawesi Tasik Buluan Teluk Dupulisan Teluk Pagadian Teluk Mayo Teluk Pujada Teluk Melgar Teluk Taguite Teluk Sindangan Teluk Panguil Teluk Dumanquilas Selat Dapa Tasik Mainit Teluk Pilar Teluk Tolong Selat San Juanico Selat Janabatas Teluk Ormoc Teluk Carigara Teluk Maqueda Teluk Cabugao Tasik Buhi Tasik Bato Teluk Panganiran Tasik Naujan Genting Mompog Teluk Bagac Teluk Subic Teluk Dingalan Teluk Palanan Teluk Divilacan Teluk Dasol Teluk Bangui Teluk Gingoog Teluk Bay Teluk Lianga Teluk Lanuza Selat Luzon (Kep. Batanes) Selat Luzon (Kep. Babuyan) Teluk Baler Casiguran Sound Genting Masbate Genting Ticao Genting Burias Teluk San Pedro Teluk Batangas Teluk Balayan Selat San Bernardino Laluan Sibutu Tasik Lanao Tasik Taal Selat Sarangani Selat Sarangani Selat Balintang Selat Babuyan Dinagat Sound Selat Surigao Teluk Sogod Selat Canigao Selat Cebu Teluk Macajalar Teluk Butuan Teluk Iligan Teluk Sorsogon Teluk Albay Teluk Lagonoy Teluk Lamon Teluk Tayabas Teluk Tablas Laguna de Bay Selat Linapacan Selat Mindoro Genting Timur Cuyo Genting Barat Cuyo Selat Guimaras Selat Iloilo Teluk Panay Laut Samar Teluk Asid Teluk Ragay Teluk San Miguel Selat Polillo Teluk Lingayen Teluk Leyte Laut Bohol Laut Bohol Laut Bohol Selat Basilan Teluk Sibuguey Illana Bay Teluk Davao Teluk Moro Teluk Maligay Laut Sulu Laut Camotes Laut Camotes Laut Camotes Laut Camotes Laut Visayas Laut Visayas Laut Visayas Laut Visayas Laut Visayas Laut Visayas Laluan Pulau Verde Selat Jintotolo Teluk Manila Teluk Manila Teluk Manila Laut Sibuyan Laut Sibuyan Laut Sibuyan Laut Sibuyan Laut Sibuyan Laut Sibuyan Laut Sibuyan Laut Sibuyan Laut China Selatan Laut China Selatan Laut China Selatan Laut China Selatan Laut China Selatan Laut China Selatan Laut China Selatan Laut China Selatan Laut China Selatan Laut China Selatan Laut China Selatan Laut China Selatan Laut China Selatan Laut China Selatan Selat Tañon Selat Tañon Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulawesi Laut Sulawesi Laut Sulawesi Laut Sulawesi Laut Sulawesi Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut China Selatan Laut China Selatan Laut China Selatan Selat Tañon Laut China Selatan Laut China Selatan Laut China Selatan Laut China Selatan Laut China Selatan Laut China Selatan Laut China Selatan Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulu Laut Sulawesi Laut Sulawesi Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut Filipina Laut China Selatan Laut China Selatan Laut China Selatan Laut China Selatan Teluk Honda Teluk Cabalian Teluk Pagapas Teluk Sigayan Teluk Basiad Teluk Maribojoc Teluk Taytay Laluan Calavite Selat BalabacLabelled map of the Philippines - Provinces and Regions.png
Perihal imej ini

Bahagian atau regions dalam konteks Filipina merupakan bahagian pentadbiran yang diwujudkan terutamanya untuk menyusun atur wilayah-wilayah negara untuk memudahkan pentadbiran. Filipina terbahagi kepada 17 bahagian (16 ditadbir terus dan 1 berautonomi). Kebanyakan pejabat kerajaan ditubuhkan mengikut bahagian dan bukan satu per satu wilayah, dengan ibu kota selalunya (tetapi tidak semestinya) terletak di pusat bahagian berkenaan. Setakat 2015, CALABARZON merupakan bahagian yang paling ramai penduduk sementara Bahagian Ibu Kota Negara (National Capital Region) paling padat penduduknya.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Geografi Filipina
Topografi Filipina

