Final Fantasy (permainan video)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Final Fantasy merupakan permainan video berperanan fantasi dihasilkan oleh Hironobu Sakaguchi, dibangunkan dan diterbitkan pertama kali di Jepun oleh Square (kini Square Enix) pada tahun 1987. Ia adalah permainan pertama dalam siri Final Fantasy. Asalnya dikeluarkan untuk Nintendo Entertainment System, Final Fantasy dikeluarkan semula untuk beberapa konsol permainan video yang lain dan selalunya dipakejkan bersama-sama Final Fantasy II dalam koleksi permainan video. Cerita mengisahkan tentang empat remaja yang digelar Light Warriors, yang mana setiap remaja membawa satu daripada empat elemental orb yang telah digelapkan oleh empat Elemental Fiend. Bersama-sama mereka berjuang untuk mengalahkan kuasa-kuasa jahat, mengembalikan cahaya terhadap elemental orb dan menyelamatkan dunia.