Filipina merupakan gugusan pulau yang terdiri daripada sekitar 7,641 buah pulau[67] dengan jumlah keluasan, termasuk jasad air dalaman, sebanyak 343,448 kilometer persegi (132,606 bt2).[3] Garis tepi laut sepanjang 36,289 kilometer (22,549 mi) menjadikan Filipina negara kelima terpanjang garis pantai di dunia.[32][68] Filipina terletak antara longitud 116° 40', dan 126° 34' T dan latitud 4° 40' dan 21° 10' U, bersempadan dengan Laut Filipina[69] di timur, Laut China Selatan[70] di barat, dan Laut Sulawesi[71] di selatan. Pulau Borneo[72] terletak beberapa ratus kilometer di barat daya sementara Taiwan terletak terus di utara. Kepulauan Maluku dan Sulawesi terletak di selatan barat daya sementara Palau terletak di timur Filipina.[32]

Kebanyakan pulau bergunung dilitupi hutan hujan tropika dan berasal dari gunung berapi. Gunung tertinggi ialah Gunung Apo. It measures up to 2,954 meter (9,692 ft) above sea level and is located on the island of Mindanao.[73][74] Kedalaman Galathea di Jurang Filipina adalah titik paling dalam di negara dan ketiga paling dalam di dunia. Jurang tersebut terletak di Laut Filipina.[75]

Sungai terpanjang ialah Sungai Cagayan di Luzon utara.[76] Teluk Manila, di mana letaknya ibu negara Manila, bersambung dengan Laguna de Bay, tasik terbesar di Filipina, melalui Sungai Pasig. Teluk Subic, Teluk Davao, dan Teluk Moro antara teluk-teluk terpenting yang lain. Selat San Juanico memisahkan pulau-pulau Samar dan Leyte tetapi diseberangi oleh Jambatan San Juanico.[77]

Terletak di pinggir barat lingkaran api Pasifik, Filipina banyak mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi. Penara Benham di timur dalam Laut Filipina merupakan kawasan dasar laut yang aktif dengan pembenaman tektonik.[78] Sekitar 20 buah gempa bumi dicatat sehari, tetapi kebanyakannya terlalu lemah untuk dirasai. Gempa bumi besar terakhir ialah gempa bumi Luzon 1990.[79]

Gunung Mayon ialah gunung berapi paling aktif di Filipina.

Terdapat banyak gunung berapi yang aktif seperti Gunung Mayon, Gunung Pinatubo, dan Gunung Taal. Letusan Gunung Pinatubo pada Jun 1991 menyebabkan letusan tanah terbesar di dunia pada abad ke-20.[80] Bukan semua ciri-ciri geografi utama bersifat pemusnah. Antara tinggalan indah daripada gangguan geografi ialah Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa, di mana tempatnya mewakili habitat untuk pemeliharaan biodiversiti, malah juga terdapat ekosistem selengkap gunung hingga laut dan antara hutan-hutan terpenting di Asia.[81]

Disebabkan banyaknya gunung berapi, banyak mendapan mineral di Filipina. Dianggarkan bahawa Filipina mempunyai mendapan emas kedua terbesar di dunia selepas Afrika Selatan, dan salah satu mendapan tembaga terbesar di dunia.[82] Ia juga kaya dengan nikel, kromit dan zink. Sungguhpun demikian, pengurusan lemah, penduduk terlalu padat serta kesedaran alam telah menyebabkan sumber mineral ini kurang dieksploitasi.[82] Tenaga geoterma merupakan hasil aktiviti gunung berapi yang berjaya dimanfaatkan oleh Filipina. Filipina ialah pengeluar geoterma kedua terbesar selepas Amerika Syarikat, dengan 18% keperluan elektrik negara dipenuhi oleh kuasa geoterma.[83]


Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Filipina

Filipina terkenal dengan pertanian padi bukitnya. Ini diperkenalkan kira-kira 2,000 tahun lalu oleh puak Batad. Padi-padi bukit tersebut terletak di lereng-lereng Gunung Ifugao, dan terletak di ketinggian sehingga 5,000 kaki dari aras laut. Keluasannya mencakupi 4,000 batu persegi serta diusahakan secara tradisional tanpa penggunaan jentera. Ia diiktiraf sebagai salah satu Warisan Dunia oleh UNESCO (United Nations Educational, Scientific, and Cultural Organization) pada tahun 1995. Pada bulan Mei 1977, Filipina menggesa Jepun untuk mengadakan peralihan pelaburannya dari industri ekstraktif semata-mata kepada pemprosesan dan pembuatan bahan-bahan mentah di negara-negara membangun untuk meningkatkan pendapatan eksport dan pembangunan mereka.[84]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Filipina

Filipina mempunyai kira-kira 85 juta penduduk mengikut perangkaan banci 2005.

Budaya[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Filipina

Kebanyakan masyarakat Filipina gemar menyanyi serta menari pada setiap kali pesta keramaian. Salah satu adalah Tarian buluh yang memerlukan pergerakan kaki yang pantas untuk menari.

Bahay Kubo merupakan rumah tradisional yang terkenal di Filipina. Ia diperbuat daripada gabungan daun pokok kelapa, nipah, dan buluh. Terdapat juga tanglung yang digubah berbentuk bintang yang disebut sebagai Parol, yang secara kebiasaannya digantung di hadapan rumah-rumah terutamanya ketika meraikan perayaan Hari Krismas atau hari-hari keagamaan besar yang lain, kebanyakan penduduk gemar menjadikan Parol sebagai salah satu hiasan di hadapan rumah mereka.

Alat muzik Organ buluh, adalah antara alatan tradisional di sana diperbuat dengan menggunakan hampir 1,000 batang buluh.

Makanan[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Makanan di Filipina

Halo halo merupakan salah satu pencuci mulut yang terkenal di Filipina terutamanya pada musim panas. Halo halo mengandungi isi nangka, isi kelapa, kacang goreng, keladi, kastard, santan kelapa, dan perahan limau bercampur ais bersama aiskrim di atasnya.

Lanzones merupakan sejenis buah-buahan. Rupanya agak kecil, manis serta berwarna coklat. Keistimewaan buah ini adalah ia dapat menghalau nyamuk yang berada di sekeliling kita.

Lechón

Head of lechon pig.JPG

Hidangan masyhur lechón ialah babi panggang keseluruhan. Masakan ini berasal dari zaman penjajahan sepanyol dan kini menjadi satu hidangan paling masyur di Filipina. Hidangan ini mempunyai babi seluruh panggang dimasak di atas arang. Selain itu, ia adalah satu hidangan kebangsaan di Filipina dengan Cebu yang diakui mempunyai babi yang terbaik mutunya di dunia.[perlu rujukan]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Pengangkutan di Filipina

Di Filipina, masyarakatnya menggunakan jeepney sebagai pengangkutan awam. Anda pasti akan berasa rimas apabila menaiki kenderaan ini. Mana tidaknya, setiap kali menaiki jeepney pasti sentiasa penuh sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu untuk turut sama menaikinya.

Pakaian[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Pakaian di Filipina

Setiap kali diadakan pesta keramaian, lelaki di sana akan memakai pakaian yang dinamakan Barong Tagalog (Baju Tagalog). Pakaian istimewa ini diperbuat daripada kain yang dihasilkan daripada pokok pisang dan pokok nenas. Manakala, kaum wanitanya pula memakai gaun yang dipanggil Maria Clara.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "More islands, more fun in PH". CNN Philippines. February 20, 2016. Dicapai February 20, 2016. 
  2. ^ "Metro Manila Official Website". Metro Manila Development Authority. Dicapai December 17, 2015. 
  3. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan size tidak disediakan
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 2015 census tidak disediakan
  5. ^ "Stock Estimate of Filipinos Overseas As of December 2013" (PDF). Philippine Overseas Employment Administration. Dicapai September 19, 2015. 
  6. ^ Isidore Dyen (1965). "A Lexicostatistical Classification of the Austronesian Languages". Internationald Journal of American Linguistics, Memoir. 19: 38–46. 
  7. ^ "History of Cebu". Cebu City Tour. Dicapai February 22, 2013. 
  8. ^ Kane, Herb Kawainui (1996). "The Manila Galleons". Dalam Bob Dye. Hawaiʻ Chronicles: Island History from the Pages of Honolulu Magazine. I. Honolulu: University of Hawaii Press. m/s. 25–32. ISBN 0-8248-1829-6. 
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Constantino1975 tidak disediakan
  10. ^ "The Original People Power Revolution". QUARTET p. 77. Dicapai February 28, 2008. 
  11. ^ admin. "Departments and Offices". Asian Development Bank. Asian Development Bank. Dicapai November 26, 2015. 
  12. ^ "The N-11: More Than an Acronym – Goldman Sachs" (PDF). The Goldman Sachs Group, Inc. March 28, 2007. Diarkibkan daripada original (PDF) pada August 10, 2011. 
  13. ^ CIA World Factbook, Philippines Diarkibkan July 19, 2015, di Wayback Machine., Retrieved May 15, 2009.
  14. ^ Scott, William Henry (1994). Barangay: Sixteenth Century Philippine Culture and Society. Quezon City: Ateneo de Manila University Press. ISBN 971-550-135-4. 
  15. ^ Junker, Laura Lee (1998). "Integrating History and Archaeology in the Study of Contact Period Philippine Chiefdoms". International Journal of Historical Archaeology. 2 (4). 
  16. ^ Scott 1984.
  17. ^ "Callao Man' Could Redraw Filipino History : Discovery News". DNews. 
  18. ^ "Pre-colonial Manila". Malacañang Presidential Museum and Library. Malacañang Presidential Museum and Library Araw ng Maynila Briefers. Malacañang Presidential Museum and Library, Presidential Communications Development and Strategic Planning Office. 23 June 2015. Diarkibkan daripada original pada 9 March 2016. Dicapai 27 April 2017. 
  19. ^ Jocano, F. Landa (2001). Filipino Prehistory: Rediscovering Precolonial Heritage. Quezon City: Punlad Research House, Inc. ISBN 971-622-006-5. 
  20. ^ Go, Bon Juan (2005). "Ma'I in Chinese Records - Mindoro or Bai? An Examination of a Historical Puzzle". Philippine Studies. Ateneo de Manila. 53 (1): 119–138. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Oktober 2013. 
  21. ^ Go, Bon Juan (2005). "Ma'I in Chinese Records - Mindoro or Bai? An Examination of a Historical Puzzle". Philippine Studies. Ateneo de Manila. 53 (1): 119–138. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Oktober 2013. 
  22. ^ Thakur, Upendra (1986). Some Aspects of Asian History and Culture. Abhinav Publications. m/s. 4. ISBN 978-81-7017-207-9. 
  23. ^ Junker, Laura Lee (2000). Raiding, Trading, and Feasting: The Political Economy of Philippine Chiefdoms. Ateneo University Press. ISBN 978-971-550-347-1. Ringkasan laya. 
  24. ^ Bisht, Bankoti & 2004.
  25. ^ "The Cultural Influences of India, China, Arabia, and Japan". philippinealmanac.com. Diarkibkan daripada original pada July 1, 2012. 
  26. ^ Bergreen, Laurence (October 14, 2003). "Over the Edge of the World: Magellan's Terrifying Circumnavigation of the Globe". William Morrow. ISBN 978-0-06-621173-2. 
  27. ^ "Cebu". encyclopedia.com. 
  28. ^ Zaide 1994, halaman 281
  29. ^ "Country description". US State Department Website. US State Department Website. January 2012. Diarkibkan daripada original pada January 3, 2012. Dicapai January 24, 2012. The Philippines is an emerging economy with a democratic system of government. 
  30. ^ Robles, Alan C. (July–August 2008). "Civil service reform: Whose service?". D+C. Internationale Weiterbildung und Entwicklung [InWEnt]. 49: 285–289. Diarkibkan daripada original pada December 2, 2008. Dicapai November 30, 2008. 
  31. ^ Bigornia, Amante (September 17, 1997). "The 'consultations' on Charter change". The Manila Standard. Dicapai December 13, 2009. 
  32. ^ a b c d e f g "General Information". March 9, 2009. Diarkibkan daripada original pada March 9, 2009. Dicapai September 21, 2014. . (older version – as it existed in 2009 – during the presidency of Gloria Macapagal Arroyo), The Official Government Portal of the Republic of the Philippines Diarkibkan September 30, 2007, di Wayback Machine..
  33. ^ a b c d U.S. Department of State. Bureau of East Asian and Pacific Affairs (October 2009). "Background Note: Philippines". Dicapai December 18, 2009. 
  34. ^ Permanent Mission of the Republic of the Philippines to the United Nations. [c. 2008]. About Us. Retrieved August 13, 2010.
  35. ^ Permanent Mission of the Republic of the Philippines to the United Nations. [c. 2008]. The Philippines and the UN Security Council. Retrieved January 12, 2008. (archived from the original on January 23, 2008)
  36. ^ United Nations Security Council. (October 25, 1999). Resolution 1272 [S-RES-1272(1999)]. Retrieved March 21, 2010.
  37. ^ Bangkok Declaration. (August 8, 1967). Retrieved December 20, 2009 from Wikisource.
  38. ^ "ASEAN Primer" di Wayback Machine (diarkibkan pada December 17, 2007). (1999). 3rd ASEAN Informal Summit. Archived from the original on December 17, 2007. Retrieved December 13, 2009.
  39. ^ Ministry of Foreign Affairs of Japan. [c. 2009]. "Japan's ODA Data by Country – Philippines" (PDF). Dicapai June 2, 2010. 
  40. ^ a b Dolan, Ronald E. (Ed.). (1991). "Relations with Asian Neighbors". Philippines: A Country Study. Washington: GPO for the Library of Congress. Retrieved January 5, 2010 from Country Studies US Website.
  41. ^ Matikas Santos (September 15, 2014). "PH-Spain bilateral relations in a nutshell". Philippine Daily Inquirer. Dicapai September 23, 2014. 
  42. ^ "Stock Estimate of Overseas Filipinos As of December 2009" (PDF). Philippine Overseas Employment Administration. Diarkibkan daripada original (PDF) pada June 26, 2011. Dicapai May 28, 2011. 
  43. ^ "Filipino Among Royal Guards of King of Spain". ABS CBN News. Diarkibkan daripada original pada August 8, 2011. Dicapai July 2, 2009. 
  44. ^ Leonard, John (July 3, 2008). "OFW rights violation worsens under the Arroyo administration". Filipino OFWs Qatar. Diarkibkan daripada original pada January 7, 2009. Dicapai January 25, 2009. 
  45. ^ Olea, Ronalyn (October 25, 2008). "Middle East is 'Most Distressing OFW Destination' – Migrant Group". Bulatlat News. Dicapai January 25, 2009. 
  46. ^ Torres, Estrella (January 22, 2009). "Saudi Arabia will still need RP medical professionals". Business Mirror. Dicapai January 24, 2009. 
  47. ^ "DFA: 'Technicalities' blocking RP bid for OIC observer status". (May 26, 2009). GMA News. Retrieved July 10, 2009.
  48. ^ Balana, Cynthia (May 26, 2009). "RP nears observer status in OIC – DFA". The Philippine Daily Inquirer. Diarkibkan daripada original pada April 4, 2015. Dicapai July 10, 2009. 
  49. ^ "Shoulder Ranks (Officers)". The Philippine Army. Diarkibkan daripada original pada July 1, 2012. Dicapai September 23, 2014. 
  50. ^ "Philippine Military Rank Insignia". Globalsecurity.org. Dicapai September 23, 2014. 
  51. ^ "AFP Organization". Diarkibkan daripada original pada April 19, 2008. Dicapai February 3, 2008. 
  52. ^ "Department of the Interior and Local Government Act of 1990". Lawphil.net. Retrieved January 30, 2014.
  53. ^ "Republic Act No. 6975". The LAWPHiL Project. Dicapai December 31, 2012. 
  54. ^ "Government urged to help kidnapped Australian". Australian Broadcasting Corporation. January 5, 2012. 
  55. ^ Hayden Cooper, 2012, Australian Broadcasting Corporation, Government urged to help kidnapped Australian, Retrieved September 3, 2014, "...Warren Richard Rodwell from Australia being held captive by this group since December 5, 2011...please do whatever to raise the 2 million US dollars they are asking for my release ..."[54]
  56. ^ Florante S. Solmerin, December 7, 2013, Manila Standard, Abu Sayyaf keeping 17 foreigners hostage Diarkibkan October 6, 2014, di Wayback Machine., Retrieved September 3, 2014, "...17 foreigners, mostly birdwatchers, were being held hostage by the Abu Sayyaf Group..."
  57. ^ Roel Pareño, The Philippine Star, March 24, 2013, Sayyaf releases Aussie hostage, Retrieved September 3, 2014, "...Australian Warren Rodwell emerged early yesterday withered after being held for 15 months by Abu Sayyaf bandits in southern Mindanao..."
  58. ^ Sun Star, April 25, 2014, Abducted tourist, hotel staff now in Sulu, Retrieved September 3, 2014, "...Abu Sayyaf bandits have brought a Chinese tourist and a Filipino hotel receptionist to their jungle stronghold in southern Philippines after kidnapping the women from a dive resort in eastern Malaysia ..."
  59. ^ "Guide to the Philippines conflict". (August 10, 2007). BBC News. Retrieved December 16, 2009.
  60. ^ World Bank. Conflict Prevention & Reconstruction Unit. (February 2005). The Mindanao Conflict in the Philippines: Roots, Costs, and Potential Peace Dividend by Salvatore Schiavo-Campo and Mary Judd. Washington, D.C.: World Bank. (Social Development Paper No. 24). Retrieved December 16, 2009.
  61. ^ "SIPRI Military Expenditure Database". Stockholm International Peace Research Institute 2016, Signalistgatan 9, SE-16972 Solna, Sweden. Dicapai March 27, 2016. 
  62. ^ "Military expenditure (% of GDP)". The World Bank. Dicapai March 27, 2016. 
  63. ^ The White House (March 27, 2003). "Coalition Members". Dicapai December 18, 2009. 
  64. ^ "Provincial Summary: Number of Provinces, Cities, Municipalities and Barangays, by Region as of September 30, 2016" (PDF). Philippine Statistics Authority. Dicapai January 5, 2017. 
  65. ^ Ronald Echalas Diaz, Office Manager (September 18, 1968). "Republic Act No. 5446 – An Act to Amend Section One of Republic Act Numbered Thirty Hundred and Forty-Six, Entitled "An Act to Define the Baselines of the Territorial Sea of the Philippines". Republic of the Philippines". Chan Robles Virtual Law Library. Dicapai May 4, 2013. 
  66. ^ Mohamad, Kadir (2009). "Malaysia's territorial disputes – two cases at the ICJ : Batu Puteh, Middle Rocks and South Ledge (Malaysia/Singapore), Ligitan and Sipadan [and the Sabah claim] (Malaysia/Indonesia/Philippines)" (PDF). Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR) Ministry of Foreign Affairs, Malaysia: 46. Dicapai May 16, 2014. Map of British North Borneo, highlighting in yellow color the area covered by the Philippine claim, presented to the Court by the Philippines during the Oral Hearings at the ICJ on 25 June 2001 
  67. ^ Mayuga, Jonathan (February 10, 2016). "Namria 'discovers' 400 previously 'unknown' PHL islands using IfSAR". BusinessMirror. Dicapai February 12, 2016. 
  68. ^ Central Intelligence Agency. (2009). "Field Listing :: Coastline". Washington, D.C.: Author. Retrieved 2009-11-07.
  69. ^ Philippine Sea, encarta.msn.com Diarkibkan October 31, 2009, at WebCite (archived from the original Diarkibkan August 20, 2009, di Wayback Machine. on August 20, 2009).
  70. ^ "U.S. report details rich resources in South China Sea." (archived from the original on 2013-02-133)
  71. ^ C.Michael Hogan. 2011. "Celebes Sea". Encyclopedia of Earth. Eds. P. Saundry & C. J. Cleveland. National Council for Science and the Environment. Washington, D.C.
  72. ^ "An Awesome Island". Borneo: Island in the Clouds. PBS. Dicapai November 11, 2012. 
  73. ^ "Philippines Mountain Ultra-Prominence". peaklist.org. Dicapai June 19, 2009. 
  74. ^ (2011-04-06). "The World Factbook – Philippines" Diarkibkan July 19, 2015, di Wayback Machine.. Central Intelligence Agency. Retrieved on March 14, 2011.
  75. ^ Bruun, Anton Frederick (1956). The Galathea Deep Sea Expedition, 1950–1952, described by members of the expedition. Macmillian, New York. 
  76. ^ Kundel, Jim (June 7, 2007). "Water profile of Philippines". Encyclopedia of Earth. Dicapai September 30, 2008. 
  77. ^ Republic of the Philippines. Department of Tourism. [c. 2008]. Leyte is Famous for... di Wayback Machine (diarkibkan pada April 27, 2012) (archived from the original on April 27, 2012). Retrieved March 21, 2010 from www.travelmart.net.
  78. ^ "Submissions, through the Secretary-General of the United Nations, to the Commission on the Limits of the Continental Shelf, pursuant to article 76, paragraph 8, of the United Nations Convention on the Law of the Sea of 10 December 1982". United Nations Commission on the Limits of the Continental Shelf. May 28, 2009. Dicapai May 29, 2009. 
  79. ^ La Putt, Juny P. [c. 2003]. The 1990 Baguio City Earthquake. Retrieved December 20, 2009 from The City of Baguio Website.
  80. ^ Newhall, Chris; James W. Hendley II & Peter H. Stauffer (February 28, 2005). "The Cataclysmic 1991 Eruption of Mount Pinatubo, Philippines (U.S. Geological Survey Fact Sheet 113-97)". U.S. Department of the Interior. U.S. Geological Survey. Diarkibkan daripada original pada August 25, 2013. Dicapai April 9, 2007. 
  81. ^ "Puerto-Princesa Subterranean River National Park". UNESCO World Heritage Centre. Dicapai May 4, 2013. 
  82. ^ a b Greenlees, Donald (May 14, 2008). "Miners shun mineral wealth of the Philippines". The New York Times. Dicapai December 11, 2009. 
  83. ^ Davies, Ed & Karen Lema (June 29, 2008). "Pricey oil makes geothermal projects more attractive for Indonesia and the Philippines". The New York Times. Dicapai December 18, 2009. 
  84. ^ Uqbah Iqbal, Sejarah Ringkas Hubungan Ekonomi Filipina-Jepun, Munich: BookRix GmbH & Co. KG., 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]